‘Flashmob’ dan ‘Street Dakwah’ oleh Syabab HTM sempena Pra-pelancaran Kempen Rasulullah Negarawan Ulung

Para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan ‘flashmob’ dan ‘street dakwah’ di beberapa kawasan pada hujung minggu lalu bersempena dengan pra-pelancaran kempen Rasulullah Negarawan Ulung anjuran HTM.

Kedua-dua aktiviti tersebut telah dijalankan di beberapa kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Kuala Lumpur, Bangi, Sungai Buloh dan Klang.

Kain rentang dengan mesej “Teladani Politik Agung Rasulullah” dipamerkan bagi menarik perhatian khalayak yang lalu lalang.

Beberapa ‘placard’ kecil yang membawa mesej-mesej bertemakan kecintaan kepada Rasulullah (saw) dan seruan untuk meneladani baginda (saw) turut dipegang sepanjang aktiviti.

Syabab yang terlibat juga turut mengambil peluang untuk berinteraksi dengan orang ramai bagi menjelaskan mesej yang ingin disampaikan daripada aktiviti tersebut.

Kempen Rasulullah Negarawan Ulung anjuran HTM ini dijangka akan berlangsung dari 12 hingga 26 Oktober 2021.

Ikuti akaun media sosial HTM bagi mengikuti perkembangan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini.