Sudah tiga kali Ramadan, penguasa dan tentera tetap diam, maka tiada lagi harapan kecuali dengan Khilafah

Ramadan 2026 bakal berakhir beberapa hari lagi, yang sekali lagi akan meninggalkan kesedihan bagi orang-orang yang beriman. Dari satu sudut, sedih kerana bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan akan berlalu, dan sedih yang lebih mendalam kerana melihat nasib umat Islam yang sedang diperangi oleh musuh-musuh Allah (swt) tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Sudah tiga kali Ramadan sejak tragedi 7 Oktober 2023, dan ternyata penduduk Gaza terus dibantai tanpa adanya bantuan daripada penguasa dan tentera kaum Muslimin, yang jumlahnya lebih daripada 50 buah negara. Bayangkan jika bulan Ramadan pun gagal menggerakkan mereka untuk membantu Gaza, maka nampaknya sudah tidak ada apa-apa lagi harapan yang tinggal.

Sesungguhnya pembantaian kejam dan tanpa putus oleh Yahudi laknatullah ke atas umat Islam bukanlah kerana kekuatan mereka, dan bukan juga kerana kekuatan Amerika yang ada di belakang mereka, tetapi kerana pengkhianatan para penguasa Muslim yang “melindungi” mereka siang dan malam, baik penguasa yang dekat mahupun yang jauh.

Inilah sumber musibah yang menimpa kaum Muslimin iaitu para penguasa mereka yang khianat, yang menumpahkan taat setia mereka kepada kafir penjajah, yang memelihara kepentingan kafir penjajah, demi menjaga tongkat kekuasaan mereka yang rapuh yang “diberi” oleh kafir penjajah.

Mereka melihat di depan mata akan pembantaian saudara-saudara mereka yang dilakukan oleh kafir penjajah, dan mereka melihat di depan mata akan kehancuran dan penjajahan ke atas tanah mereka yang diberkati (Palestin), namun mereka memejamkan mata dan memekakkan telinga atas semua itu. Benarlah firman Allah (swt).

﴿صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ﴾

“Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)” [Al-Baqarah (2): 18)]

Sungguh, para penguasa ini bukan sahaja tidak bergerak untuk memerangi musuh, malah mereka mencegah tentera-tentera yang mereka miliki daripada melangkah walaupun dengan hanya satu langkah untuk menolong saudara-saudara mereka di Gaza.

Sudah puluhan tahun kita menyaksikan kebaculan dan pengkhianatan mereka ke atas Gaza, dan kita sememangnya sudah tidak menaruh harapan sedikit pun kepada mereka untuk menyelamatkan Gaza. Namun demikian, kita menaruh sedikit harapan agar muncul segolongan yang ikhlas daripada kalangan tentera umat ini, yang akan berpaling daripada para penguasa khianat ini, lalu dengan gagah berani mengatur langkah menuju ke Gaza demi menyahut perintah Allah (swt):

﴿وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ﴾

“Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan” [Al-Anfal (8): 72].

Namun, umat ini, khususnya warga Gaza terus diselimuti kekecewaan apabila seruan dan rintihan mereka tidak pernah disahut oleh golongan yang mempunyai kekuatan untuk membantu mereka. Sudah lebih tiga tahun mereka menyeru, merintih dan menunggu dengan air mata darah, namun bantuan tak pernah kunjung tiba. Bahkan sebenarnya sudah puluhan tahun jeritan tolong mereka tidak dipedulikan.

Sejak 7 Oktober 2023, Ramadan tahun ini (2026) menandakan sudah tiga kali Ramadan berlalu dengan penuh dukacita dan kesakitan buat penduduk Gaza, menanti bantuan ketenteraan untuk menyelamatkan mereka, untuk membebaskan tanah yang diberkati, untuk menghantar kaum Yahudi kepada seksa dunia dan akhirat, namun bantuan itu tidak pernah tiba, bahkan tidak kelihatan sedikit pun tanda-tanda yang ia akan tiba.

Padahal di bulan Ramadan, teladan umat Islam – Rasulullah (saw) – dan para Khulafa’ pengganti baginda tidak pernah lalai dan tidak pernah berehat daripada jihad fi sabilillah dalam rangka menyahut perintah Allah yang merupakan kemuncak kepada segala ibadah di dalam Islam, dan Allah (swt) sentiasa menganugerahkan kemenangan yang gilang-gemilang kepada mereka sesuai janji-Nya kepada mereka yang berjihad di jalan-Nya.

Sayang seribu kali sayang apabila sudah tiga kali Ramadan, sudah tiga kali Lailatul Qadar yang bersungguh-sungguh direbut oleh orang-orang yang mengaku beriman kerana anugerah dan kemuliaan yang terdapat di dalamnya, namun tentera kaum Muslimin tetap juga tidak bergerak ke Gaza, tetap diam, tetap memilih untuk mentaati penguasa mereka yang memaksiati Allah (swt)…la haula wa la quwwata illa billah.

Justeru, sudah tidak ada harapan lagi nampaknya untuk melihat Gaza, bahkan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, untuk dibebaskan pada hari ini oleh para penguasa dan juga tentera yang ada.

Namun demikian, sebagai Muslim, walaupun kita sudah putus harapan pada manusia, kita sama sekali tidak pernah, dan tidak boleh, berputus harapan pada Allah (swt). Muhasabah tetap wajib terus dilakukan kepada para penguasa dan tentera ini, dengan terus menyandarkan harapan kita kepada Allah (swt).

Dalam masa yang sama, kita wajib terus berusaha untuk mendirikan Khilafah, sebuah institusi politik Islam yang agung dan penuh izzah, pembebas wilayah, penerap syariah, penyelamat dan pemersatu ummah. Apabila Khilafah ini berdiri sedikit masa lagi insya Allah, ia akan segera menggerakkan kekuatan tentera untuk membebaskan Gaza dan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, dan dengan izin Allah (swt), ia akan mencapai kemenangan yang akan menggembirakan dan melegakan hati-hati orang-orang yang beriman.

﴿وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ * بِنَصْرِ اللَّهِ يَنْصُرُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ﴾

“Pada hari (kemenangan) itu bergembiralah orang-orang Mukmin, kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang” [Ar-Rum (30) : 4-5].

Wallahu a’lam.