Cegah Murtad

BATU PAHAT 12 Mei – Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Batu Pahat digesa mendirikan rumah perlindungan sementara bagi membantu wanita bermasalah termasuk mereka yang cuba keluar daripada agama Islam. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, masalah murtad di kalangan wanita di daerah ini agak serius dan memerlukan pendekatan bijak untuk menanganinya. Menurutnya, beliau sendiri terkejut apabila menerima laporan daripada polis dan Pejabat Agama mengenai jumlah wanita Islam di daerah itu yang memohon untuk murtad.

Memanglah berita sebegini merupakan suatu yang mengejutkan. Bukan sahaja kerana fenomena murtad yang melanda, tetapi juga cara masalah kronik ini ditangani. Seperti biasa, NGO pula disarankan dan digesa untuk menangani masalah tersebut sedangkan negara (kerajaan) berlepas diri (cuci tangan). Padahal hakikatnya, penyebab kepada berlakunya gejala tersebut adalah akibat kelalaian negara menerapkan peraturan Islam secara menyeluruh, bukannya kerana NGO tidak berperanan.

Langkah yang diambil oleh NGO seperti WI hanyalah usaha yang berbentuk rawatan, bukan pencegahan. Apakah usaha seperti ini akan membawa kejayaan dalam menyelesaikan masalah murtad? Soalnya, murtad WAJIB dicegah bukan dirawat, kerana rawatan hakiki yang layak bagi orang-orang murtad dan tidak mahu bertaubat adalah kematian! Fenomena murtad ini merupakan simptom yang lahir akibat penerapan sekularisme oleh negara ke atas rakyatnya. Telah nampak dengan jelas bahawa menangani isu murtad ini BUKAN merupakan agenda utama negara, bahkan dengan mudah isu ini ditolak kepada pihak yang hakikatnya tidak layak menangani isu terbabit.

Bagi sebuah negara sekular, gejala murtad bukanlah soal penting. Ia ‘tidak setaraf’ isu ekonomi kerana hidup-matinya negara sekular seperti Malaysia adalah berdasarkan manfaat. Murtad tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada negara, lantas ia diabaikan, atau kalau diperhatikan pun, hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Gejala murtad adalah bagaikan virus yang akan terus menular dalam masyarakat selagi ia tidak dicegah. Sudah terlambat sekiranya murtad telah berada di hadapan pintu rumah kita, apatah lagi jika murtad telah menjejaki ahli keluarga kita hingga ke dalam rumah. Tidak ada jalan lain untuk menangani masalah murtad ini. Islam menetapkan bahawa negara perlu menghukum orang-orang murtad dengan hukuman bunuh sekiranya mereka enggan bertaubat. Murtad merupakan penghinaan kepada Allah dan Islam, maka selayaknya mereka dibunuh. Namun sebelum hukuman boleh dijalankan, harus ada usaha pencegahan. Dan ini hanya boleh dilakukan melalui sebuah negara Islam yang menerap, memelihara dan mengembang aqidah dan syariah Islam secara total. Negara itu adalah Khilafah, bukan negara sekular seperti Malaysia hari ini.