Tunjuk perasaan seluruh Pakistan anjuran Hizbut Tahrir

Tunjuk perasaan seluruh Pakistan anjuran HizbutTahrir untuk membantah penculikan Naveed Butt, enam bulan selepas juru-cakap HizbutTahrirPakistan itu diculik oleh penguasa zalim  

    HizbutTahrir wilayah Pakistan telah menganjurkan tunjuk perasaan di seluruh Pakistan bagi membantah penculikan ke atas jurucakap iaitu Naveed Butt dan ketiadaan berita mengenainya selepas enam bulan. Tunjuk perasaan ini telah diadakan di Karachi, Lahore and Islamabad. Para penunjukperasaan telah membawa sepanduk berbunyi “Penculikan jurucakap HizbutTahrir tidak dapat menghalang tertegaknya semula Khilafah” dan “Naveed Butt ditahan selama enam bulan kerana menentang penguasa boneka Amerika”.

    Para penyeru yang berucap kepada penunjuk perasaan mengatakan bahawa sudah enam bulan Naveen Butt diculik oleh agensi kerajaan, tetapi masih belum dibebaskan atau dibawa untuk menghadiri prosiding mahkamah. Penyeru menjelaskan bahawa kesalahan Naveed Butt hanyalah semata-mata kerana beliau membongkar pengkhianatan pemerintah Pakistan dan menyeru supaya pemerintahan boneka Amerika ditamatkan dan mendirikan semula Khilafah di Pakistan.

Untuk mencapai objektif tersebut, Naveed Buttsecara konsisten melakukan aktiviti politik secara aman. Para penyeru juga menambah bahawa tindakan jahat pemerintah boneka ini hanya akan lebih memberi motivasi kepada HizbutTahrir dan para syabab (pemuda)nya. Para penyeru melaungkan bahawa pemerintah boneka dan agen mereka telahsedar bahawa penculikan Naveed Butt telah gagal menghalang HizbutTahrir dan aktiviti para syababnya.

Kenyataan terkini General Kayani dan propaganda media terhadap HizbutTahrir adalah bukti terhadap keadaan tersebut di mana tindak-tanduk mereka hanyalah melipat-gandakan lagi usahaHizbutTahrir ke arah menegakkan Khilafah. Penculikan Naveed Butt tidak akan sekali-kali menghalang HizbutTahrir dan para syababnya daripada mendirikan semula Negara Khilafah.

Para penyeru seterusnya menuntut supaya Naveed Butt dibebaskan dan memberikan amaran bahawa sekiranya Khilafah berdiri, Khalifah akan pasti membalas kezaliman dan kejahatan mereka terhadap umat Islam selama ini dan pembalasan yang lebih buruk akan menanti mereka di Hari Kiamat kelak.

    Di sepanjang demonstrasi aman tersebut, para penyeru melaungkan slogan terhadap pengkhianatan pemerintah di dalam sistem politik dan juga ketenteraan dan menyeru kepada pembebasan Naveed Butt dan penegakan semula Khilafah. Akhirnya, para penunjuk perasaan telah bersurai secara aman di iringi dengan laungan slogan keburukan sistem demokrasi dan penegakan semula Khilafah.
 

Pejabat media HizbutTahrir wilayah Pakistan
26 Zulhijjah 1433H
11/11/2012