Tahniah JAIS Atas Keberanian Dan Tindakan Pantas Anda Menangkap Muslimah Kami!

Pada 28/07/2019, buat kali pertama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mula “bermain kasar” dengan menangkap dua orang Muslimah Hizbut Tahrir dalam serbuan di sebuah kafe di Kompleks PKNS Shah Alam. Sebelum ini mereka hanya menyasarkan kaum lelaki dengan jumlah tangkapan ke atas anggota Hizbut Tahrir setakat ini seramai tujuh orang. Turut ditangkap dalam serbuan tersebut ialah dua beradik, Nur Afiqah Fatnin Binti Mohd Latif, 25 dan Muhammad Arfan Firas Bin Mohd Latif, 19, anak kepada pemilik kafe yang sedang menjaga kafe pada waktu itu kerana ibu bapa mereka berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan Haji. Serbuan oleh kira-kira 15 anggota penguatkuasa JAIS itu dilakukan sekitar jam 4.20 petang. Dua Muslimah Hizbut Tahrir yang ditangkap dalam serbuan tersebut ialah Kalsom Binti Abu (Ummu Atiyah), 64, dan Nor Hazan Binti Bachok (Ummu Aafia) 40, ibu kepada 3 anak yang sedang mengandung 8 bulan.

JAIS menyerbu program Bicara Muslimah di kafe berkenaan yang bertajuk “Ayuh kekalkan momentum Ramadhan” yang disampaikan oleh Ummu Atiyah. Manakala Ummu Aafia pula ditangkap atas tuduhan sebagai penganjur. Selain itu, kesemua yang hadir dalam program tersebut telah diberi notis untuk hadir ke ibu pejabat JAIS bagi memberi keterangan sebagai saksi. Seorang Muslimah Hizbut Tahrir, Norliahani Binti Abdul Basir, 42, yang telah dipanggil ke ibu pejabat JAIS semalam (31/07/2019) sebagai saksi, kemudiannya telah ditahan oleh JAIS semasa diambil keterangan, menjadikan jumlah yang ditangkap setakat ini lima orang. Lebih buruk, JAIS telah bertindak melangkaui bidang kuasa mereka dengan merampas telefon bimbit ibu kepada 5 anak tersebut. Telefon bimbit Ummu Aafia juga turut dirampas semasa proses siasatan semalam hanya kerana JAIS tidak berpuas hati dengan jawapan yang beliau berikan. Sungguh JAIS sudah tidak tahu malu dan langsung tidak takut kepada Allah (swt) dengan merampas harta orang lain yang diharamkan oleh Allah (swt)!

Kesemua yang ditangkap telah dibebaskan dengan jaminan lisan dan akan didakwa di bawah Seksyen 12 (c) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 iaitu menghina pihak berkuasa agama kerana bertindak bertentangan dengan fatwa. Fatwa yang dimaksudkan ialah fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor ke atas Hizbut Tahrir pada 17/09/2015 yang penuh dengan fitnah, pembohongan, pemesongan dan kekeliruan; fatwa yang telah pun dibantah oleh Hizbut Tahrir melalui Buku Bantahan rasmi bertarikh 28/06/2016 yang telah pun diserahkan kepada Jabatan Mufti, Jawatankuasa Fatwa Selangor dan JAIS, yang sehingga kini tidak dapat dijawab sedikit pun oleh mereka! Gagal menjawab secara ilmiah Buku Bantahan tersebut, mereka lalu “menjawab” dengan penangkapan demi penangkapan ke atas anggota Hizbut Tahrir! Inilah apa yang dilakukan oleh JAIS sehingga mereka tidak mempedulikan lagi siapakah yang mereka tangkap – wanita, warga emas, ibu yang sarat mengandung, anak kepada pemilik premis yang ibubapanya sedang menunaikan Haji…semuanya mereka tangkap! Lebih daripada itu, mereka dengan sombongnya memasuki premis orang lain tanpa izin dan tanpa waran serta mahu merampas beberapa barangan perniagaan di premis tersebut walaupun ia tidak ada kaitan sedikit pun dengan Hizbut Tahrir. Tahniah kami ucapkan kepada JAIS yang sungguh berani menangkap Muslimah kami dalam keadaan sedemikian rupa!

Tangkapan ini berlaku tatkala umat Islam di Malaysia sedang marah dan melakukan bantahan terhadap sebuah karikatur yang begitu jelik menghina Nabi Muhammad (saw) dan menghina Allah (swt) di mana tidak kedengaran walaupun sayup-sayup suara JAIS dalam isu ini! JAIS terus berpeluk tubuh tatkala Nabi (saw) dihina, tetapi bertindak sangat pantas menangkap Muslimah Hizbut Tahrir yang sedang menyampaikan ceramah menyeru manusia untuk menghidupkan Sunnah Nabi (saw). JAIS juga terus terpaku dan membisu tatkala Shareena Sheriff dengan jelas menghina Islam walaupun begitu banyak aduan telah dilakukan sejak setahun lepas agar JAIS mengambil tindakan terhadap Pengurus Program kumpulan liberal Sisters in Islam itu. Namun dengan hanya satu aduan yang dilakukan dan dalam masa sehari sahaja, terhadap program Muslimah Hizbut Tahrir yang menyeru manusia kepada Islam, JAIS terus bertindak umpama singa menerkam mangsanya tanpa lengah! Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada JAIS!

JAIS juga berselindung di sebalik istilah “aduan awam” kononnya orang awamlah yang membuat aduan yang menyebabkan mereka bertindak ke atas program Hizbut Tahrir. Sama sebagaimana kes tangkapan ke atas empat orang anggota Hizbut Tahrir pada 4/12/2015 di mana JAIS mengatakan bahawa tangkapan dilakukan disebabkan adanya aduan awam. Namun apabila kes telah dibicarakan di mahkamah, mereka terpaksa mengaku dan memberi kesaksian bahawa orang yang dikatakan membuat aduan awam tersebut sebenarnya adalah pegawai atasan mereka sendiri! Sungguh memalukan!

Mungkin JAIS mengira tangkapan demi tangkapan yang mereka lakukan akan menakutkan anggota dan penyokong Hizbut Tahrir dan seterusnya akan berjaya menghentikan dakwah Hizbut Tahrir dan menjauhkan umat Islam daripada Hizbut Tahrir. Jika demikian, ketahuilah wahai JAIS bahawa kami tidak takut kecuali kepada Allah (swt) dan kami sama sekali tidak akan menghentikan dakwah ini sehinggalah Allah (swt) memberikan kemenanganNya atau menjemput kami ke sisiNya. Tahniah kami ucapkan kepada JAIS yang nampaknya langsung tidak takut kepada Allah (swt) apabila begitu berani menangkap para pendakwah di jalanNya, sedangkan dalam masa yang sama berapa ramai daripada para pelaku maksiat dibiarkan! Tahniah kami ucapkan kepada JAIS yang begitu berani menangkap orang yang menyeru kepada Islam, sedangkan orang yang menyeru kepada liberalisme dan menghina Islam dibiarkan! Tahniah kami ucapkan kepada JAIS yang begitu berani menangkap orang yang menyeru ke syurga Allah (swt), sedangkan penyeru-penyeru ke neraka Jahanam dibiarkan!

Wahai JAIS! Dengan kuasa yang ada, anda boleh menangkap seluruh anggota Hizbut Tahrir yang sedang melakukan dakwah di Selangor sesuka hati anda dan mengheret kami ke mahkamah serta menyebabkan kami dipenjarakan. Jika itu yang anda mahu, silakan wahai JAIS kerana kami telah lama menyerahkan urusan kami dan urusan anda kepada Allah (swt). Cukuplah Allah (swt) sebagai Pelindung bagi kami kerana Dialah sebaik-baik Pelindung dan Pemberi pertolongan dan Dialah sebaik-baik Pemberi balasan. Kami cuma ingin mengingatkan anda wahai JAIS bahawa selain mahkamah di dunia ini yang anda mungkin menang, terdapat satu lagi mahkamah di Padang Mahsyar kelak yang mana Allah (swt) akan menjadi Hakim yang Maha Adil untuk membicarakan kezaliman yang anda lakukan ke atas kami. Kami berharap sedikit peringatan yang kami sampaikan ini akan memasukkan sedikit cahaya ke dalam hati-hati mereka yang dipenuhi kegelapan. Jika tidak kerana kasih sayang kami kepada anda sebagai saudara sesama Muslim, sesungguhnya kami tidak akan memberikan peringatan ini. Kami sudahi peringatan ini dengan firman Allah (swt) yang sangat bermanfaat untuk orang-orang yang beriman:

﴿إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab (neraka) Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar” [Al-Buruj (85):10].

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Khamis, 29 Zulqa’idah 1440 H
01/08/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 14


Press Release

Congratulations JAIS for Your Courage and Quick Action in Arresting Our Sisters!

On 28/07/2019, for the first time the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) has begun “playing rough” by arresting two sisters of Hizb ut Tahrir in a raid at a café in PKNS Complex Shah Alam. Previously, they targeted only men with a total of seven members of Hizb ut Tahrir being arrested so far. Also arrested in the raid were two siblings, Nur Afiqah Fatnin Binti Mohd Latif, 25 and Muhammad Arfan Firas Bin Mohd Latif. They are the children of the café owner and were taking care of the café for their parents who are now at the holy land of Makkah for pilgrimage. The raid by about 15 enforcement officers of JAIS took place around 4.20 pm. Two sisters of Hizb ut Tahrir arrested in the raid are Kalsom Binti Abu (Ummu Atiyah), 64, and Nor Hazan Binti Bachok (Ummu Aafia) 40, a mother of 3 who is also 8 months pregnant.

JAIS raided the program Bicara Muslimah (Sister’s Talk) entitled “Let’s keep the momentum of Ramadan” which was held at the café and was delivered by Ummu Atiyah, while Ummu Aafia was arrested on accusation of being the organizer. In addition, all those present in the program were summoned to JAIS headquarters to testify as witnesses. Another sister of Hizb ut Tahrir, Norliahani Binti Abdul Basir, 42, who was called to JAIS headquarters yesterday (31/07/2019) as a witness, was then detained during interrogation, bringing the total number of arrests to five. Worse, JAIS has acted beyond their jurisdiction by seizing the handphone of the said mother of five children. Ummu Aafia’s handphone was also seized during yesterday’s interrogation when JAIS was not satisfied with her answers. Truly, JAIS has no shame and does not fear Allah (swt) by committing the Haram (forbidden) act of seizing the properties of others!

All those arrested were released by oral bail and will be charged under Section 12 (c) of the Shariah Criminal Offenses (Selangor) Enactment 1995, for acting in contempt of the religious authority given by way of a fatwa. The fatwa in question is a fatwa issued by the Selangor Fatwa Committee against Hizb ut Tahrir on 17/09/2015 which is full of defamation, fabrication, distortion and confusion; the fatwa that has been rebutted by Hizb ut Tahrir through our official Objection Booklet dated 28/06/2016 that had been handed over to the Mufti Department, the Selangor Fatwa Committee and JAIS, which all of them have failed to answer until today! Failing to intellectually answer the Objection Booklet, they ‘answered’ by arresting our members! This is what JAIS resorted to and they do not care who they are arresting – women, warga emas (elderly citizens), pregnant mothers or even the children of the owner of the premise whose parents are in Hajj…JAIS arrested them all! Apart from that, they arrogantly entered a private premise without permission and without warrant and wanted to seize some of the business goods at the premise even though those goods have no relation whatsoever to Hizb ut Tahrir. Congratulation to JAIS for having the courage to arrest our sisters in such a manner!

This arrest came amidst the anger and protest of Muslims in Malaysia against a caricature insulting the Prophet Muhammad (saw) and insulting Allah (swt) where even the softest voice of JAIS is not at all heard in these issues! JAIS did nothing when the Prophet (saw) is being insulted, but they hurriedly arrest the sisters of Hizb ut Tahrir who were delivering talks calling on the people to revive the Sunnah of the Prophet (saw). JAIS also stood silent when Shareena Sheriff insulted Islam despite numerous complaints being made over the year for JAIS to take action against the said Program Manager of the liberal group Sisters in Islam. However, with only one complaint being made and within only a few days of the Muslimah Hizb ut Tahrir program that calls people to Islam, JAIS acted like a lion pounding its prey without delay! Congratulations once again to JAIS!

JAIS also hides behind the term “public complaint” to pretend that it is the public who made the complaint resulting in their action against programs organized by Hizb ut Tahrir. This is similar to the arrest of the four members of Hizb ut Tahrir on 4/12/2015 where JAIS alleged the same thing, but when the case was heard in court, they had to admit and testify that the person who allegedly made the public complaint was actually their superior officer! What a shame!

JAIS may think that the arrests they made will dishearten the members and supporters of Hizb ut Tahrir and will eventually halt the Da’wah of Hizb ut Tahrir and distance the Ummah from Hizb ut Tahrir. If that is indeed the case, then take notice O JAIS that we do not fear except Allah (swt) and we will never stop this Da’wah until Allah (swt) grants us victory or invites us to Him. Congratulations to JAIS who apparently does not fear Allah (swt) by arresting the preachers in His way, while neglecting the evildoers! Congratulations to JAIS for courageously arresting those who call to Islam, while ignoring those who call to liberalism and those who insult Islam! Congratulations to JAIS for courageously arresting those who call to Jannah (Paradise) while disregarding those who call to Jahannam (Hell)!

Oh JAIS! With the power that you have, you can at your leisure arrest all members of Hizb ut Tahrir who are doing Da’wah in Selangor, drag us to court and imprison us. If that is your desire, please do so O JAIS since we have long submitted our affairs and your affairs to Allah (swt). Allah (Alone) is Sufficient for us since He is the Best Protector and the Best Helper, and He is the Best Disposer of affairs. We just wish to remind you O JAIS that in addition to the courts of this world in which you may win your cases, there is another court in the Mahshar where Allah (swt) shall be the Most Just Judge to decide over the Zulum (injustice) that you have perpetrated upon us. We hope this piece of reminder will shed some light on those darkened hearts. If not because of our love and affection to you as our Muslim brothers, we would have not delivered this reminder. We wind up this reminder with the Words of Allah (swt) which is very beneficial for the Believers:

﴿إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

“Verily, those who put into trial the believing men and believing women, and then do not turn in repentance, then they will have the torment of Hell, and they will have the punishment of the burning Fire” [Al-Buruj (85):10].

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

01/08/2019 CE
Thursday, 29th Dhul Qi’dah 1440 AH
Ref: HTM 1440 / 14