Talk show: Peranan Muslimah Mencetak Generasi Unggul

BANDAR BARU BANGI 30 Jun – Muslimah HizbutTahrir Malaysia (MHTM) sekali lagi telah menganjurkan program talkshow yang bertajuk “Peranan Muslimah Mencetak Generasi Unggul”. Talkshow pada kali ini menampilkan Dr.Diyana dan Ustazah UmmuHajar sebagai pembicara dan diterajui oleh Ustazah Sumayah sebagai moderator.

Talkshow ini diadakan bertujuan memberi kesedaran khususnya kepada para Muslimah mengenai besarnya tanggungjawab mereka terhadap jatuh bangunnya sesebuah ketamadunan iaitu melalui pembentukan dan didikan terhadap anak-anak. Umum telah maklum bahawa anak-anak hari ini adalah generasi yang mewarisi masa depan. Pembentukan anak-anak dengan aqidah yang benar dan syakhsiyahyang unggul adalah sangat penting untuk memastikan masa depan yang lebih baik. Peranan ini tidak lain merupakan tanggungjawab utama para ibu kerana mereka merupakan sekolah yang pertama dan utama bagi anak-anak mereka.

Peserta melontarkan pelbagai persoalan dan berkongsi pandangan dan pengalaman. Mereka juga turut berkongsi kerisauan terhadap pengaruh televisyen dan hiburan terhadap anak-anak. Dalam menjawab persoalan ini, para pembicara telah menekankan pentingnya peranan pemerintah dalam menciptakan persekitaran yang kondusif dan Islami untuk perkembangan anak-anak yang baik. Kaum ibu juga perlu di didik dengan ilmu Islam dan kemahiran mendidik anak-anak agar mereka dapat memainkan peranan sebagai ibu dan pencetak generasi unggul. Pembicara turut menyelar ibu-ibu suri rumah sepenuh masa yang tidak memanfaatkan masa mereka sebaiknya untuk mendidik anak-anak sebaliknya banyak menghabiskan masa dengan menonton sinetron dan rancangan-rancangan berbentuk hiburan di televisyen.

 Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan wanita sebagai ibu dan pengurus rumahtangga. Islam juga telah mengangkat martabat para wanita  dan memelihara kehormatan dan hak mereka. Barat telah menyebarkan berbagai-bagai pemikiran negatif seperti feminisme dan liberalisme sehingga para wanita tidak merasakan peranan ibu dan pengurus rumah tangga adalah mulia dan memberikan pengaruh yang besar terhadap masyarakat. Ini merupakan salah satu racun Barat untuk menjatuhkan institusi kekeluargaan seterusnya menghancurkan generasi umat Islam.

Diakhir sesi, para pembicara telah menyatakan harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik. Kedua-dua pembicara telah menyimpulkan bahawa ini hanya dapat dicapai dengan pelaksanaan dan penerapan syariah secara kaffah oleh sebuah negara.

Talk showdiakhiri dengan bacaan doa oleh adik Huda Anas.