Tiada Gunanya Berharap Kepada Pemimpin Sekular Saat Ini

Dr MahathirDr Mahathir kesal dunia Islam membisu kekejaman Zionis

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan sikap membisu negara Islam berhubung tindakan rejim Israel menghalang tiga kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri berkata, ini kerana negara Islam terbabit bersikap rendah diri dan tidak menyuarakan bantahan akibat mengikut telunjuk negara kuasa besar.  “Pada kebiasaannya negara Islam mempunyai pendekatan ‘low profil’ dalam rundingan peringkat antarabangsa. Mereka tidak akan menonjolkan pendapat mereka. Walaupun rakyat mereka hendak kerajaan menyuarakan bantahan, kerajaan Islam tidak ingin menentang apa yang dianggap oleh mereka sebagai kehendak dunia,” katanya ketika diwawancara Datuk Ahmad A Talib dalam rancangan Soal Jawab di TV3, malam tadi.  Dr Mahathir yang juga Penaung Perdana Global Peace Organization (PGPO), berkata beliau tidak yakin Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dapat mengadakan persidangan khas bagi mengutuk kekejaman rejim itu.

Mereka perlu mendapat persetujuan semua negara anggota. Saya percaya ada negara anggota akan menentang perjumpaan khas ini,” katanya. 

Bagaimanapun, Dr Mahathir lega kerana dimaklumkan OIC sudah membuat keputusan mendesak negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel supaya memutuskan hubungan berkenaan.

“Itu adalah tindakan tegas OIC buat kali pertama dan kita berharap negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel akan menunjukkan sikap mereka terhadap perbuatan Israel dengan memutuskan hubu-ngan,” katanya.

Beliau juga berkata, badan bukan kerajaan (NGO) wajar bersatu dalam memperjuangkan isu Gaza bagi memudahkan perancangan strategi bagaimana hendak menyalurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan.

Dr Mahathir turut berharap Kerajaan Mesir dapat menunaikan janji untuk membuka pintu sempadan di Rafah.
 

Sumber: Berita Harian 10/06/10

Bukan Masanya Lagi Untuk Bersuara Mahupun Kecaman….Tetapi Saatnya Kini Adalah  Untuk Berjihad

Apalah ertinya kekesalan yang diluahkan oleh Mahathir terhadap dunia Islam yang secara faktanya diwakili oleh para pemimpin secular hanya kerana mereka tidak bersuara mengecam kekejaman Zionis. Sedangkan hakikatnya, Zionis laknatullah itu tidak akan pernah peduli dengan sebarang bentuk kecaman meskipun jika seluruh manusia berhimpun mengutuk setiap tindakan biadab mereka itu.

Wahai Mahathir! Kamu sebenarnya tidak akan dapat mengharapkan apa-apa dari para pemimpin sekular umat Islam hari ini bagi menyelesaikan masalah Palestin yang hakikatnya sudah berlarutan semenjak lahirnya negara haram Israel di bumi Palestin itu. Hanya tindakan ”bodoh”lah yang akan terus diulang-ulang oleh para pemimpin bacul ini. Hakikatnya, kini bukanlah suara kutukan yang ingin didengar oleh umat Islam terutamanya kaum Muslimin di Gaza, tetapi yang diinginkan adalah terjemahan bantahan dan kritikan dalam bentuk tindakan fizikal. Tidak ada lain yang diharapkan oleh umat Islam di seluruh dunia saat ini melainkan seruan jihad fisabilillah, yang sewajibnya keluar dari mulut-mulut para pemimpin umat Islam hari ini bagi menggerakkan para tentera kaum Muslimin yang masih lagi dipasung kaki-kaki mereka di kem-kem tentera yang ada di dunia umat Islam. Disamping itu wahai umat Islam! Kamu sebenarnya ketika ini melihat Mahathir sedang bersandiwara, kerana kita sudah mempunyai bukti yang cukup lama; selama 22 tahun Mahathir memerintah dan berkuasa di Malaysia beliau juga tidak pernah melaungkan seruan jihad bagi mengejutkan kaum Yahudi laknatullah. Malahan hujah Mahathir ketika mempertahankan kedatangan pasukan kriket Israel pada tahun 1997 adalah bukti bahawa sebenarnya Mahathir sedang bersandiwara untuk menjadi ”hero” umat Islam. Muslim yang ikhlas pasti mengetahui manakah intan manakah permata…