Umat Islam Saat Ini Tidak Cukup Hanya Dengan Bersolat Hajat

Jakim cadang solat hajat di seluruh negara malam ini

PUTRAJAYA, 1 Jun —  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru masjid dan surau di seluruh negara menganjurkan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah malam ini bagi mendoakan keselamatan semua sukarelawan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.  Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berharap solat hajat itu dapat diadakan serentak selepas solat Maghrib hari ini dan diteruskan selepas solat Jumaat ini.  “Pendekatan (solat hajat) itu perlu dilaksanakan segera bagi memohon perlindungan Allah kepada sukarelawan terbabit sama ada yang beragama Islam dan bukan Islam daripada kekejaman rejim Israel,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keganasan tentera Israel terhadap sukarelawan yang menaiki kapal “Mavi Marmara” yang terlibat dalam misi “Flotila Kebebasan” bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza.   Wan Mohamad juga menasihatkan mana-mana pihak yang berhasrat mengadakan perhimpunan bagi menzahirkan rasa marah mereka terhadap keganasan tentera Israel itu supaya terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada Jakim, pihak berkuasa agama negeri serta polis.  “Kita boleh melahirkan rasa marah dan berhak merasa marah kepada pihak yang zalim. Bagaimanapun tindakan kita hendaklah selari dengan peraturan dan undang-undang sedia ada.   “Reaksi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Islam sewajarnya melambangkan kematangan kita dalam menangani isu yang mencabar ini,” katanya. — Bernama
 
Sumber: Malaysia Insider 01/06/10

Apakah Cukup Hanya Dengan Solat Hajat?

Inikah sikap yang perlu diambil oleh umat Islam setiap kali berhadapan dengan isu keganasan kuffar kepada Islam? Nampaknya Jakim dengan cepat mendahului dalam isu ini apabila  meminta umat Islam melakukan solat hajat. Cuma persoalannya ialah apakah cukup hanya sekadar melakukan solat hajat sedangkan perkara yang paling mendesak dan utama untuk menghadapi Israel ialah dengan menghantar tentera-tentera umat Islam, bagi melancarkan jihad untuk memberhentikan dan mengajar kebiadapan pihak kuffar itu. Tetapi amat malang, apabila hari ini para pemimpin umat Islam termasuklah para ulama yang dekat dengan pemerintah hanya melakukan sesuatu yang sebenarnya telah mengalihkan pemikiran dan fokus umat Islam dari melakukan tindakan yang sebenarnya berkenaan dengan isu ini. Sedangkan Allah SWT telah berfirman: ”Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [TMQ At-Taubah (9) : 14]. Yakinlah bahwa hanya perkataan jihad sahajalah yang mampu memberhentikan kebiadaban Israel itu. Tidak ada yang lainnya. Dan ketahuilah bahawa hanya Khilafahlah satu-satunya institusi yang bersedia untuk menggerakkan aktiviti jihad ini dengan sempurna!