Terpaksa Mengemis dan Merayu Untuk Mendapatkan Hak Dalam Sistem Kehidupan Kapitalisme

800×600

Normal
0

false
false
false

EN-US
X-NONE
AR-SA

MicrosoftInternetExplorer4

st1:*{behavior:url(#ieooui) }

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”,”serif”;}

altJantung berlubang: Penoreh getah rayu bantuan untuk anak

GURUN 5 Jun – Seorang penoreh getah merayu bantuan orang ramai bagi membiayai kos perubatan anak perempuannya yang mengalami masalah jantung berlubang sejak lahir. 

Nur Farihan Abdul Rahman, 8, dari Kampung Sungai Rotan di sini terpaksa berulang-alik ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan susulan memandangkan jantungnya berlubang sebesar tiga sentimeter.  Bapa kanak-kanak itu Abdul Rahman Maan, 40, berkata, Nur Farihan tidak boleh menjalani pembedahan kerana mengikut doktor, ia akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan anak perempuannya itu berikutan saiz lubang pada jantungnya sangat besar bagi kanak-kanak yang berumur lapan tahun.  Anak kelima daripada enam beradik itu memerlukan penjagaan rapi kerana tahap kesihatannya kurang stabil dan perlu mendapatkan bekalan ubat-ubatan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar setiap bulan, kata Abdul Rahman kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.  Beliau berkata, pendapatannya sebagai penoreh getah tidak menentu dan isterinya tidak bekerja kerana menjaga keperluan Nur Farihan.   Bantuan kewangan boleh disalurkan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional atas nama Abdul Rahman Maan (02103-41-00001799-9) atau menghubungi talian 012-4204392. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia: 05/06/11


Terpaksa Mengemis dan Merayu Untuk Mendapatkan Hak Dalam Sistem  Kehidupan Kapitalisme


Bayangkan jika kes di atas berlaku kepada anak kita. Bapa kepada adik Nur Farihan terpaksa merayu dan menagih simpati masyarakat bagi menampung kos perubatan penyakit jantung berlubang anaknya sedangkan mendapatkan khidmat kesihatan untuk anaknya ini adalah hak baginya! Bagaimanakah agaknya respons Najib yang selama ini sering berbangga ke sana-kemari dengan slogannya “…rakyat didahulukan….” jika beliau membaca berita ini? Apakah Najib akan menyelesaikan masalah si anak kecil ini? Kita sama-sama tunggu dan lihat. Atau apakah slogan akan hanya tinggal slogan semata-mata?

Islam sebagai satu cara hidup telah menjelaskan bahawa khidmat kesihatan adalah merupakan hak rakyat yang wajib dijamin oleh negara dan diberikan secara percuma. Negara wajib menyediakan dan memastikan agar setiap warga mendapat haknya sebagai rakyat tanpa membezakan apakah ia muslim atau non muslim, mahupun apakah ia orang kaya ataupun miskin. Ketetapan itu didasarkan pada perbuatan Rasulullah SAW. Ketika beliau menerima hadiah dari Muqauqis, Raja Mesir, dalam bentuk seorang doktor, baginda menjadikannya doktor untuk khidmat umum . Keputusan baginda menjadikan doktor sebagai kepentingan umum ini berbeza dengan keputusan beliau ketika mendapat hadiah dari Raja Aikah berupa selimut bulu dan keledai. Hadiah tersebut digunakan baginda sebagai milik peribadi. Tindakan Rasulullah SAW menjadikan doktor untuk seluruh rakyat, menunjukkan bahawa hadiah tersebut bukanlah untuk kepentingan beliau, tetapi untuk seluruh kaum Muslimin.

Pernah juga sekumpulan orang datang dari Urainah mengunjungi Rasulullah SAW di Madinah. Mereka menyatakan keimanan dan keIslaman mereka kepada Rasulullah SAW. Di sana mereka diserang penyakit limpa. Baginda SAW memerintahkan mereka beristirehat di pusat penggembalaan ternakan kaum Muslimin milik Baitul Mal, di Quba’. Mereka tinggal di sana dengan layanan yang merupakan hak mereka sebagai pesakit, termasuk meminum susu unta, hingga sembuh. Rasulullah SAW juga pernah membangunkan sebuah hospital untuk orang-orang sakit dan membiayainya dari harta Baitul Mal.

Islam memberikan kesejahteraan dengan memastikan hak setiap individu rakyat dipenuhi dengan sebaiknya. Ini jauh berbeza dengan keadaan hari ini. Untuk mendapatkan hak, rakyat terpaksa merayu untuknya!!

Lihat: SN160 – BAGAIMANA DAULAH ISLAM MENJAGA KEBAJIKAN.