Zardari Seleweng Dana Bantuan Luar Ke Pakistan
“Wujud keberatan, bahkan rakyat Pakistan sendiri tidak bermurah hati menderma terhadap dana bantuan mangsa banjir ini kerana mereka tahu ia tidak akan dibelanja dengan benar” katanya kepada The Daily Telegraph.
Presiden Pakistan, Saif Ali Zardari telah pun menerima kritikan selepas gagal membatalkan lawatan luar negaranya termasuk bertemu PM David Cameron di Chequers, sepatutnya memantau bencana. Lawatannya ke Rusia juga dipendekkan dari 2 hari ke sehari. Pengarah pembangunan semula gempa bumi menyatakan belanjawan mereka telah dikurangkan sejak Mac 2009 apabila 12 bilion Rupee (Pakistan) bersamaan £90 juta telah dialihkan kepada projek-projek kerajaan. Mereka dimaklumkan, “Sekiranya kami memiliki wang, kami akan pulangkan kepada anda”. Beliau menambah, “Kesemua wang tersebut disumbangkan oleh kerajaan-kerajaan Barat, tetapi mereka mengatakan ‘kami sedang menghadapi pelbagai masalah’”.
Pada Jun tahun ini, staf ERRA dimaklumkan bahawa bajet mereka untuk tempoh 2010-2011 yang sepatutnya berjumlah 43 bilion Rupee (£322 juta) telah dikurangkan kepada 10 bilion Rupee (£75 juta). Di Balakot, sejumlah 5 000 daripada 25 000 penduduk Bandar itu maut dalam bencana gempa bumi manakala ribuan keluarga yang terselamat telah dimaklumkan bahawa ‘bandar baru’ akan dibina dilokasi 6 batu dari ‘zon merah’ namun janji tersebut masih tidak tertunai. Bahkan tiada satu bentuk pembangunan semula pun dilakukan oleh pihak kerajaan Pakistan disana. Menurut tinjauan Telegraph, jentera penggali ditinggalkan berkarat dan beberapa pengawal keselamatan mengatakan tiada pekerjaan dilakukan disana selama lebih satu tahun. Sumber rasmi pula mengatakan pihak kontraktor tidak menerima bayaran sejak April dan masih berhutang kepada mereka sebanyak £22.5 juta.
Kamal Nawaz, 30, dari perkampungan Gairlat yang memiliki 14 ahli keluarga tinggal didalam 2 bilik kecil sementara dikhemah-khemah mengatakan, “Mereka (kerajaan) maklumkan bahawa mereka boleh membina 3 bandar baru Balakot tapi kami masih menantikan kemunculannya walaupun satu bandar”. Dalam mesyuarat ERRA, akibat krisis dana bantuan awal bulan ini, memutuskan untuk menghentikan sebarang usaha yang telah dijalankan. Dalam suratnya bertarikh 6 Ogos menjelaskan bahawa beberapa pejabat akan ditutup dan perlu menjalani lelongan eset. Sementara pekerja akan dikurangkan dari 3000 orang kepada 800. Menurut sumber rasmi, dana bantuan yang datang dari negara luar dan ejensi bantuan lain tidak pernah menjustifikasi pengurangan (bajet) itu.
Setiausaha Kewangan Pakistan, Salman Siddiq berkata kerajaan telah menolak permohonan untuk menambah dana kerana fiskal negara mengalami defisit tetapi menafikan sebarang bantuan luar yang telah dialihkan. “Tiada pengurangan dilakukan pada tahun lepas”, katanya.
Sumber : http://www.telegraph.co.uk