Tangguh atau Tolak Hudud?
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas ini, memerlukan persiapan teliti melibatkan semua aspek dan mengambil masa lama.
Beliau berkata demikian berikutan perbahasan yang agak panas pada Persidangan Dun ketika menjawab soalan wakil Rhu Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002, sebagaimana diwarta. Presiden Pas itu bertanyakan soalan mengenai bila perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yang diluluskan ketika pemerintahan Pas di Terengganu antara 1999 dan 2004. Antara wakil yang terlibat dalam sesi yang agak tegang itu ialah Alias Abdullah (BN-Alor Limbat), Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut), Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepuh), Datuk Rosol Wahid (BN-Ajil), Datuk Harun Taib (Pas-Manir) dan Mohd Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong). Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat, ketika menjawab soa¬lan Presiden Pas itu berkata, kerajaan tidak mampu berjanji bila masa yang sesuai untuk melaksanakan enakmen berkenaan dan tidak sesekali terpengaruh dengan rentak wakil Pas berhubung isu itu. “Tidak laksana hudud bukan bermaksud tolak Islam, sebaliknya ganti dengan undang-undang syariah yang hukum pesalah dengan adil,” katanya.
Sumber : sinarharian.com
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih, itulah ungkapan mudah pepatah melayu bagi menggambarkan situasi di atas. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Ahmad Said tentang persiapan yang perlu dilakukan sebelum hukum hudud diterapkan adalah benar tetapi persoalannya adalah; adakah beliau dan pemimpin UMNO yang lain telah melakukan persiapan-persiapan yang dimaksudkan? Jika ada persiapan yang dilakukan, adakah ianya menuju ke arah model pemerintahan Islam yang sebenar? Iaitu Sistem Khilafah yang akan melaksanakan bukan sahaja hukum hudud tetapi juga syariat Islam yang lain?
Sejak kemerdakaan sehinggalah ke zaman siber, seribu satu alasan dilafazkan oleh para pemimpin umat Islam untuk tidak menerapkan hukum Allah. Alasan serta idea yang dicanangkan oleh para pemimpin ini ternyata telah membius dan sekaligus diterima pakai oleh majoriti kaum muslimin di negara ini. Perlaksanaan hukum hudud dan syariat Islam yang lain bukanlah suatu pilihan tetapi ianya adalah kewajiban yang tidak boleh dilengah-lengahkan. Allah SWT berfirman:
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang beriman dan tidak (pula) perempuan mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan , akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat sesat yang nyata” (TMQ. Al-Ahzab[33]:36)
Dan Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka, ialah ucapan ‘Kami dengar dan kami patuh’.Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.Dan barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepadan-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (TMQ. An-Nur[24]: 51-52).
Wahai kaum Muslimin! Tidak melaksanakan hukum hudud dan syariat Islam yang lain merupakan satu kemaksiatan yang besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak penerapannya. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti.. Ayuhlah kita sama-sama berusaha mengembalikan sistem pemerintahan Islam (yakni) Sistem Khilafah, yang akan menerapkan hukum dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya secara kaffah. Semoga dengan usaha ini dapat menyelamatkan kita daripada termasuk ke dalam golongan yang akan menerima azab api neraka kerana menyokong/bersetuju atau sekadar berdiam diri tanpa berbuat apa-apa atas kemaksiatan yang sedang berlaku di sekeliling kita.