28 Rajab – Memperingati Kejatuhan Khilafah Bukan Untuk Diratapi, Tetapi Sebagai Momentum Untuk Menegakkannya Kembali

Pada hari Isnin tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), dunia telah dikejutkan dengan berita bahawa Mustafa Kamal secara rasminya telah menghapuskan Daulah Khilafah dan menggantikannya dengan sebuah republik Turki Sekular. Pada malam itu Sultan Abdul Majid II, Khalifah terakhir kaum Muslimin, dipaksa untuk mengemas barangnya dan beliau dikepung untuk masuk ke kenderaannya lalu dihalau keluar dari Turki pada pagi hari tersebut. Dengan cara ini, maka berakhirlah sebuah Daulah Islam yang telah memayungi dunia selama 1342 tahun. Sebuah Daulah yang kewujudannya dahulu telah dirintis oleh Rasulullah (saw) dan para sahabat dengan jiwa dan raga, dengan darah dan airmata. Pada tanggal 28 Rajab, lenyaplah sebuah Negara Islam yang asasnya dibangunkan oleh Rasulullah (saw) berdasarkan wahyu; runtuhlah sebuah peradaban yang selama ini menyebarkan cahaya Allah (swt) di dunia dan membawa rahmat ke seluruh alam. Pada tanggal 28 Rajab inilah, kaum Muslimin telah kehilangan ibu yang selama ini menjaga mereka, perisai yang selama ini melindungi mereka dan institusi yang selama ini meletakkan mereka di puncak kemuliaan. Bermula dari kejatuhan ini, maka kita menyaksikan darah dan airmata kaum Muslimin belum pernah kering membasahi bumi dek penderitaan dan kesengsaraan yang mereka alami.

Memperingati 28 Rajab bukanlah bermaksud “merayakan” ulang tahun kejatuhan Khilafah, tetapi ia sebagai peringatan kepada umat Islam bahawa pada tanggal tersebut, sebuah institusi penyebar Islam dan pembawa rahmat kepada dunia telah hilang. Memperingati 28 Rajab juga bukan bertujuan untuk meratapi kejatuhan Khilafah, tetapi untuk mengingatkan keseluruhan kaum Muslimin akan kewajipan untuk mendirikan semula institusi politik pemersatu ummah ini yang selama lebih 1300 tahun berjaya meletakkan mereka sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia. Hizbut Tahrir mengingatkan umat Islam akan tarikh ini kerana tidak mahu memperpanjangkan lagi kesedihan dan penderitaan yang dialami oleh umat Muhammad (saw) dan kami ingin menyedarkan dan membangkitkan umat ini dari kelalaian dan lena yang panjang. Kita hendaklah tunjukkan kepada kaum kuffar musuh-musuh Islam bahawa umat Islam adalah umat yang satu dan umat ini masih hidup dan akan bangkit serta bersatu kembali untuk mengalahkan mereka, sebagaimana umat ini telah berjaya mengalahkan mereka ketika wujudnya Daulah Khilafah dahulu. Sesungguhnya sejarah pasti akan berulang dan kita pasti akan mengalahkan mereka sekali lagi dengan terwujudnya Daulah Khilafah untuk kali yang kedua, dengan izin Allah (swt).

Wahai kaum Muslimin! Daulah Khilafah telah pun lenyap 97 tahun yang lalu. Kita tidak mahu selamanya meratapi kehilangan ini dan kita sama sekali tidak dituntut untuk hanya berdiam diri dan membiarkan kehilangan ini begitu sahaja. Sebaliknya kita diwajibkan berusaha untuk mengembalikannya. Kita mahu melakar kembali sejarah dunia dengan mengembalikan semula institusi politik agung umat Islam ini. Setiap Muslim wajib mendirikan semula Daulah Khilafah dengan mengikuti jejak langkah Rasulullah (saw) dan para sahabat (ra) yang telah menyerahkan seluruh hidup mereka di jalan Allah (swt) serta berkorban jiwa dan raga di dalam menubuhkan Daulah Islam di Madinah demi menegakkan agama Allah (swt) secara kaffah. Allah (swt) mewajibkan setiap Muslim untuk menerapkan keseluruhan hukumNya dan tidak ada jalan lain untuk merealisasikan perkara ini kecuali dengan tegaknya sebuah Negara Islam (Khilafah).

Hizbut Tahrir sedar bahawa perjuangan untuk menegakkan kembali Daulah Islam ini menuntut keikhlasan hati dan pengorbanan yang tinggi oleh setiap pengembang dakwah. Kita pastinya akan melalui segala onak dan duri yang pernah dilalui oleh para pendahulu kita. Perjuangan ini sudah barang pasti memerlukan pengorbanan masa, harta dan jiwa setiap Muslim. Namun, beban berat perjuangan mendirikan semula Daulah Khilafah ini tentunya akan menjadi ringan dan akan terasa lebih ringan jika kita lakukannya bersama-sama. Justeru, Hizbut Tahrir menyeru kalian wahai kaum Muslimin! Bersegeralah kepada perjuangan mulia menegakkan semula Daulah Islam yang akan mengembalikan kemuliaan kita semua, mengembalikan perisai dan kesatuan seluruh umat Islam di bawah satu payung pemerintahan. Bersegeralah kepada kebaikan ini wahai kaum Muslimin. Ingatlah, bahawa kejayaan kita dalam menegakkan kembali Khilafah bukanlah satu mimpi atau angan-angan kosong tetapi merupakan satu janji yang telah pun dikhabarkan oleh Rasulullah (saw) melalui lisannya yang mulia,

«ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»

“kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian” [HR Ahmad].

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 24 Rajab 1439 H
11/04/2018 M
Ruj: HTM/PR/08/1439


Press Release

28 Rajab – Remembrance of the Fall of Khilafah (Caliphate) Is Not for Grievance, but as a Momentum to Push for Her Re-Establishment

On Monday 28th Rajab 1342 Hijri (3rd March 1924), the world was stunned by the news that Mustafa Kamal had officially abolished the Islamic State (Khilafah) and replaced it with a secular Turkish republic. On the same night Sultan Abdul Majid II, the last Caliph of the Ummah, was forced to pack his belongings and was driven out of Turkey the next morning. It is in this way that the Daulah Islamiyyah (Islamic State) which had sheltered the world for 1342 years met its end; a state whose existence was pioneered by the Prophet (saw) and his Companions (ra) with their lives, bloods and tears. On the 28th of Rajab, the Daulah Islamiyyah which was first established by the Prophet (saw) based on Revelation, had collapsed; the institution that acts to spread the light and mercy of Allah (swt) to the whole world, had disappeared. On the 28th of Rajab, the Muslims had lost the shield that had safeguarded and protected them, and they had lost the institution which had put them at their highest dignity. It is from this loss that the Islamic Ummah begins to face countless sufferings and miseries; Muslim bloods are shed everywhere, and the earth has never been dry from their bloods and tears.

Remembrance of 28 Rajab is not an anniversary ‘celebration’ of the fall of the Khilafah (Caliphate) but is a reminder to Muslims that on that date, the Islamic political umbrella, a Da’wah carrying institution and a mercy to the world, had disappeared. Commemoration of 28 Rajab is also not intended to lament the fall of Khilafah, but to remind the whole Muslim Ummah of their obligation to re-establish this Ummah-unifying political institution that had made them the best nation ever been created for the mankind. Hizb ut Tahrir reminds the Muslims of this date because we do not wish to prolong the grief and pain suffered by this Ummah of Muhammad (saw) and we want to awaken and raise this Ummah from lethargy and neglect. We have to show to the Kuffar-enemies of Islam that Muslims are one Ummah and this Ummah is alive. This Ummah will rise and reunite to defeat them, as it had defeated them before when the Khilafah prevailed. Indeed, history will surely repeat itself, and we will surely defeat them once again with the establishment of the second Khilafah Rashidah, by will of Allah (swt).

O Muslims! The Khilafah had vanished 97 years ago. We desire not to forever grieve over this loss, in fact we are required to never keep silent and give up. Indeed, we are obliged to seriously work to ensure her return. We yearn to rewrite the history of the world by restoring this great political institution of Islam. Every Muslim is obliged to work to re-establish the Khilafah by following the footsteps of the Prophet (saw) and his Companions (ra) who have surrendered and sacrificed their lives in the path of Allah (swt) to establish the Islamic State of Madinah in order to implement the Deen of Allah (swt) in its entirety. Allah (swt) obliges every Muslim to implement His Law wholly and there is no other way to realize this except with the establishment of an Islamic State (Khilafah).

Hizb ut Tahrir is fully aware that the works to re-establish the Khilafah requires a deep sincerity and immense sacrifice of every Da’wah carrier. We have to endure the thorns along the way of Da’wah the same way our predecessors had experienced. This struggle requires the sacrifice of every Muslim’s time, property and even lives. However, the heavy burden of working to re-establish the Khilafah will certainly be lighter if this noble endeavour is carried out together. Therefore, Hizb ut Tahrir calls upon you O Muslims! Rush to carry out this noble work of re-establishing the Khilafah Rashidah that will restore our glory and restore the shield and unity of all Muslims under one ruling system.  Act swiftly to fulfil this noble struggle O Muslims! Do remember that our victory in re-establishing the Khilafah is not a dream nor is it a fantasy, rather, it is a promise that had been articulated by our Prophet (saw),

«ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ»

“…then there will be a Khilafah on the method of the Prophethood” [Narrated by Ahmad].

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

11/04/2018 CE
Wednesday, 24th Rajab 1439 AH
Ref: HTM/PR/08/1439