Bebaskan Libya daripada Ghaddafi dan Kuffar Barat

altTentera AS, Britain dan Perancis mula bedil Libya

TRIPOLI 20 Mac – Tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membedil Libya dengan peluru berpandu Tomahawk dan serangan udara sehingga ke awal pagi ini, mencetuskan kemarahan Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan pertempuran’.

Kapal-kapal perang AS dan sebuah kapal selam Britain melancarkan sekurang-kurangnya 110 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara dan sistem pertahanan udara rejim Gaddafi, lapor tentera AS.
Pegawai Libya berkata, sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh dalam bedilan yang bermula pada 1645 GMT semalam (12.45 malam tadi waktu Malaysia) dengan satu serangan jet pejuang Perancis ke atas sebuah kenderaan tentera pro-Gaddafi. – AFP

Sumber : Utusan Online, 20/03/2011

 

Bebaskan Libya daripada Ghaddafi dan Kuffar Barat
Kerakusan kuffar Barat semakin menyerlah dalam isu Libya ini. Sebelum ini, mereka yang “mati akal” sebentar bagaimana untuk bertindak dalam menangani kebangkitan rakyat Libya ini akhirnya memutuskan melalui Majlis Keselamatan PBB untuk menyekat kemaraan tentera Ghaddafi dengan menguatkuasakan Zon Larangan Terbang dan apa-apa sahaja tindakan yang boleh menyekatnya. Dengan alasan tindakan mereka ini merupakan keputusan “masyarakat antarabangsa” dan “kemanusiaan”, negara-negara kuffar Barat, AS, Britain, Perancis, Sepanyol, dll mengambil keputusan untuk melancarkan serangan ke atas Libya. Amat malang bagi umat Islam apabila sekali lagi nasib mereka diletakkan di tangan kuffar Barat yang tidak pernah padam dalam jiwa mereka akan kebencian terhadap umat Islam. Sepatutnya, negeri-negeri umat Islam menyelesaikan isu ini sendiri. Negeri umat Islam terdekat seperti Algeria, Mesir dan Tunisia sepatutnya menghantarkan tentera mereka untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada terus diratah si gila Ghaddafi. Malangnya ini tidak berlaku kerana di dalam jiwa para pemimpin umat Islam masih tertanam semangat kebangsaan yang menyebabkan mereka menilai apa yang berlaku di Libya sebagai suatu yang tiada kaitannya dengan mereka. Namun, dalam masa yang sama, kaum kuffar mampu bersatu untuk meratah kaum Muslimin.

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah, kalian merupakan orang-orang yang beriman kepada Allah. Ingatlah, kaum kuffar akan terus meniupkan semangat perang salib terhadap kalian. Perang yang dicetuskan oleh kaum kuffar ke atas umat Islam ini tiada bezanya dengan perang yang telah mereka cetuskan di Afghanistan dan Iraq. Kita tidak inginkan campur tangan kaum kuffar dalam masalah umat Islam kerana akhirnya ia pasti akan menguntungkan kaum kuffar dan merugikan kaum Muslimin. Marilah kita bersatu menegakkan Khilafah, di mana Khalifah akan menyelesaikan apa yang berlaku di Libya dan diseluruh pelusuk negeri umat Islam, serta memecahkan belahkan pakatan kaum kuffar yang pada masa ini bersenang lenang membunuh umat Islam. Semoga Allah membantu umat Islam dan menghancurkan kuffar Barat!