Pengedaran Nasyrah oleh Muslimah HTM sempena 87 Tahun Kejatuhan Khilafah

Bulan Rejab merupakan bulan terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj dan juga merupakan bulan kejatuhan Daulah Khilafah yang telah diruntuhkan oleh kuffar Barat melalui ejennya, Mustafa Kamal laknatullah kira-kira 87 tahun hijrah yang lalu. Bagi mengingatkan seluruh Muslimin dan Muslimat tentang kewajipan menegakkan semula Daulah Khilafah, pihak muslimah HTM telah melakukan aktiviti kemuncak pada hari Jumaat 28 rejab 14249H bersamaan 1 Ogos 2008 yang lalu, dengan mengedarkan nasyrah/seruan tentang kewajipan mengembalikan Al-Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwah, yang mana sesungguhnya kemunculannya telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya. Muslimah HTM telah beramai-ramai menunaikan tanggungjawab tersebut di  beberapa tempat awam dan juga di sekitar 10 buah masjid yang terpilih di seluruh Malaysia. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Masjid Jamek, Kuala Lumpur


 

Lokasi-lokasi yang tidak sempat dirakam:
> Masjid Negara, KL
> Masjid Jamek Seberang Jaya, Penang
> Masjid Kinrara, Puchong
> Masjid Bandar Baru Bangi
> Bangunan PKNS Bangi
> Masjid Al-Husna, Bandar Sunway
> Masjid Taman Universiti, Johor Bahru
> Masjid Larkin, Johor Bahru
> Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru
> Masjid Taman Universiti, Johor Bahru