Tolak Bashar Al Assad, Tolak Demokrasi, Dirikan Khilafah!

alt34 penunjuk perasaan ditembak mati di Syria

BEIRUT 4 Jun – Sekurang-kurangnya 34 penunjuk perasaan terbunuh selepas pihak keselamatan Syria melepaskan tembakan ke arah 10 ribu penunjuk perasaan yang menuntut Presiden Bashar al-Assad berundur di bandar Hama hari ini, kata kumpulan aktivis hak asasi Syria.

“Jumlah kematian dijangka meningkat memandangkan ramai yang mengalami kecederaan parah,” kata wakil kumpulan aktivis, Rami Abdulrahman.

“Jumlah kematian tersebut tidak dikira daripada semua hospital,” tambahnya. – REUTERS

Sumber : Utusan Online, 04/06/2011

Tolak Bashar Al Assad, Tolak Demokrasi, Dirikan Khilafah!

Inilah sikap pemimpin yang bakal dicampakkan ke dalam neraka Allah! Mereka bukan sahaja menyulitkan kehidupan rakyat, tidak menerapkan Islam dalam pemerintahan, malah sanggup membunuh mereka demi mempertahankan diri agar kekal di atas takhta. Dalam kebangkitan di Syria yang semakin parah ini, Bashar al Assad semakin menggila dengan menembak mati kaum muslimin yang berdemonstrasi. Sikap pemimpin yang kejam dan khianat terhadap amanah Allah ini merupakan salah satu masalah yang menghimpit umat Islam. Namun, meskipun pemimpin yang ganas dan khianat ini ditukar dengan pemimpin yang lain, tetapi sistem yang digunakan masih sama, kerosakan akan tetap berleluasa.

Pemimpin yang mengambil Al – Quran dan As – Sunnah sebagai asas pemerintahan merupakan perisai bagi umat. Namun pemimpin ganas dan khianat seperti Bashar jauh sekali dapat disifati sebagai perisai umat!

“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu laksana perisai dimana orang-orang berperang di belakangnya dan menjadikannya pelindung”
[HR Muslim].

Masalah yang berlaku ini haruslah diselesaikan oleh umat Islam sendiri, dan bukannya dengan mengemis pertolongan musuh- musuh Allah seperti kuffar Amerika. Mereka ini bukan sahaja tidak redha kepada umat Islam selama mana kaum muslimin tidak mengambil mereka sebagai ikutan, malah mereka inilah yang telah menopang dan menguatkan cengkaman pemimpin seperti Bashar terhadap kaum muslimin selama ini. Pemimpin seperti ini seharusnya dicampakkan jauh ke dalam bakul sampah sejarah dan digantikan dengan pemimpin yang ikhlas dalam melaksanakan amanah Allah dan RasulNya. Semoga Khilafah segera tertegak memberikan kesejahteraan ke seantero dunia. Wallahu a’lam.