Kebiadaban Kuan Yew Jelas Keterlaluan
SINGAPURA – Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menggesa masyarakat Islam di negara itu supaya menjadi kurang tegas dalam hal pematuhan ajaran agama demi meningkatkan integrasi dan proses pembangunan negara bangsa. Singapura didominasi oleh penduduk etnik Cina manakala kaum minoritinya dibentuk oleh kelompok Melayu beragama Islam dan orang India. Kuan Yew sering menekankan mengenai pentingnya keharmonian kaum. “Saya ingin menyatakan pada hari ini, kita boleh mengintegrasikan semua agama dan kaum kecuali Islam,” kata Kuan Yew dalam bukunya yang bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going. Buku tersebut mengandungi pandangan-pandangan jujurnya mengenai Singapura dan masa depannya. “Saya fikir kita bergerak maju dengan baik sehinggalah timbulnya Islam dan jika kamu tanya tentang pemantauan saya, komuniti-komuniti lain lebih mudah berintegrasi, kawan-kawan, perkahwinan berlainan bangsa dan sebagainya.
“Saya fikir masyarakat Islam secara sosialnya tidak menimbulkan sebarang masalah, tetapi mereka berbeza dan terpisah,” kata Kuan Yew yang menggesa komuniti Islam untuk menjadi kurang tegas dalam mematuhi Islam. Sewaktu pelancaran buku tersebut pada Jumaat lalu, beliau yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pragmatik memberi amaran kepada rakyat Singapura tentang perasaan puas hati mereka. Kuan Yew turut menyatakan republik yang majoritinya terdiri daripada etnik Cina itu masih dalam proses membangunkan sebuah negara bangsa. Di dalam bukunya, beliau menyifatkan Singapura sebagai sebuah bangunan 80 tingkat yang dibina di atas tanah berpaya. Kuan Yew menegaskan bahawa Singapura mesti berdepan dengan perasaan bermusuhan daripada jiran-jiran beragama Islam yang lebih ramai. “Kita mempunyai jiran-jiran yang peramah? Sedarlah… Inilah yang melemahkan kita kerana kita merupakan orang yang gemar mencampuri urusan orang lain,” katanya yang mendakwa usaha Malaysia dan Indonesia untuk menjejaskan perniagaan pelabuhan Singapura. Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 ekoran perbezaan besar terhadap dasar Kuala Lumpur yang memberi keistimewaan kepada kaum Melayu. Sejak itu, Singapura telah mewujudkan pasukan tentera paling moden di Asia Tenggara untuk menangani ancaman negara asing. Bercakap tentang politik tempatan, Kuan Yew menyatakan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah sejak tahun 1959 apabila Singapura memperoleh autonomi politik daripada pemerintah kolonial Britain akan kehilangan kuasanya pada satu hari nanti. “Akan tiba satu masa apabila orang ramai berkata, mari cuba pihak yang satu lagi. Sama ada kerana kualiti PAP telah menurun atau pihak pembangkang sudah menghasilkan satu pasukan yang setanding dengan PAP. Hari itu akan tiba. Bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, saya tidak fikir ia akan berlaku. Menjangkau tempoh itu, saya tidak tahu,” katanya. Kuan Yew menyatakan walaupun satu kaji selidik menunjukkan sebaliknya, beliau percaya rakyat Singapura masih belum bersedia menerima seorang perdana menteri yang bukan daripada etnik Cina. “Satu undian menyatakan 90 peratus masyarakat Cina Singapura menyatakan mereka akan melantik seorang bukan Cina sebagai PM. Baiklah, ini adalah ideal. Anda percaya undian-undian ini? Betul-betul sampah. Mereka bercakap apa yang secara politiknya betul,” tegasnya. Kuan Yew juga mempertahankan dasar mempromosikan perkahwinan sesama rakyat Singapura yang berpendidikan tinggi. Dasar itu dilihat oleh para pengkritik sebagai satu proses kejuruteraan sosial dan menafikan tanggapan mengenai cinta pandang pertama. “Rakyat mendapat pendidikan. Golongan yang cerdik akan naik statusnya dan mengahwini pasangan yang sama-sama menerima pendidikan yang bagus. Hasilnya, anak mereka pasti lebih pandai berbanding anak-anak tukang kebun. “Ini adalah hakikat kehidupan. Anda mempunyai seekor kuda betina yang bagus, anda tidak mahu membuat kacukkan antara ia dengan seekor kuda biasa. Anda akan mendapat anak kuda yang kurang bagus. Manusia yang tertarik kepada karakteristik fizikal akan menyesal mengenainya,” katanya lagi. Kuan Yew mendedahkan beliau telah mendermakan semua pendapatannya berjumlah AS$10 juta (RM30.6 juta) kepada kebajikan sejak mengundurkan diri sebagai perdana menteri pada tahun 1990 selepas 31 tahun berkuasa. Menteri-menteri kabinet Singapura mendapat bayaran gaji tertinggi di dunia sebagai sebahagian daripada strategi mencegah rasuah dan menarik bakat dari sektor swasta. Kuan Yew yang memegang jawatan khas, Mentor Perdana Menteri kini bertindak selaku penasihat kepada Perdana Menteri Singapura yang juga merupakan anak lelakinya, Lee Hsien Loong yang mula memerintah sejak tahun 2004.Di sebalik kata-katanya yang tegas, Kuan Yew menunjukkan ciri-ciri kelembutannya apabila ditanya tentang mendiang isterinya, Kwa Geok Choo yang meninggal dunia pada usia 89 tahun, Oktober lalu. “Ia membawa makna lebih keseorangan,” kata Kuan Yew dalam buku tersebut yang mengandungi siri temu ramah eksklusif dengan wartawan-wartawan akhbar Straits Times. – AFP
Sumber: Kosmo Online 24/01/11
Kebiadaban Kuan Yew Jelas Keterlaluan
Walaupun usia sudah lanjut, si kafir yang dilaknat itu terus-menerus menyerang Islam dan cuba merendahkan Islam secara halus tetapi berbisa. Walaupun dia ‘segan-segan’ di dalam mengeluarkan kenyataannya, tetapi maksud di hatinya mudah dibaca. Pemikiran jahat tokoh politik veteren itu yang berpandangan bahawa umat Islam di Singapura masih hidup seperti ‘terasing’ kerana berpegang teguh dengan ajaran Islam seolah-olah ingin memberi gambaran bahawa ajaran Islam yang sebenar tidak sesuai di zaman moden ini dan akan menjadi penghalang kepada kemajuan umat Islam di negara itu. Apakah umat Islam di Singapura boleh maju dengan meninggalkan Islam dan masuk bercampur-gaul di dalam sistem kapitalis yang sehingga hari ini tidak pernah memberikan kesejahteraan melainkan kesengsaraan kepada dunia?
Mungkin disebabkan tanda-tanda penyakit tua, Kuan Yew sudah terlupa tentang sejarah kegemilangan Islam. Islam yang pernah memimpin 2/3 dunia iaitu berkali-kali ganda keluasaannya dari wilayah Singapura sekarang tidak pernah memaksa mana-mana penganut untuk memeluk agama Islam bahkan mereka dibiarkan bebas mengamalkan cara hidup masing-masing di dalam hal-hal yang menyangkut keagamaan, pakaian, makanan dan perkahwinan. Walaupun demikian, mereka tetap berjaya bersatu di bawah sistem Islam dan hidup dengan aman dan maju bersama-sama dengan umat Islam. Jadi, walaupun berbeza di dalam beberapa aspek kepercayaan namun kemajuan dan ketinggian tamadun tetap dapat dicapai dan dinikmati oleh semua pihak di dalam Daulah Islam.
Sejarah kegemilangan Islam yang pernah hidup bersama dengan dua agama besar suatu masa dahulu iaitulah Kristian dan Yahudi di Sepanyol selama 800 tahun lamanya telah cukup membuktikan bahawa Islam mampu dan berupaya memimpin dunia dan menyatukan pelbagai golongan manusia serta membawa kemajuan kepada dunia secara amnya. Islam sebagai suatu cara hidup yang datangnya dari Allah SWT iaitu tuhan yang mencipta manusia, alam dan kehidupan tidak pernah melarang umatnya untuk berinteraksi dengan kaum kafir, tetapi Islam dengan jelas melarang umatnya mengambil cara hidup selain Islam. Ini adalah kerana Islam adalah suatu cara hidup yang mempunyai fikrah dan thoriqah yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk diimani dan diamalkan di dalam kehidupan individu, masyarakat dan negara. ”dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. [TMQ Ali ‘Imran (3) : 85].
Apa yang Kuan Yew tidak sedar ialah umat Islam akan terus tetap berpegang kepada Islam, ajaran-ajarannya serta hukum-hukum dan nilai-nilainya, walaupun terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sudah jauh meninggalkan Islam kerana mereka sering diingatkan setiap minggu dalam khutbah-khutab Jumaat dengan firman Alllah SWT: “Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah Dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan Dalam keadaan Islam”. [TMQ Ali ‘Imran (3) :102].
Wahai umat Islam yang berada di Singapura! Kamu tidak memerlukan negara bangsa Singapura. Kerana negara bangsa itu akan terus berusaha untuk menghilangkan jati diri Islam dari diri-diri kamu dan generasi muda kamu. Yakinlah bahawa sebenarnya kamu memerlukan Khilafah bagi menjaga dan melindungi akidah dan diri kamu serta generasi muda kamu dari terus dihakis oleh nilai-nilai kufar. Bangkitlah kamu dari kehidupan sekular yang melingkungi diri kamu saat ini. Yakinlah bahawa sekiranya Khilafah berdiri maka Khalifah akan pasti membebaskan wilayah-wilayah umat Islam termasuklah Singapura dari cengkaman kufar. Sekiranya Kuan Yew masih hidup ketika itu, sudah pasti dia akan menerima pembalasan akibat daripada sikapnya yang biadap itu.