Rakyat Johor sambut baik Seminar “Selamatkan Malaysia Dengan Syariah Dan Khilafah”
Jalaluddin yang bertindak sebagai ahli panel pertama membentangkan realiti Malaysia yang menganut sistem demokrasi yang dipenuhi oleh kerosakan dari segenap aspek. Sejak merdeka hingga kini, masalah yang tidak putus-putus melanda negara ini dan sistem yang ada ternyata gagal menyelesaikannya.
Majlis diteruskan dengan pembentangan kedua oleh Sallahuddin yang menerangkan punca kepada segala masalah yang dihadapi oleh Malaysia adalah kerana penerapan sistem sekular-demokrasi yang mengetepikan hukum Allah SWT. Sistem kufur demokrasi yang diamalkan inilah yang melahirkan kerosakan yang bersifat sistemik dan telah melahirkan kitaran maksiat yang tidak berkesudahan.
Umar Hussein menggulung seminar dengan menjelaskan bahawa satu-satunya penyelesaian kepada segala masalah yang dihadapi adalah dengan penerapan syariah dalam bingkai Khilafah Islamiyyah. Umar yang juga pimpinan pusat HTM membuktikan dari segi sejarah dan juga nas-nas Al-Quran dan Hadis bahawa hanya dengan penerapan syariah sahajalah akan dapat menyelamatkan Malaysia khususnya dan dunia Islam amnya dari segala masalah yang ditimbulkan oleh sistem demokrasi dan lain-lain sistem kufur yang diamalkan.
Majlis kemudian dibuka kepada sesi soal-jawab sebelum ditutup dengan bacaan doa. Dari sedikit temu ramah yang dilakukan selepas seminar dan juga borang kaji selidik yang disediakan, ternyata rakyat Johor menyambut baik seminar ini dan usaha yang sedang dijalankan oleh Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah dan melaksanakan syariat Allah secara kaffah di dalamnya.