Tayangan Pembunuhan Umat Di Bumi Gaza

Rakaman video terbaru yang dimuat naik oleh www.middleeasteye.net memperlihatkan bahawa sudah menjadi perkara biasa dan juga hiburan yang sangat menyenangkan bagi bangsa Yahudi yang terlaknat ini untuk menyaksikan secara langsung serangan peluru berpandu Zionis untuk membunuh umat Islam di Gaza. Dengan begitu santai dan terhiburnya mereka menyaksikan satu-persatu peluru berpandu Zionis membedil kota Gaza seolah-olah seperti menyaksikan pertunjukan bunga api yang berwarna-warni di malam hari. Walhal yang pastinya, setiap serangan yang dilancarkan ini akan memakan korban nyawa umat Islam yang begitu ramai terutamanya orang awam yang tidak berdosa.

Sebagai seorang Muslim, apakah perasaan kita tatkala menonton video sebegini ? Sudah barang pasti kita akan merasa geram, sakit hati serta tanpa henti menyumpah seranah dan mencaci maki bangsa yang terlaknat ini atas tindakan biadap mereka ke atas saudara-saudara seakidah kita. Pada masa yang sama, sedarkah kita bahawa perkara tersebut (menonton pembunuhan umat Islam) turut dilakukan oleh para pemimpin umat Islam di seluruh dunia di saat ini sambil bersenang lenang dan bersuka ria tanpa sebarang rasa bersalah atau tanggungjawab? Padahal mereka mempunyai kekuatan tentera, mereka mempunyai persenjataan dan kelengkapan perang yang lengkap, namun mereka lagi masih boleh diam membisukan diri sambil menyaksikan dengan penuh santai pembunuhan demi pembunuhan umat Islam di Palestin. Malah lebih keji lagi, ada di kalangan mereka yang masih menutup sempadan negara assabiyah mereka daripada sebarang bantuan untuk sampai ke sana.

Inilah antara siri pengkhianatan para penguasa umat Islam selama berdekad-dekad lamanya. Mereka hanya sekadar menjadi penonton dan langsung tidak melakukan perkara-perkara yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh umat Islam secara tuntas. Sampai bilakah umat terbaik yang dimuliakan oleh Allah dan Rasul ini akan terus dibiarkan untuk dikhianati oleh para pemimpin sebegini? Sampai bilakah kemuliaan kita akan terus dirobek-robek dengan sebegitu hina sama sepertimana yang dilakukan oleh kaum Yahudi Zionis laknatullah? Sedarlah daripada lamunan panjangmu wahai kaum Muslimin dan bangkitlah menuju perubahan yang hakiki. Wallahua’lam.

Rujukan:middleeasteye.ne