Syariah dan Khilafah bukan ancaman tetapi rahmat untuk alam
Jakarta 16 April – Ketua Dewan Pimpinan Pusat (DPP) Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), Rokhmat S Labib menegaskan yang penerapan syariat Islam dalam naungan Khilafah bukan ancaman, tetapi justeru membawa rahmat untuk alam. “Oleh kerana Islam ini kewajipan dari Allah SWT dan Allah-lah yang memiliki langit, bumi beserta semua isinya, maka sudah sepatutnya manusia diatur oleh Allah SWT,” tegasnya di hadapan sekitar 1500 peserta perhimpunan “Syariah dan Khilafah Mewujudkan Islam Rahmatan lil Alamin” di depan patung kuda silang Monas, Jakarta. Menurut panitia, acara ini juga dilakukan sempena menyambut “Muktamar Tokoh Umat (MTU): Islam Rahmatan lil Alamin” yang akan diadakan di Balai Sudirman pada 23 April ini.