Padah FTA

Rusuhan di Seoul: Polis tahan 130 pembantah

SEOUL 30 Jun – Polis Korea Selatan hari ini menahan lebih 100 orang yang menyertai siri bantahan menentang tindakan kerajaan menyambung semula import daging lembu Amerika Syarikat (AS).

Polis berkata, lebih 130 orang yang terlibat dalam siri bantahan itu telah disoal siasat sejak tunjuk perasaan tercetus mulai Mei lalu.

Polis turut menyerbu dua pejabat kumpulan sivik yang mengetuai bantahan semalam yang disertai lebih 15,000 orang, dan merampas beberapa dokumen berkaitan.

Menurut agensi berita Yonhap, antara barangan yang dirampas ialah komputer, pelbagai dokumen, bendera dan banting yang mengandungi pelbagai slogan antikerajaan, serta banyak bahan lain yang digunakan semasa bantahan.

Yonhap melaporkan, seorang pemimpin kumpulan sivik turut ditahan.

Sementara itu, penganalisis berpendapat, ketegangan dijangka meningkat apabila daging lembu import AS kembali dipasarkan.

Ia sekali gus melewatkan pembaharuan ekonomi yang hendak dilaksanakan oleh Presiden Lee Myung-bak.

Kumpulan aktivis, pelajar dan orang awam mengadakan bantahan hampir setiap malam, bagi menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlaku jangkitan penyakit lembu gila berikutan keputusan kerajaan menyambung semula import tersebut.

Kerajaan bagaimanapun tetap meneruskan pengimportan itu dan menggesa aktivis menghentikan bantahan.

– AP

Sumber: Utusan Malaysia 01/07/08

Ulasan:

Inilah akibatnya menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas atau Free Trade Agreement (FTA) dengan Amerika Syarikat. Bermakna rakyat Korea terpaksa membeli barangan keluaran Amerika Syarikat (AS) sebab terikat dengan perjanjian tersebut, walaupun terdapat barangan berkualiti dari negara lain.

Walaupun terdapat daging lembu yang lebih selamat dan lebih segar yang dapat diimport dari India atau Australia, namun kerajaan Korea Selatan tetap juga mengimport daging lembu yang dijangkiti oleh penyakit lembu gila dari Amerika, walaupun ternyata boleh membahayakan manusia. Buat masa ini, Malaysia adalah antara negara pengimport daging lembu daripada kedua dua negara India dan Australia, yang ternyata lebih berkualiti daripada daging lembu dari AS.

FTA adalah satu langkah AS untuk memaksa mana-mana negara yang mempunyai perjanjian dengannya bagi tujuan menguasai ekonomi mereka. Walaupun dari satu sudut Korea Selatan merupakan negara maju di mana produk-produk mereka seperti Hyundai, KIA, Samsung menembus pasaran dunia, namun, ekonomi mereka tidak berkembang dengan pesat sebagaimana yang sepatutnya disebabkan oleh FTA dengan AS.
 
Dari sudut sejarah, AS telah lama mahu menguasai Korea Selatan secara ekonomi, dengan sengaja mengancam Korea Utara sejak berakhirnya Perang Korea dalam tahun 1950an. Inilah sebabnya Korea Utara memulakan program peluru berpandunya dan program nuklear mereka (akibat ancaman daripada AS). AS senantiasa mahu mewujudkan ketegangan di antara Korea Selatan dan Korea Utara supaya AS dapat mendirikan pangkalan ketenteraan mereka di Korea Selatan sebagai banteng keselamatan terhadap ancaman daripada Korea Utara. Dengan adanya pangkalan tentera AS di Korea Selatan sebagai banteng keselamatan, maka Korea Selatan terpaksa membayar sejumlah wang dalam bentuk FTA kepada ‘polis’ mereka iaitu AS.

Beginilah kebijakan negara kafir AS ini di dalam agenda mereka mendominasi dunia. Perjanjian ekonomi sering menjadi ‘alat’ yang tidak disedari oleh banyak negara akan tujuan politik busuk yang di selindungkan oleh AS.