3000 Muslimah hadiri Kongres Ibu Nusantara (KIN) ke-3

kongres-ibu-nusantara-1JAKARTA 26 Disember –Tidak kurang daripada 3000 Muslimah dari Jabodetabek (Jakarta-Bogor-Depok-Tangerang-Bekasi) memenuhi ruangan Balai Sudirman, hari ini. Mereka yang hadir terdiri daripada pebagai latar belakang seperti para mubalighah, birokrat, pendidik, pimpinan organisasi wanita dan juga tokoh masyarakat.

Mereka datang untuk mendukung tegaknya Khilafah sebagai perisai hakiki bagi ibu dan anak, sebagaimana tema Kongres Ibu Nusantara ke-3 yang dianjurkan oleh Muslimah Hizbut Tahrir Indonesia (MHTI) ini. Kehadiran ramai peserta dalam program ini merupakan dorongan kerinduan kaum Hawa khususnya terhadap sistem hidup yang mampu melindungi dan menjamin keselamatan mereka. Hal ini tampak jelas dari keterujaan beberapa orang peserta yang menghujani ahli panel dengan pelbagai soalan, baik lisan mahupun SMS.

Demikian juga dengan pengakuan oleh beberapa orang tokoh yang menyampaikan dukungan terhadap perjuangan MHTI. Antaranya tokoh PP Aisiyah Noorni Akma dan tokoh Alisha Khadijah ICMI, Nani Zakariya.

Kongres ini menghadirkan para pembicara dari anggota Dewan Pimpinan Pusat(DPP) MHTI seperti Asma Amnina,Dedeh Wahidah dan juga Jurucakap MHTI, Iffah Ainur Rochmah.

Asma Amnina berucap antara lain tentang bahaya sistem sekuler-kapitalisme sebagai alat penjajahan ke atas wanita. “Sistem sekuler hanya mengeksploitasi wanita, menjadikan wanita umpama barang dagangan,” ucapnya.

Sistem sekuler-demokrasi dengan konsep kebebasannya, kata Asma, sengaja di‘design’ oleh negara-negara penjajah Barat untuk merosakkan wanita dan generasi umat Islam. “Sistem ini dipaksakan penerapannya melalui ratifikasi konvension-konvension internasional,” tegasnya.

kongres-ibu-nusantara-2Sementara itu, Jurucakap MHTI, Iffah Ainur Rochmah menyebut yang media menjadi penyumbang besar kepada kerosakan wanita dan generasi. “Media menjadi alat perang, kandungannya hanya hiburan yang melalaikan, memuja seks bebas dan merosak akidah,” ujarnya.

Akibatnya, generasi Islam kehilangan identitinya. “Hari ini pemikiran, penampilan dan perilaku anak-anak kita sama persis dengan anak-anak di Barat,” ujarnya.

Manakala kata Iffah, negara sama sekali tidak mampu membendung peranan buruk media ini. “Menyekat laman lucah sahaja sudah tidak dapat dilakukan, kerana negara tidak ada niat pun, disebabkan media ini hanya bercakapsoal keuntungan,” katanya.

Oleh itu, wajib menegakkan Khilafah kerana media dalam sistem Khilafah justeru akan melindungi wanita dan generasi. “Media dalam Islam berfungsi sebagai sarana pendidikan dan informasi, bukan mengeksploitasi wanita,” ucapnya.

Selanjutnya, DPP MHTI Dedeh Wahidah menghuraikan bagaimana mekanisme Islam yang komprehensif dalam melindungi wanita dan anak-anak.

Diantaranya, hurai Dedeh, tentang hukum sosial berhubung interaksi antara lelaki dan wanita, interaksi di dalam rumah, sistem uqubat (hukuman) bagi pelaku kejahatan seksual dan penerapan sistem pendidikan Islam yang mendidik kaum wanita agar memahami kewajipan mereka. “Penerapan sistem ekonomi Islam juga akan menjamin kesejahteraan, sehingga tidak membiarkan ibu-ibu dan anak-anak berjuang sendiri bagi mengharungi hidup mereka,” tegasnya.

kongres-ibu-nusantara-3Menurutnya lagi, Negara Islam yakni Khilafah adalah janji Allah yang akan tegak. Umat Islam, termasuk kaum Hawa, “Saat ini di lebih 40 negara telah berjuang menyerukan Khilafah. Ibu-ibu di sini, Nusantara ini, mesti ikut berjuang,” katanya sambil disambut dengan laungan Takbir.

Selain ucapan, para peserta juga dihidangkan dengan tayangan-tayangan video berkenaankeadaan wanita dan anak-anak pada hari ini yang amat membimbangkan.

Kongres yang dipengerusikan oleh aktivis MHTI Firda Muthmainah ini, berlangsung dari jam 8.00-12.00 WIB (Waktu Indonesia Barat). Kongres ini dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pimpinan MHTI, Ratu Erma Rahmayanti dan diakhiri dengan doa oleh Ustazah Afifatul Millah.