Tunisia: Tolak Hillary Clinton, Sokong Penegakkan Khilafah!

altBukan sahaja di Mesir, AS kini berusaha untuk melakukan penjarahan ke atas keberaniaan rakyat yang telah menurunkan para pemerintah diktator yang disokong AS sebelum ini. Tunisia sebagai negara inspirasi awal penggulingan para pemerintah diktator, di mana ia tempat pertama seruan Khilafah bergema, kini sedang dijarah AS. Tetapi rakyatnya tidak berdiam diri. Mereka menolak kedatangan para pegawai negara penjajah tersebut.

Pada hari Khamis yang lalu, rakyat Tunisia termasuk para penyokong gerakan Islam Hizbut Tahrir telah berarak melalui Bandar Tunis bagi membantah kunjungan Menteri Luar Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Tindakan protes tersebut merupakan kali ketiga dalam masa tiga hari untuk membantah kedatangan Hillary Clinton, di mana pada hari Khamis sebelum itu, telah diadakan perbincangan dengan Presiden sementara Fuoed Mebazaa yang menggantikan Zine El Abidin Ben Ali.

Penunjuk perasaan kaum Muslimin melaungkan, “Hillary Clinton, anda tidak disambut baik, keluar!!”, “Tidak ada kolonialisasi setelah revolusi” dan “Tidak untuk pengawasan AS di wilayah Islam”. Mereka mengingatkan kesan terhadap campur tangan AS di negara jiran mereka Libya yang kini sedang dilanda tindakan penggulingan rejim.

“Ia (AS) datang sebelum pilihanraya yang akan datang untuk menerapkan strategi AS di Tunisia. Tapi itu adalah mimpi. Kami telah menurunkan seorang diktator dan kami juga tahu bagaimana untuk melindungi negara kami”, kata Naziha Bahri yang berusia 60 tahun.

Sebelum itu, Hillary berjanji untuk membantu Tunisia dalam menyediakan pekerjaan dan melakukan pembaharuan untuk menjaga momentum di sebalik pergolakan yang berlaku yang telah menggulingkan Ben Ali dua bulan lalu.

Dia juga menyatakan bahawa Persidangan Bantuan Antarabangsa akan membantu untuk mendapatkan kata putus terhadap keperluan-keperluan yang diperlukan untuk membantu Tunisia.

“Para pegawai pemerintah yang baru dan tokoh-tokoh Tunisia yang lain memahami bahawa ‘kita memerlukan rancangan untuk pembangunan ekonomi untuk pekerjaan'”, kata Hillary Clinton pada wartawan dalam lawatannya ke pejabat Bulan Sabit Merah Tunisia.

Selain Mebazaa, Hillary juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Mouldi Kefi dan Perdana Menteri Sementara, Beji Caid Essebsi. Kunjungannya  juga mencakupi pertemuan dengan orang-orang muda yang telah mengambil bahagian dalam demonstrasi rakyat di negara tersebut.

Demikianlah AS yang tidak mempunyai rasa malu, terus menerus memaksa dan menjarah perjuangan kaum Muslimin yang telah berjaya menumbangkan rejim yang mana selama ini kekuasaannya disokong oleh AS. Penerimaan para pegawai pasca kejatuhan rejim yang berkuasa sebelum ini menunjukkan bahawa para penyambung rejim ini masih bercengkerama dengan para penjajahnya.

Seruan Khilafah di bumi Tunisia semakin menunjukkan bahawa perjuangan umat terus berputar sehinggalah tiba saatnya Khilafah kembali menyatukan semula seluruh negeri, bermula dari Maghribi sehinggalah ke Moscow dan Sydney. Tidak lama lagi, insyaallah.

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=vpgiGe8ewu4&feature=channel_video_title]
Sumber : Syabab.com