Pemimpin Iraq terus khianati umat
Kerajaan Iraq mengumumkan rancangan mengundang pelabur asing untuk mengembangkan industri minyaknya.
Laporan-laporan menyebutkan pihak berkuasa Iraq sedang berunding dengan Exxon Mobil, Shell, Total, dan BP walaupun tidak ada pengumuman
rasmi tentang rakan-rakan yang akan disebut tadi.
Pengumuman untuk kontrak bantuan teknik dan peningkatan pengeluaran ini akan diumumkan bulan depan.
Rancangan ini kelihatannya akan membuka jalan masuknya pihak asing dalam carigali 6l kawasan takungan besar minyak Iraq, dan beberapa di antaranya merupakan mengandungi takungan terbesar minyak dunia.
Diharapkan dalam waktu 2 tahun akan datang pengeluaran minyak Iraq
akan mencapai 3 juta tong sehari, meningkat dari 2.5 juta tong sehari pada waktu ini.
Pengeluaran minyak Iraq pada waktu ini mencapai tingkat tertinggi sejak penaklukan Amerika Tahun 2003, namun masalah politik selama ini menghambat kesepakatan untuk mengembangkan potensi minyak Iraq.
Di negara ini diperkirakan terdapat cadangan minyak sekitar 115b tong, yang merupakan simpanan terbesar ketiga di dunia.
Pengembangan industri minyak amat diperlukan oleh negara yang terkotak-katik disebabkan perang ini untuk membiayai program pembangunan semula.
Namun Iraq memerlukan pelaburan yang besar untuk memajukan prasarana dalam industri minyaknya.
Sementara itu parlimen Iraq belum mencapai kesepakatan tentang undang-undang yang mengatur pihak yang menanda-tangani kontrak dan bagaimana pula pembahagian kekayaan hasil minyak.
Sumber: BBC 01/07/08
Ulasan:
Bayangkan jika hasil kekayaan minyak Iraq, dibahagikan secara adil dengan rakyatnya tanpa ada campur tangan dari AS dan syarikat kapitalis asing, Rakyatnya pasti akan mendapat RM1b sehari (2.5j X 130 X RM3.15) dari hasil penjualan minyaknya. Dengan harga USD130 setong, hasil dari penjualan untuk satu tahun akan menjadi RM374 billion (UN Census Bureu menganggarkan penduduk Iraq adalah seramai 26,783,383 pada tahun 2006). Ini pastinya akan mengayakan penduduk Iraq di mana, secara per kapita pendapatan dari hasil minyak dianggarkan RM1,162 setiap bulan perkepala rakyat Iraq.
Namun yang mendukacitakan kita kaum Muslimin, dalam pada kita kaya di bumi sendiri, rupanya kita mengemis dari pihak asing untuk aktiviti cari gali. Akhirnya AS berjaya membawa masuk Syarikat kapitalis minyak dunia untuk membahagi-bahagikan hasil rampasan perang mereka di Iraq. Salah satu dari 3 objektif asalnya telah berjaya.
Jika selama ini (semasa pemerintahan rejim Saddam Husein) AS tidak dapat melakukannya (membawa masuk syarikat minyak mereka), maka hari ini mereka telah berjaya melakukannya. Rejim boneka AS yang kononnya berjuang untuk umat Islam Iraq akhirnya tunduk dan hak milik umat Islam ini (minyak) akan dijarah sehabisnya di antara rejim Boneka AS-Iraq, AS dan syarikat Kapitalis yang ada. Umat Islam di Iraq pastinya hanya akan menikmati beberapa titis sisa cebisan dari mereka ini, walaupun hakikatnya minyak itu adalah milik mereka secara sah di sisi syarak.