Taliban tidak seharusnya beri muka kepada Amerika!

Afghanistan merupakan sebuah wilayah yang mendapat jolokan “Tanah Perkuburan Empayar-empayar Dunia”. Sejarah mencatatkan kekalahan empayar British, dan diikuti Kesatuan Soviet Union di sana. Kini, giliran Amerika Syarikat (AS) pula mengangkat kaki secara licik meninggalkan Pangkalan Udara Bagram, sekali gus Amerika cuba menunjukkan kepada dunia bahawa perang mereka di Afghanistan telah berakhirnya.

Walaupun Amerika mengambil keputusan meninggalkan Afghanistan secara fizikal namun umat Islam perlu sedar bahawa si kafir penjajah itu tidak akan melakukan hal demikian tanpa sebab dan tujuan. Realitinya, Amerika memang tidak pernah memenangi perang di Afghanistan walaupun telah lebih 20 tahun berada di Afghanistan. Hal ini sebenarnya suatu yang cukup memalukan bagi sebuah kuasa besar. Atas dasar itu, mereka beralih dengan cuba menjinakkan Taliban ke meja rundingan, dengan harapan apabila rundingan ini berjaya, mereka dapat keluar dari Afghanistan secara terhormat, tanpa dunia “perasan” akan kekalahan mereka yang memalukan di tanah umat Islam itu.

Dalam masa yang sama, Amerika sudah pasti mempersiapkan ejennya bagi menjadi penguasa Afghanistan yang “sah” yang akan menjadi bonekanya, dan  yang akan mereka war-warkan kepada dunia bahawa inilah penguasa yang sah di sisi undang-undang antarabangsa. Apa yang penting, Amerika juga sudah memastikan yang Islam tidak akan ditegakkan di bumi Afghanistan, baik oleh Taliban sekali pun. Jika ini semua tidak dipastikan, Amerika sudah tentu tidak akan melangkah kaki dari tanah pendudukannya sejak sekian lama itu.

Ejen Amerika yang akan menjadi penguasa nanti sudah pasti telah dipersiapkan olehnya untuk meneruskan agendanya, yang akan menerapkan sistem, undang-undang dan nilai-nilai hidup Amerika seperti demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, ekonomi kapitalisme, dan segalanya akan berdiri atas dasar sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan. Inilah kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh mana-mana penjajah kafir terhadap negara yang mereka jajah.

Mereka yang mengikuti percaturan geopolitik antarabangsa dengan pandangan yang jernih, pasti akan dapat menyaksikan betapa kesemua polisi luar negara-negara imperialis tidak lain bertujuan untuk menempatkan diri mereka sebagai kuasa utama dunia serta menyedut keuntungan daripada negara-negara lain baik melalui penjajahan fizikal atau secara neo-kolonialisme, sebagaimana yang berlaku di seluruh dunia Islam pada hari ini. Hujah untuk “memberikan kebebasan” atau “membela hak asasi manusia” ini tidak lain hanyalah slogan yang bertujuan untuk mengaburi agenda licik mereka.

Dalam pada itu, berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh AS di sepanjang rundingannya dengan Taliban, ternyata mereka telah mengatur agenda untuk mengekalkan pengaruh mereka di rantau tersebut melalui negara-negara proksi yang juga ejennya seperti Pakistan dan Turki. Sementara itu, Amerika dapat mengalihkan fokusnya bagi menangani ancaman China di Asia Tengah dan Asia Tenggara.

Hakikatnya “hadiah-hadiah” Barat ini wajib dibuang jauh-jauh dari kehidupan umat Islam di Afghanistan khususnya dan dunia amnya. Umat Islam perlu menyedari bahawa Barat akan terus menjalankan agenda penjajahannya sama ada secara fizikal mahupun pemikiran, dengan tujuan untuk menguasai kekayaan di dunia umat Islam dan yang paling utama adalah untuk menghalang kebangkitan Islam.

Umat Islam, khususnya Taliban tidak sepatutnya berterusan ditipu oleh Amerika setelah berdekad-dekad lamanya berjuang. Taliban dan umat Islam perlu sedar bahawa Amerika telah gagal mengalahkan Taliban dalam perang fizikal, maka Amerika terpaksa beralih ke meja rundingan. Hal ini bagi mengelak kekalahan yang memalukan mereka, dan dalam masa yang sama mereka dapat keluar dari Afghanistan dengan tetap dapat mengekalkan pengaruh dan cengkamannya di bumi para pejuang itu.

Taliban seharusnya berjuang untuk menegakkan agama Allah dan menegakkan Khilafah, kerana kemenangan sebenarnya sudah cukup hampir bagi mereka. Duduk bersama Amerika di meja rundingan bermakna mereka telah masuk ke perangkap yang disediakan oleh musuh, yang seharusnya tidak mereka lakukan. Semoga mereka dan umat Islam sedar, bahawa Amerika merupakan musuh yang cukup licik, dan tidak boleh dipercayai dan tidak boleh dijadikan kawan. Apa yang seharunya dilakukan terhadap Amerika ialah terus memerangi mereka dan mengalahkan mereka, mendirikan Khilafah dan menjadikan mereka tunduk di bawah kekuasaan Islam.

Umar Hussein

Pimpinan Pusat HTM