Tajikistan tingkat kempen jenayahkan Islam dan umatnya

tajikistan-muslimahPada 21hb Januari 2016, BBC melaporkan yang kerajaan Tajikistan telah meningkatkan larangan yang dimulakan sejak tahun 2015 ke atas pakaian ‘non-Tajik’ dengan memaksa wanita menanggalkan hijab, sebagai tambahan kepada (paksaan) mencukur janggut ke atas lelaki. Sehingga kini, pihak berkuasa keselamatan telah menanggalkan tudung kepala 1700 orang wanita dan telah mencukur janggut 13,000 Muslim yang mereka rasakan ‘terlalu panjang’. Sikap paranoid rejim di atas peningkatan sokongan terhadap amalan dan politik Islam menyebabkan 162 kedai yang disifatkan Islamik telah ditutup dan pada 31hb Januari 2016, penggubal undang-undang Tajikistan telah mengeluarkan satu larangan menamakan anak-anak kelahiran Tajik dengan nama Arab.

Laporan menyebut bahawa alasan Presiden Emomali Rahmon berhubung langkah-langkah penindasan dan kezaliman ke atas orang-orang Islam adalah kerana kebimbangannya ke atas kebangkitan ekstremisme dan peningkatan pengkaderan organisasi pengganas seperti ISIS/ISIL. Sedangkan ancaman pengganas sebenar dalam negara yang amat jelas bagi Muslim Tajikistan adalah datangnya dari kerajaan sendiri dan penindasan keras kerajaan ke atas apa sahaja ekspresi yang menunjukkan kesetiaan kepada Islam.

Presiden Rahmon berjaya mengekalkan kuasanya dengan menggunakan cara paling keji seperti pengintipan, penyeksaan dan kekerasan kerana dia sedar bahawa rakyat tidak menghormatinya atau setia kepada rejimnya yang korup lagi gila kuasa. Sebagai boneka yang tidak berfungsi atas kedudukannya, dia hanya mampu meniru kaedah lama pemimpin-pemimpin terdahulu dalam usaha menguatkan kedudukannya dengan menggunakan taktik mencipta ketakutan dan rasa tidak selamat sebagai senjata kawalannya (ke atas rakyat). Taktik penghinaan sengaja ke atas Islam itu sama sekali tidak mematahkan keazaman para Muslimah yang hanya tunduk patuh kepada Allah SWT dan tidak tunduk kepada selainNya atau kepada hawa nafsu rejim penindas lagi pengecut ini. Para Muslimah tetap tidak meninggalkan pakaian Islam mereka atau apa-apa kewajipan Islam lainnya.

Kaedah terdesak golongan elit di mana-mana negara pun (ke atas Islam dan umatnya), hanya membuktikan lagi keunggulan nilai-nilai kemanusiaan Islam sejak dari zaman Nabi SAW lagi yang dikenali tanpa kekerasan, bahkan menjadi punca kepada kepimpinan umat manusia dari penindasan agama-agama (lain) kepada cahaya Islam. Hakikat bahawa umat Islam di Tajikistan memeluk Islam pada abad ke-7 dan bertahan dari penganiayaan yang paling kejam di bawah diktator-diktator Rusia, adalah bukti kuasa keimanan berbanding kekufuran. Sememangnya umat Islam Tajikistan mempunyai keyakinan yang tidak goyah dan hanya ingin mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mereka bangkit melepasi mana-mana cabaran duniawi serta berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengira akibat mahupun halangan.

Hizbut Tahrir ingin katakan kepada saudara-saudara kita di Tajikistan yang dipaksa berpakaian mengikut standard nasional dan dipaksa tunduk kepada undang-undang kufur, dengan izin Allah mereka tidak lama lagi akan dibebaskan daripada belenggu rejim yang menindas. Hizbut Tahrir sedang berjuang untuk mendirikan semula Khilafah ala minhaj nubuwwah, di bawah kepimpinan seorang ulama yang dihormati iaitu Sheikh Atha’ bin Khalil Abu al-Rashtah. Berdirinya kembali negara yang indah ini (Khilafah) akan menjamin mereka untuk memakai pakaian Islam dan mengamalkan segala kewajipan Islam mereka dengan penuh kemuliaan di bawah perlindungan undang-undang.

Sementara Allah SWT memberikan kemenangan yang besar ini, kita berdoa kepadaNya agar menguatkan hati saudara-saudara Tajik kita yang dikasihi lagi berani, agar mereka terus berpegang teguh kepada agama mereka, tidak goyah dengan taktik terdesak rejim kejam ini yang mengganas untuk menjauhkan mereka dari Deen mereka. Allah Yang Maha Kuasa berfirman,

يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُواْ بِالْقَوْلِ الثَّابِتِ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الآخِرَةِ وَيُضِلُّ اللَّهُ الظَّالِمِينَ وَيَفْعَلُ اللَّهُ مَا يَشَاء

“Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya” [Ibrahim (14):27]