Kenyataan Media: Rohingya: Ketidakberperikemanusiaan Pemerintah dan Keperluan Mendesak Terhadap Khilafah

Nasib Muslim Rohingya telah menarik perhatian media dengan terjumpanya kubur besar di kem tahanan Songkhla, Thailand, awal April lepas. Krisis Muslim Rohingya bertambah buruk apabila terdapat laporan beberapa hari lepas yang lebih seribu daripada mereka ditinggalkan terapung di Laut Andaman oleh sindiket pemerdagangan manusia. Mereka dilaporkan bergerak dari tempat transit tersembunyi di Thailand dalam usaha mereka mendapatkan perlindungan di Malaysia dan Indonesia. Malangnya, kedua-dua negeri Muslim ini yang sepatutnya membantu mereka, sebaliknya telah menghalau mereka tanpa perikemanusiaan.

Walau bagaimanapun, sebahagian daripada mereka berjaya mendarat di Langkawi dalam keadaan yang cukup menyedihkan setelah berminggu menempuh perjalanan maut. Ribuan lagi dipercayai masih berada di laut dengan bekalan makanan dan air yang tidak mencukupi. Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan yang kerajaan tidak akan menerima pelarian dengan mudah dan sesiapa sahaja yang memasuki negara secara haram akan ditangkap, dibicarakan dan dihantar semula ke perairan antarabangsa atau dihantar pulang ke negara asal.

Keputusan apakah ini? Tidakkah kerajaan Malaysia sedar bahawa di bawah Undang-undang Kewarganegaraan Burma 1982, Muslim Rohingya telah dinafikan hak kewarganegaraan di negara mereka sendiri dan dilayan sebagai pendatang oleh penduduk negara yang bermajoriti Buddha itu? Tidakkah kerajaan Malaysia sedar yang ribuan Muslim Rohingya tidak mempunyai rumah dan menjadi pelarian di kem-kem di sempadan Bangladesh-Myanmar? Tidakkah kerajaan Malaysia sedar Muslim Rohingya menghadapi penindasan, diskriminasi dan pembunuhan besar-besaran selama puluhan tahun oleh ekstremis Buddha di bawah rejim Myanmar? Tidakkah kerajaan Malaysia sedar yang tidak ada sebab lain kenapa kekejaman dilakukan oleh rejim Myanmar ke atas Muslim Rohingya kecuali disebabkan mereka beragama Islam, agama yang sama yang dianuti oleh pemerintah negara ini? Sungguh memalukan apa yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia! Kenapakah kerajaan Malaysia tidak mematuhi perintah Allah (swt) yang telah mencipta agama ini dan menjadikan Muslim bersaudara dan mewajibkan Muslim menolong satu sama lain? Allah (swt) berfirman,

(وَإِنِ اسْتَنصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ)
“Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam (urusan pembelaan) agama, maka kalian wajib memberikan pertolongan” [Al-Anfal (8):72].

Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini mengingatkan dan mendesak kerajaan Malaysia untuk membantu kesemua Muslim Rohingya yang menjadi mangsa dan memberikan mereka makanan dan perlindungan dan lebih dari itu, membenarkan mereka tinggal di negara ini dan menyediakan pekerjaan yang baik, pendidikan, kesihatan dan lain-lain dengan sewajarnya, kerana negara ini adalah negara kaum Muslimin dan kepunyaan semua Muslim. Kerajaan Malaysia mesti memutuskan semua hubungan dengan rejim Myanmar dan menghantar pulang duta dan kesemua wakil mereka dan selanjutnya memberi amaran kepada rejim Myanmar agar menghentikan segera pembunuhan Muslim Rohingya, jika tidak akan berdepan dengan reaksi politik yang tegas.

Hizbut Tahrir / Malaysia ingin mengingatkan umat Islam bahawa nasib dan kedudukan Muslim Rohingya, sama seperti kedudukan kaum Muslimin di Palestin, Syria, Kashmir, Iraq, Afghanistan dan lain-lain, adalah natijah dari ketiadaan Negara Khilafah. Tanpa Khilafah, kaum Muslimin terpecah-belah di bawah nasionalisme dan sempadan negara bangsa palsu ciptaan Barat. Perpecahan umat Islam dieksploitasi sepenuhnya oleh negara kuffar untuk menindas umat ini di arena antarabangsa kerana mereka tahu umat Islam tidak lagi mempunyai pelindung tanpa Khilafah. Sesungguhnya Negara Khilafah tidak akan membiarkan seorang Muslim pun, tidak akan membiarkan mereka menderita, apatah lagi membiarkan mereka mati di tangan rejim kuffar. Khilafah bertindak sebagai perisai kepada umat Islam, melindungi mereka, menjaga mereka, mengambil berat akan urusan mereka dan menyayangi mereka, tidak sepertimana pemerintah di bawah sistem demokrasi sekarang yang bukan sahaja telah meninggalkan hukum-hakam Islam, tetapi telah hilang sifat kemanusiaan mereka terhadap sesama Muslim.

Wahai kaum Muslimin! Krisis Muslim Rohingya menunjukkan dengan jelas betapa tidak berperikemanusiaannya pemerintah Muslim dan betapa mendesaknya keperluan kepada Negara Khilafah. Oleh itu, marilah menyertai usaha murni Hizbut Tahrir dalam mendirikan Khilafah di atas jalan kenabian, yang akan memberikan keselamatan kepada Muslim Rohingya yang sejak sekian lama hidup tertindas sekali gus mengakhiri segala kekejaman rejim Myanmar.

Abdul Hakim Othman
Ketua Maktab I’lamiy, Hizbut Tahrir Malaysia