Umat sudah bangkit, penguasa dan tentera masih lena

Buletin HTM – Ribuan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi menyatakan solidariti ke atas Gaza dalam Himpunan Perdana Nasional “Malaysia Bangkit Untuk Gaza” yang telah berlangsung dari petang hingga ke tengah malam, semalam (09/08/25).

Para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) turut turun padang dan mengambil peluang mengedarkan ribuan risalah bertajuk “Solusi Tuntas Masalah Palestin” kepada peserta perhimpunan.

Intipati bahan edaran ini menekankan bahawa isu Palestin mesti dilihat dari sudut “mangsa” dan “pemangsa”, dengan penegasan bahawa penyelesaian tuntas masalah Gaza ialah melalui jihad fi sabilillah yang dilancarkan oleh penguasa bagi membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, sekali gus menyelamatkan kesemua mangsa yang sedang dibantai oleh Yahudi la’natullah.

Selain jihad yang wajib dilancarkan segera oleh penguasa, HTM juga menyeru penegakan Negara Islam – Khilafah – sebagai sebuah kewajipan, yang apabila berdiri sudah tentu akan mengajar kebiadaban Yahudi dan sekutunya dengan jihad al-akbar yang akan digerakkan oleh Sang Khalifah.

Di samping edaran risalah, satu kain rentang dengan mesej “Selamatkan Gaza dengan Jihad dan Khilafah” turut dipegang di lokasi strategik, yang telah menarik perhatian peserta untuk bergambar dan berinteraksi dengan para pemuda HTM mengenai mesej yang disampaikan.

Di saat banyak pihak hanya menekankan bantuan kemanusiaan ke atas mangsa, Hizbut Tahrir hadir di tengah-tengah umat dengan tegas dan konsisten menyeru jihad dan Khilafah sebagai solusi tuntas untuk masalah Palestin. Ternyata ramai peserta yang berinteraksi dengan syabab HTM bersetuju dengan solusi yang ditawarkan.

Sesungguhnya umat Islam telah bangkit di serata dunia untuk membantu Palestin sedaya upaya mereka, malangnya penguasa dan tentera umat Islam masih lena dengan membiarkan pemangsa terus membunuh mangsa sekehendak hati mereka.