Terapkan ‘Uqubat Islam Pasti Pengikut Kaum Lut Akan Kecut
KUALA LUMPUR 27 Dis. – Budaya seks songsang merupakan satu ancaman kepada negara dan tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkannya daripada terus berkembang menjadi penyakit kronik kepada masyarakat. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, kegiatan itu bukan sahaja menjadi ancaman kepada negara malah turut memberi kesan negatif kepada pembangunan sosial masyarakat. Katanya, semakin ramai yang berani membuat pengakuan terlibat dengan kegiatan seks songsang itu secara terbuka seperti menerusi dalam talian dan ia merupakan perkembangan yang sangat tidak sihat. ”Setakat maklumat yang kami peroleh sehingga kini, golongan yang terjebak dengan kegiatan seks songsang semakin bertambah luas sehinggakan ada di kalangan pensyarah institusi pengajian tinggi (IPT) juga terjebak dengan kegiatan tidak bermoral ini. ”Oleh itu, Jakim telah mengarahkan agar setiap jabatan agama Islam negeri membuat pemantauan dan pemeriksaan awal bagi mencegah penularan budaya tidak sihat itu di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang membuat pengakuan seorang gay menerusi salah satu video kontroversi bertajuk It Gets Better In Malaysia: Memberi harapan untuk lesbian, gay, biseksual dan transeksual. Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut pula berkata, badan-badan kerajaan serta bukan kerajaan perlulah bekerjasama menangani masalah tersebut kerana masalah tidak akan selesai sekiranya semua tanggungjawab memantau dan menanganinya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti jabatan agama Islam semata-mata. Katanya, kerjasama itu perlu dalam usaha membendung masalah yang menjadi wabak dalam masyarakat pada masa kini. ”Hukuman sahaja tidak akan menyelesaikan masalah ini. Jika untuk jangka masa pendek, mungkin ia membantu tetapi bagi jangka panjang ia tidak memberikan impak besar dalam menyedarkan kumpulan itu supaya menghentikan kegiatan terkutuk tersebut. ”Justeru itu saya berharap semua pihak termasuklah badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan dapat mengambil tindakan serta inisiatif tersendiri bagi mengatasi masalah ini seperti mengadakan program kesedaran. Jangan tunggu keluar berita di akhbar sahaja baru mahu bertindak kerana ia sudah terlewat,” jelasnya. Noh menambah, masyarakat terutamanya golongan beragama Islam perlu ingat bahawa pernah wujud kaum pada zaman Nabi Lut dahulu yang mengamalkan kegiatan songsang itu dan akhirnya menerima balasan ditelan oleh bumi. ”Kita jangan fikir perkara seumpama itu tidak boleh berlaku pada masa ini. Justeru saya menyeru kepada golongan terlibat supaya segera bertaubat manakala masyarakat sekeliling membantu menyedarkan mereka dan jangan mengambil sikap lepas tangan terutamanya golongan ibu bapa,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 28/12/10
Terapkan ‘Uqubat Islam Pasti Pengikut Kaum Lut Akan Kecut.
Inilah contoh kerosakkan yang berpunca daripada idea kebebasan yang terus melahirkan individu-individu yang bukan sahaja rosak, tetapi juga merosakkan orang lain. Ia ditambah lagi dengan keengganan tokoh-tokoh agama dan para ilmuan untuk mendedahkan keburukan dan kebusukkan idea-idea tersebut. Tanpa disedari, ia sebenarnya menjadi asas kepada cara hidup masyarakat bagi kebanyakkan individu hari ini sehingga menjadi punca kepada pelbagai penyakit sosial. Kali ini, cara hidup tersebut telah memuntahkan nanahnya yang busuk dengan lahirnya golongan kaum Nabi Lut yang semakin berani menonjolkkan diri mereka dan secara terang-terangan mempromosi amalan-amalan jijik itu tanpa rasa takut dan berdosa sedikitpun. Padahal dalil-dalil di dalam Al Quran dan Hadis dengan jelas mengutuk perbuatan tersebut dan pelakunya dikenakan hukuman sekeras-kerasnya. Malangnya tidak ada seorang pun pemimpin sekular Malaysia yang benar-benar mengutuk dan mencela perbuatan golongan Nabi Lut itu. Lebih parah lagi, para ilmuan Islam tidak memainkan peranan yang benar-benar berkesan di dalam menegur atau melakukan muhasabah ke atas pemerintah untuk menerapkan sistem kehidupan Islam. Ini termasuklah di dalam hal perlaksanaan sistem Uqubat Islam. Mengapakah mereka masih segan-silu untuk menyuarakan muhasabah mereka kepada pemimpin negara tentang kewajiban menerapkan syariat Islam? Padahal, jika syariat Islam diterapkan secara keseluruhan termasuklah sistem Uqubatnya, ia pasti akan menggentarkan jiwa-jiwa pelaku maksiat termasuklah para peliwat.
Wahai para ulama! Wahai para pemimpin umat Islam! Renunglah hadis Rasulullah SAW: “Terdapat dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan menjadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat juga akan menjadi rosak, mereka itu ialah umarak dan ulamak” [Hadis riwayat Ibn Abdul Barr]. Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin menyatakan bahawa “Rakyat menjadi rosak akibat daripada rosaknya pemerintah, dan pemerintah menjadi rosak akibat daripada kehadiran ulamak yang buruk (al-suu’)”.