SN508 – Rohingya: Hapuskan Pemangsa, Maka Tiada Lagi Mangsa

PDF

SN Keluaran 17 Zulhijjah 1438H/8 September 2017

SN507 - Ucapan Amir HT Sempena Masuknya Bulan Zulhijjah 1438H

[SN508] Hari Raya Korban tahun ini sekali lagi menjadi sejarah hitam bagi umat Islam apabila ratusan Muslim Rohingya menjadi korban kekejaman rejim Myanmar yang sudah hilang sifat kemanusiaannya. Sejak 24/08/2017, tentera Myanmar yang dahagakan darah yang lengkap bersenjata, berserta pengganas Buddha yang bersenjatakan pedang dan parang, untuk ke sekian kalinya melakukan pembantaian ke atas Muslim Rohingya. Rumah-rumah mereka dibakar dan siapa yang sempat melarikan diri pula terperangkap di kawasan sungai bersempadan dengan Bangladesh. Mereka yang terselamat menceritakan bagaimana para lelaki ditutup mata dan dibariskan untuk ditembak di hadapan keluarga-keluarga mereka. Anak-anak, termasuk bayi-bayi disembelih hidup-hidup dan ada yang dikerat anggota badan mereka dan ada yang dicampak ke kawasan berair hingga mati. Tidak cukup dengan itu, tentera Myanmar melepaskan mortar dan machine guns kepada mereka yang sedang menyeberang ke Bangladesh. Lebih memburukkan keadaan, mereka yang berjaya melepasi sempadan telah dipaksa pula oleh pasukan keselamatan rejim Bangladesh untuk kembali semula ke tempat asal mereka, sama ada melalui jalan darat mahupun laut. Dilaporkan lebih 3000 Muslim Rohingya yang berjaya mendarat di pantai Bangladesh telah dihalau tanpa perikemanusiaan oleh Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB). Manakala si pengkhianat Sheikh Hasina pula telah mencadangkan operasi bersama dengan tentera Myanmar, bagi memudahkan tentera kafir itu membunuh Muslim Rohingya di sempadan mereka…La haula wa la quwwata illa billah!

Pembantaian ke atas Muslim Rohingya kali ini mendapat liputan yang lebih meluas berbanding sebelum-sebelumnya. Demonstrasi oleh umat Islam yang prihatin berlaku di beberapa buah negara, termasuk Malaysia. Malangnya demonstrasi di Malaysia menyaksikan lebih 40 Muslim Rohingya ditangkap kerana bertindak liar dan melakukan provokasi. Rentetan dari kejadian tersebut, muncullah pelbagai reaksi umat Islam di Malaysia yang mula mempertikaikan kehadiran dan kerenah Muslim Rohingya di negara ini. Hasilnya, di saat Muslim Rohingya bersabung nyawa di Arakan dan di sempadan Bangladesh, perbincangan mengenai Muslim Rohingya di Malaysia “dicemari” dengan sifat perkauman dan kebencian, hanya kerana kerenah beberapa orang di antara mereka. Malah ada yang sampai mempertikaikan kewujudan mereka di Arakan dan menuduh mereka sebagai bangsa pendatang…Subhanallah!

Membetulkan Persepsi

Kerajaan Burma (nama lama Myanmar) sejak lama mahukan seluruh dunia mempercayai bahawa Muslim Rohingya adalah bangsa pendatang di tempat mereka. Kerajaan kafir itu lalu mereka-reka cerita bahawa Muslim Rohingya datang ke Burma antara tahun 50-70an. Tuduhan ini hanya untuk mengelabui dan menguatkan tuduhan mereka bahawa Muslim Rohingya tidak layak tinggal di Burma kerana mereka hanyalah migran dari Bangladesh. Hal ini bagi menjustifikasi pengusiran, penafian hak, pembunuhan dan segala kekejaman yang mereka lakukan ke atas Muslim Rohingya. Sedangkan hakikatnya Islam telah masuk ke wilayah Arakan sekitar abad ke-8 di bawah pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (Khilafah Abbasiyyah) lagi. Sejarah telah menunjukkan bahawa pada waktu itu Islam telah tersebar luas ke merata dunia dan telah sampai ke rantau ini, termasuklah melalui pedagang-pedagang Muslim yang sampai melalui jalan laut hingga ke Arakan. Bukti empirik kehadiran Islam boleh dilihat dengan kewujudan masjid-masjid lama di Arakan, yang sebahagiannya telah dirobohkan oleh junta tentera, dan juga beberapa nama kampung serta jalan di Arakan yang bernamakan nama Islam sejak berabad lamanya.

Burma telah diperintah oleh junta tentera selama beberapa dekad, dari tahun 1962 hingga 2011. Sejak berada di bawah pemerintahan junta, Burma menjadi salah satu negara yang paling menindas di dunia. Rejim tenteranya terkenal dengan kebuasan, kekejaman dan penyalahgunaan kuasa terhadap banyak suku kaum di Burma, khususnya Muslim Rohingya, dan hal ini bukanlah suatu rahsia. Burma merupakan sebuah negara miskin dengan infrastruktur yang teruk selepas bertahun-tahun diabaikan oleh pemerintahnya. Namun ia kaya dengan sumber alam, termasuk minyak, gas asli dan batu-batu permata, yang masih banyak belum diteroka. Laporan menunjukkan bahawa sebahagian besar rizab minyak dan gas yang belum diteroka terletak di pesisir pantai Arakan, wilayah orang Islam berada.

Atas dasar itu, tidak pelik kenapa kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China cuba menanam pengaruh mereka di Myanmar dan dilihat bersaing untuk mencengkam negara tersebut. Atas dasar memusuhi Islam, kedua-dua negara tersebut juga langsung tidak berminat untuk menekan kerajaan Myanmar walaupun berlaku pelanggaran hak asasi yang nyata ke atas Muslim Rohingya daripada kacamata mereka sendiri. Sejak junta mengambil alih pemerintahan hingga kini, Islam dan kaum Muslimin mula “dihilangkan” secara drastik, kejam dan sistematik dari bumi Burma.

Justeru, dakwaan sesetengah Muslim di Malaysia bahawa Muslim Rohingya merupakan bangsa yang menumpang di Arakan dan tidak tahu berasimilasi dengan kaum Buddha di Myanmar, hanyalah dakwaan orang yang telah termakan dengan dakyah rejim kafir Myanmar dalam usaha mereka menghapuskan Islam dan kaum Muslimin sepenuhnya di Myanmar. Sedangkan mengenai kegiatan samseng, jenayah atau segala bentuk kejahatan yang dilakukan oleh mana-mana individu atau kelompok Muslim Rohingya di Malaysia, hal ini sama sekali tidak boleh dijadikan justifikasi untuk pukul rata bahawa semua Muslim Rohingya berperangai begitu dan wajarlah mereka dibantai oleh rejim Myanmar. Dakwaan seumpama ini memang naif sifatnya, kerana kejahatan yang dilakukan oleh mana-mana individu sudah tentu tidak boleh dikaitkan dengan seluruh bangsa individu berkenaan.

Dalam Islam, siapa pun yang melakukan jenayah atau kejahatan apa pun, maka ia wajib dihukum, tidak kira Rohingya, Melayu, Arab, Cina, India, Muslim atau kafir. Negara sebagai pihak yang berkuasa untuk menjalankan hukuman, wajib menghukum setiap kejahatan tanpa mengira siapa atau agama apa pun pelakunya. Selama mana seseorang itu melakukan kesalahan dalam sebuah Negara Islam, maka ia wajib dihukum menurut hukum Islam. Hal ini malah berlaku ke atas warganegara asing sekalipun yang berada dalam Negara Islam. Justeru, jika Muslim Rohingya melakukan kesalahan, apa yang sepatutnya dilakukan oleh negara ialah menghukumnya, sebagaimana negara menghukum warganegara lainnya atas kesalahan yang sama. Kejahatan atau jenayah yang dilakukan oleh beberapa individu Muslim Rohingya tidak seharusnya dijadikan isu untuk kita “menghukum” kesemua Muslim Rohingya.

Dalam Islam, siapa pun yang menumpahkan darah kaum Muslimin tanpa hak, maka ia wajib dihukum. Jika ia berlaku di dalam negara, maka si pelaku wajib diqisas. Manakala jika ia berlaku di luar negara, maka negara wajib membela darah kaum Muslimin tersebut dengan jihad fi sabilillah. Hal ini telah pun ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan para Khalifah sesudah baginda. Rasulullah SAW mengisytiharkan jihad ke atas Yahudi Bani Qainuqa’ hanya kerana penghinaan mereka ke atas seorang Muslimah dan terbunuhnya seorang Muslim dalam rangka mempertahankan maruah Muslimah tersebut. Sabda Rasulullah SAW, “Sungguh kehormatan seorang Mukmin itu lebih agung di sisi Allah daripada Kaabah, begitu juga dengan harta dan darahnya…” [HR Ibn Majah].

Penyelesaian Mangsa-Pemangsa

Sama ada diakui atau tidak, pembantaian yang berlaku ke atas Muslim Rohingya adalah kerana mereka beragama Islam. Tidak ada sebab lain kecuali itu sahaja. Banyak berita cuba mengelirukan umat manusia, khususnya umat Islam, bahawa apa yang berlaku di Arakan itu adalah pembersihan etnik, kononnya Rohingya itu dibunuh kerana etnik mereka, yang sekaligus bermaksud bukan kerana agama mereka. Hal ini merupakan suatu penyesatan yang nyata, kerana tidak ada sebab lain Muslim Rohingya dibunuh kecuali kerana agama mereka adalah Islam. Jika mereka beragama Buddha atau Kristian, sudah pasti mereka tidak akan dibunuh, dirogol atau dinafikan segala hak. Hal ini dapat dilihat berdasarkan polisi rejim Myanmar dan pengakuan pengganas Buddha yang dengan jelas menjadikan Islam sebagai sasaran. Begitu juga dengan pengakuan daripada Muslim Rohingya sendiri yang menceritakan perkara ini dengan cukup jelas.

Justeru, isu Muslim Rohingya tidak ada bezanya dengan isu umat Islam di Palestin, Kashmir, Bosnia, Afrika Tengah, Chechnya dan lain-lain yang memerlukan penyelesaian daripada Islam. Kita telah melihat bagaimana usaha-usaha yang dilakukan sebelum ini yang tidak pernah menyelesaikan konflik, kerana kesemuanya bukan bersifat penyelesaian, tetapi hanya lebih kepada retorik, lakonan, sebelah pihak, tidak bersungguh dan yang lebih penting, terlalu jauh daripada penyelesaian Islam.

Di peringkat antarabangsa sebagai contoh, masih ramai umat Islam yang berharap kepada PBB, OIC dan ASEAN walaupun telah terbukti dengan bukti yang cukup banyak bahawa badan dunia itu tidak pernah berjaya menyelesaikan masalah umat Islam. PBB hanyalah penyebab kepada banyak masalah yang melanda dunia Islam, malah asal kewujudan kuda tunggangan kuasa besar itu sememangnya untuk menghapuskan Islam dan umatnya. Tidak kurang dengan OIC yang hanya handal bersidang dan mengeluarkan resolusi setiap kali berlaku pembantaian ke atas umat Islam. Pertubuhan dunia yang dianggotai oleh 57 buah negara umat Islam itu tidak lebih sekadar untuk mencantikkan imej pemerintah-pemerintah dunia Islam di kacamata rakyat masing-masing, kononnya mereka telah melakukan sesuatu! ‘Semangat ASEAN’ juga tidak lebih sekadar sebuah retorik kononnya segala masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asia akan diselesaikan secara harmoni dan setiakawan! Anehnya, masih ramai umat Islam yang mengharapkan kepada badan dunia yang hanya pandai berlakon ini!

Atas dasar simpati dan persaudaraan, banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang tampil membantu, dengan cara menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain barangan keperluan harian. Sungguh hal ini amat baik dan dapat melegakan mangsa buat sementara waktu. Itupun jika segala bantuan kemanusiaan itu sampai kepada mangsa. Namun persoalannya ialah, adakah segala bantuan kemanusiaan itu dapat menyelesaikan masalah? Kegagalan banyak NGO dan sukarelawan melihat penyelesaian konflik ini daripada perspektif Islam menyebabkan mereka “terperangkap” dengan mengulangi usaha baik yang tidak menyelesaikan masalah. Hal ini kerana mereka hanya melihat masalah dari satu sisi sahaja, iaitu sisi mangsa, tanpa melihat kepada sisi pemangsa.

Dari sisi mangsa, memang sepatutnya Muslim Rohingya dan lain-lain Muslim yang tertindas dibantu dengan pelbagai bantuan kemanusiaan. Namun hal ini, selain tidak mencukupi dan melelahkan, ia bukanlah penyelesaian tuntas kepada masalah. Masalah Muslim Rohingya muncul kerana adanya pemangsa yakni rejim dan tentera Myanmar berserta pengganas Buddha yang terus-menerus melakukan pembantaian ke atas mereka dengan kekuatan sebuah negara. Justeru, selagi pemangsa ini masih ada atau mempunyai kekuatan, maka selagi itulah mereka akan terus menerkam si mangsa.

Di sinilah pentingnya peranan pemerintah dan tentera kaum Muslimin. Pemangsa mesti dihapuskan, maka barulah mangsa akan berjaya diselamatkan sepenuhnya dan tidak akan ada lagi masalah. Kekuatan sebuah negara hendaklah dilawan dengan kekuatan sebuah negara, barulah bertemu buku dengan ruas. Rejim Myanmar dan tentera mereka yang membunuh, memperkosa, menghalau dan menyeksa kaum Muslimin telah menjadikan status mereka sebagai kafir harbi yang wajib diperangi. Kekejaman mereka ke atas Muslim Rohingya hendaklah dijawab dengan jihad fi sabilillah oleh para penguasa dan tentera kaum Muslimin! Inilah satu-satunya solusi tuntas untuk masalah Muslim Rohingya yakni dengan bergeraknya tentera untuk berjihad di jalan Allah bagi menamatkan riwayat pemangsa yang sekaligus akan memberi keamanan dan keselamatan kepada mangsa.

Malangnya solusi ini tidak pernah diambil oleh penguasa dan tentera kaum Muslimin atas pelbagai alasan. Walhal inilah solusi yang diajarkan oleh Islam untuk menyelesaikan masalah kaum Muslimin yang dibantai oleh puak kuffar. Sebahagian penguasa kaum Muslimin tetap berpeluk tubuh, manakala sebahagian lagi meneruskan lakonan mereka sama ada dengan lisan mahupun perbuatan, setiap kali tercetusnya isu. Inilah yang menjadi penghalang utama kepada penyelesaian masalah Rohingya yakni pengkhianatan penguasa kaum Muslimin itu sendiri! Mereka bukan sahaja menunjukkan pengkhianatan mereka secara terang-terangan dengan membiarkan Muslim Rohingya dibunuh di depan mata mereka, malah mereka menunjukkan kebaculan mereka secara terang-terangan di hadapan orang-orang kafir yang sedang menyembelih saudara mereka. Kerana pengkhianatan dan kebaculan para penguasa inilah, puak kuffar begitu berani memperlakukan apa sahaja ke atas kaum Muslimin, kerana mereka tahu para penguasa ini tidak akan menggerakkan walau seinci pun tentera mereka, untuk menyelamatkan saudara-saudara mereka! Para panglima tentera pula tidak berani untuk mengingkari pemerintah dan bertindak sendiri, walhal kekuatan ada di tangan mereka!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Siapa sahaja yang memandang masalah Rohingya dengan pandangan selain Islam, maka sudah pasti tidak akan menemui penyelesaiannya. Melihat Rohingya sebagai masalah kemanusiaan, melihat Rohingya sebagai masalah etnik atau perkauman, melihat Rohingya sebagai warganegara asing dan sebagainya, maka semua ini akan menjadi penghalang kepada segala penyelesaian. Sesungguhnya pandangan yang benar mengenai Rohingya menurut Islam ialah mereka merupakan saudara seakidah kita yang sedang dibantai oleh pemerintah kafir harbi dan dihalau dari kampung halaman mereka sendiri. Maka, sebagai saudara seakidah, mereka wajib dibantu. Manakala rejim Myanmar sebagai kafir harbi wajib diperangi, setelah sebelumnya diajak masuk Islam ataupun tunduk kepada Islam, tetapi mereka menolaknya. Jihad merupakan satu-satunya solusi ke atas puak kuffar yang memerangi Islam dan kaum Muslimin dan tugas jihad ini terbeban ke atas pemerintah dan tentera kaum Muslimin. Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik Islam akan sentiasa bertindak sebagai badan pemuhasabah. Dalam masa yang sama Hizbut Tahrir terus berjuang untuk menegakkan Daulah Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang apabila tertegaknya institusi agung umat Islam ini, Khalifah akan pasti mengisytiharkan jihad bagi menyelamatkan Muslim Rohingya dan seluruh kaum Muslimin yang mengalami nasib yang sama. Wallahu a’lam.