Hillary Musuh Nyata Umat Islam
LAHORE: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton, berkata Pakistan tidak mempunyai banyak pilihan dan perlu mengambil pendekatan lebih agresif bagi memerangi Taliban dan kumpulan ekstremis lain yang mengancam kestabilan negara berkenaan. Dalam perjumpaan dengan pelajar di Kolej Kerajaan Lahore, Hillary berkata, sebarang langkah menunjukkan kerajaan tidak bertindak akan hanya bererti mereka mengaku kalah kepada pengganas.
Sejurus selepas beliau tiba kelmarin, sebutir bom kereta meletup di sebuah pasar yang sesak dengan wanita dan kanak-kanak di Peshawar, mengakibatkan 105 terkorban.
Lawatan Hillary dianjurkan bagi membolehkan beliau mendapat pendedahan awal bagi membaiki imej Amerika di negara berkenaan dengan ramai membenci dan tidak percaya pada Amerika Syarikat. Dalam usahanya memulihkan dasar AS pada masa lampau terhadap Pakistan, Hillary memberitahu pelajar bahawa ‘ada perbezaan besar’ antara pentadbiran Obama dan bekas Presiden, George W Bush. � AP
Sumber: Berita Harian 29/10/09
Amerika Melalui Hillary Mengarahkan Agar Lebih Ramai Umat Islam Dibunuh
Lihat dan fahamilah saranan dan pengsyoran yang ditujukan oleh Hillary kepada pemerintah sekular Pakistan. Jelas kepada kita bagaimana Amerika yang secara terang-terangan menjadi musuh utama umat Islam akan terus menjalankan polisi sebuah negara Kapitalis bagi menguasai dan menjajah dunia umat Islam. Kali ini Hillary dengan rasa bongkak dan sombongnya menyatakan secara terbuka agar kerajaan Pakistan menghapuskan Taliban dengan lebih agresif. Apakah makna di sebalik kenyataan Hillary itu? Secara perkiraan mudahnya, itu merupakan arahan agar pemerintah sekular Pakistan membunuh dan menumpahkan lebih banyak darah umat Islam. Oleh itu wahai seluruh kaum Muslimin, apakah kita masih akan menghulurkan salam persahabatan kepada Amerika? Apakah kita akan menyambut kedatangan Amerika dengan permaidani merah? Apakah kita akan terus bermanis muka dengan Amerika? Hanya para pemimpin sekular dan boneka Amerika sahajalah yang akan taat kepada setiap arahan Amerika dan memberikan layanan yang baik kepada mereka. Siapakah para pemimpin itu? Bukankah mereka itu seperti Asif Ali Zardari, Mubarak, Raja Abdullah, SBY, Najib dan yang seangkatan denga mereka? Amat hina apa yang telah dipersembahkan oleh para pemimpin dunia umat Islam hari ini. Mereka lebih rela menjadi para pemimpin yang tunduk kepada arahan Amerika melebihi daripada ketundukan mereka kepada perintah Allah SWT. Amat hina apa yang dilakukan oleh mereka. Sudah saatnya dunia umat Islam ini bersatu di bawah naungan Khilafah. Yakinlah wahai seluruh kaum Muslimin, hanya Khilafahlah yang akan memberhentikan kebiadaban Amerka itu.