Wahai Tentera Muslim! Apakah Tiada Seorang Pun Salahuddin Baru Dalam Kalangan Kalian, Yang Akan Memimpin Kalian Dalam Mendukung Para Syuhada’ Dan Menghapuskan Entiti Yahudi?
بسم الله الرحمن الرحيم
Wahai Tentera Muslim! Apakah Tiada Seorang Pun Salahuddin Baru Dalam Kalangan Kalian, Yang Akan Memimpin Kalian Dalam Mendukung Para Syuhada’ Dan Menghapuskan Entiti Yahudi?
[Terjemahan]
Kaum Yahudi sedang menduduki bumi Palestin yang diberkati, membunuh penduduknya, membakar pepohonan dan memusnahkan batu-batuan, namun kalian diam dan tidak bergerak!
Kaum Yahudi sedang menduduki bumi Palestin yang diberkati, membunuh orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak…namun kalian diam dan tidak bergerak!
Kaum Yahudi sedang menduduki bumi Palestin yang diberkati, memusnahkan masjid, sekolah dan hospital serta membunuh orang-orang yang sakit, namun kalian diam dan tidak bergerak!
Kaum Yahudi sedang menduduki bumi Palestin yang diberkati, membunuh para syuhada’ tanpa henti di Gaza, bahkan di seluruh Wilayah Sham, namun kalian diam dan tidak bergerak!
Kaum Yahudi sedang menduduki bumi Palestin yang diberkati, mereka telah membunuh pemimpin Hamas, seorang pahlawan, seorang yang bertakwa dan bersih Insya Allah (iaitu) Yahya Sinwar – orang yang telah mendapat salah satu daripada dua kebaikan. Kesatriaannya melalui Operasi Taufan Al-Aqsa telah berjaya melelahkan entiti Yahudi selama setahun peperangan, dengan bilangan pasukan dan peralatan yang jauh lebih rendah berbanding Yahudi…dan semua itu berlaku tanpa kalian memberikan dukungan kepadanya sedikit pun! Sedangkan kalian berada di sekeliling Palestin, dari bumi Al-Kinanah (Mesir) hingga ke Jordan, Arab Saudi, Syria, Iraq, Türkiye dan Iran, namun seakan-akan hal itu tidak ada kena-mengena dengan kalian, seakan-akan kalian berada di suatu negeri yang sangat jauh, dan kalian tetap diam dan tidak bergerak!
Wahai tentera di negeri-negeri kaum Muslimin…Bukankah kalian merupakan tentera daripada umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia?
Tidak mendidihkah darah di dalam urat nadi kalian melihat pencerobohan kejam kaum Yahudi ke atas saudara-saudara kalian setiap hari, bahkan setiap jam tanpa mengira malam atau siang?
Tidakkah kalian rindu untuk menjadi sebahagian daripada Ahlul Bushra (orang-orang yang diberi khabar gembira) melalui jihad kalian?
﴿يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُمْ بِرَحْمَةٍ مِنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُقِيمٌ﴾
“Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberikan rahmat daripada-Nya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang abadi” [At-Taubah (9): 21].
Tidakkah ayat-ayat Allah menggoncang kalian, untuk kalian bertindak memerangi kaum yang mengusir saudara-saudara kalian dari kampung halaman mereka?
﴿وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ﴾
“Dan bunuhlah mereka di mana sahaja kalian menjumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat di mana mereka telah mengusir kalian” [Al-Baqarah (2): 191].
Tidakkah kalian ingat apa yang telah Allah sediakan untuk tentera Mujahidin berupa salah satu daripada dua kebaikan?
﴿قُلْ هَلْ تَرَبَّصُونَ بِنَا إِلَّا إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ أَنْ يُصِيبَكُمُ اللَّهُ بِعَذَابٍ مِنْ عِنْدِهِ أَوْ بِأَيْدِينَا فَتَرَبَّصُوا إِنَّا مَعَكُمْ مُتَرَبِّصُونَ﴾
“Katakanlah: ‘Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu daripada dua kebaikan (kemenangan atau syahid). Dan Kami menunggu-nunggu bagi kamu bahawa Allah akan menimpakan kepada kamu azab (yang besar) dari sisi-Nya, atau melalui perantaraan tangan-tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu-nunggu bersama kamu” [At-Taubah (9): 52].
Tidakkah kalian ingat akan pendirian Rasulullah (saw) terhadap Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir, Bani Quraidzah dan Khaibar ketika mereka melakukan kejahatan dan kerosakan di muka bumi?
Tidakkah kalian ingat akan Khulafa’ ar-Rasyidin (radhiAllahu anhum wa radhuu anhu) yang mengangkat kemuliaan Islam dan kaum Muslimin, dan mereka berjihad di jalan Allah dengan sebenar-benar jihad?
Apakah tidak ada seorang Qutaibah, sang penakluk Bukhara dan Samarkand, dalam kalangan kalian?
Apakah tidak ada seorang Ibn al-Qasim, sang penakluk India dan Sindh, dalam kalangan kalian?
Apakah tidak ada seorang Ibn Ziyad, sang penakluk Andalusia, dalam kalangan kalian, yang namanya masih terpahat di Selat Gibraltar, yang merupakan kunci ke Andalusia?
Apakah tidak ada seorang al-Mu’tashim, sang penakluk Umuriyyah, dalam kalangan kalian?
Apakah tidak ada seorang Sallehuddin, sang penakluk tentera Salib dan pembebas Baitul Maqdis, dalam kalangan kalian?
Apakah tidak ada seorang Qutuz dan Baibars, sang penakluk Mongol di Ain Jalut, Palestin?
Apakah tidak ada dalam kalangan kalian seorang Al-Fatih sang penakluk Konstantinopel, yang membenarkan hadis Rasulullah (saw), sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad, yang berkata: Abdullah bin Bishri Al-Khath’ami memberitahu kepadaku dari ayahnya bahawa dia mendengar Rasulullah (saw) bersabda:
«لَتُفْتَحَنَّ الْقُسْطَنْطِينِيَّةُ فَلَنِعْمَ الْأَمِيرُ أَمِيرُهَا وَلَنِعْمَ الْجَيْشُ ذَلِكَ الْجَيْشُ»
“Kalian pasti akan membuka Konstantinopel. Sebaik-baik ketua ialah ketua yang membukanya, dan sebaik-baik tentera ialah tentera yang membukanya.”
Apakah tidak ada dalam kalangan kalian seorang Abdul Hamid, sang pelindung Palestin daripada kaum Yahudi…yang menghantar balik utusan Yahudi dalam keadaan kecewa dan kalah, tidak mendapat apa-apa, dan memberikan kepada si Yahudi satu pengajaran yang bijak, sambil berkata: “Aku tidak akan melepaskan satu inci pun tanah Palestin, kerana ia bukan milikku, tetapi ia adalah milik umat Islam. Kaumku telah berjuang untuk tanah ini dan menyiraminya dengan darah-darah mereka…Silakan kaum Yahudi menyimpan jutaan wang mereka, kerana jika Daulah Khilafah hancur suatu hari nanti. maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa apa-apa bayaran, tetapi selagi aku masih hidup, hal ini tidak akan berlaku…”
Wahai tentera kaum Muslimin! Sekiranya ada salah seorang daripada kalian yang berkata bahawa para penguasa telah menghalang kami daripada membantu Palestin dan kawasan sekitarnya, dan berkata bahawa kami tidak dibenarkan berjihad tanpa izin penguasa tersebut, maka sesungguhnya kata-kata itu adalah suatu hujah yang boleh disangkal. Mentaati penguasa yang mencegah jihad adalah tidak sah dan tidak diperbolehkan.
Sesungguhnya para penguasa itu sama sekali tidak akan memberi manfaat kepada kalian, baik di dunia mahu pun akhirat. Adapun di dunia, sesungguhnya mereka adalah agen-agen kafir penjajah dan penjaga kaum Yahudi. Mentaati mereka bererti kalian telah menghina diri sendiri, dan menyebabkan kalian tidak memerangi musuh kalian (Yahudi). Padahal kaum Yahudi itu bukanlah kaum yang akan menang dalam peperangan.
﴿وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ الْأَدْبَارَ ثُمَّ لَا يُنْصَرُونَ﴾
“Dan jika mereka berperang dengan kalian, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan” [Ali Imran (3): 111].
Adapun di akhirat, takdirnya lebih gelap dan azabnya lebih berat:
﴿وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا﴾
“Dan mereka berkata: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)’” [Al-Ahzab (33): 67]
﴿إِذْ تَبَرَّأَ الَّذِينَ اتُّبِعُوا مِنَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا وَرَأَوُا الْعَذَابَ وَتَقَطَّعَتْ بِهِمُ الْأَسْبَابُ * وَقَالَ الَّذِينَ اتَّبَعُوا لَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَتَبَرَّأَ مِنْهُمْ كَمَا تَبَرَّءُوا مِنَّا كَذَلِكَ يُرِيهِمُ اللهُ أَعْمَالَهُمْ حَسَرَاتٍ عَلَيْهِمْ وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنَ النَّارِ﴾
“Ketika orang-orang yang diikuti (ketua-ketua) itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat azab dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali, dan berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut, ‘Seandainya kami dapat kembali (ke dunia) pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami (pada hari ini)’. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi penyesalan bagi mereka, dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari (azab) neraka” [Al-Baqarah (2): 166-167].
Wahai tentera kaum Muslimin! Hancurnya entiti Yahudi adalah janji dari Allah. Semakin mereka bangkit dan melakukan kerosakan, maka semakin itu mereka akan dibinasakan dan entiti mereka akan dihancurkan.
﴿فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيراً﴾
“Dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam masjid, sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama, dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa sahaja yang mereka kuasai” [Al-Isra’ (17: 7].
Setiap kali mereka kembali melakukan kerosakan demi kerosakan, mereka akan dibinasakan dan entiti mereka akan dihancurkan.
﴿وإنْ عُدْتُمْ عُدْنَا وَجَعَلْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ حَصِيراً﴾
“Dan sekiranya kamu kembali (melakukan kejahatan) nescaya Kami kembali (mengazabmu) dan Kami jadikan neraka Jahanam penjara (yang kekal) bagi orang-orang kafir” [Al-Isra’ (17): 8].
(Begitulah Yahudi) Mereka terus melakukan kerosakan demi kerosakan, maka dengan janji Allah, entiti mereka akan dihancurkan.
Demikian juga dengan hadis Rasulullah (saw) yang menjanjikan bahawa mereka akan dibunuh:
»لَتُقَاتِلُنَّ الْيَهُودَ فَلَتَقْتُلُنَّهُمْ«…
“Kalian akan memerangi kaum Yahudi dan kalian akan membunuh mereka…” (HR Muslim dari Nafi’ dari Ibnu Umar].
Sesungguhnya entiti mereka akan lenyap dan hal ini pasti berlaku, insya Allah. Maka, wahai tentera Muslim, pastikanlah hal ini berlaku di tangan-tangan kalian, kerana jika tidak, Allah akan menggantikan kalian dengan kaum lain yang mereka tidak akan seperti kalian.
﴿وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْماً غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ﴾
“Dan jika kalian berpaling (dari perintah Allah), nescaya Dia akan mengganti (kalian) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kalian” [Muhammad (47): 38].
Sebagai penutup, semoga Allah merahmati para syuhada’ dan menempatkan mereka di syurga-syurga-Nya yang luas, dan semoga Allah menyembuhkan mereka yang sakit, dan memberikan mereka kesihatan, dan semoga Allah memuliakan umat ini dengan kembalinya Khilafah di atas jalan kenabian, sehingga umat ini akan kembali meraih kemenangan serta keagungannya.
﴿وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ﴾
“Padahal kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang Mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui” [Al-Munafiqun (63): 8].
15 Rabiul Akhir 1446 H
18 Oktober 2024 M
Hizbut Tahrir