Telatah Bodoh Putera Arab Saudi

forbes-marchPutera Arab Saudi boikot majalah Forbes. Itulah tajuk yang terpampang di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2013. Jika umat Islam di seluruh dunia memboikot sesuatu barangan atau jenama disebabkan sentimen keimanan serta cintakan agamanya, tetapi berbeza pula halnya dengan sikap Putera Arab Saudi ini. Alwaleed Talal yang merupakan antara individu terkaya di dunia Arab dilaporkan memboikot majalah Forbes atas alasan bahawa majalah tersebut telah memandang rendah nilai kekayaannya. Menurut syarikatnya, Forbes baru-baru ini menyenaraikan Alwaleed sebagai bilionair pada tangga ke-26 dengan anggaran nilai kekayaan sebanyak AS$20 bilion (RM62 bilion).

Alwaleed-Talal“Forbes menggunakan data yang tidak tepat untuk menetapkan kedudukan sebenar Putera Alwaleed,” katanya ketika memberi respon di atas isu yang dibangkitkan itu.

Situasi di atas bukan sekadar menunjukkan kenaifan Putera Arab Saudi, bahkan memaparkan dengan jelas kepada kita tentang pengkhianatan keluarga Saud dalam menjarah hasil kekayaan bumi umat Islam.  Dalam sejarah, kita dapat melihat bagaimana keluarga Saud telah melakukan banyak siri-siri pengkhianatan terhadap umat Islam, khususnya ketika bersekongkol dengan British dalam menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Di saat ini, tatkala umat Islam di bumi Syam berjuang bermati-matian menentang rejim kufur Bashar, tidak ada satu pun penguasa dari kalangan negeri umat Islam yang membantu mereka khususnya dalam aspek ketenteraan. Padahal negara Arab Saudi merupakan negara yang berdekatan dengannya  di samping Turki, Iraq, Jordan dan Lebanon.

Sumber: Utusan Malaysia, 06/03/13