Pelarian Umat Islam Syria Meningkat, Penguasa Muslim Masih Membisu
Difahamkan, kebanyakan daripada mereka terpaksa hidup berpindah-randah di beberapa kem pelarian di Syria sebelum merentasi sempadan untuk mendapatkan perlindungan di negara jiran seperti Turki, Jordan, Iraq dan Mesir.
Ini hanyalah secebis daripada jutaan penderitaan yang berlaku ke atas umat Islam di seluruh dunia. Benarlah sabda Nabi SAW, bahawa keberadaan Imam (Khalifah) itu adalah sebagai pelindung dan penjaga urusan umat ini. Namun, tatkala Imam ini tidak wujud kerana runtuhnya Khilafah Islamiyyah pada tanggal 3 Mac 1924 yang lalu, sekaligus umat telah berlepas daripada ikatan Bai’ahnya kepada Imam yang telah menjaga urusan mereka selama 1300 tahun lamanya.
Para pemimpin yang ada pada saat ini hanya sibuk bermain ‘wayang’ dan bersandiwara di sebalik kemelut yang melanda umat Islam, khususnya apa yang berlaku di Syria. Bahkan apa yang lebih teruk, mereka sanggup menjadi pak turut kepada Negara kuffar barat, sekaligus menjadi tali barut kepada musuh Allah dan RasulNya. Itulah wajah sebenar yang telah ditunjukkan oleh rejim Basyar di Syria, Morsi di Mesir, Erdogan di Turki dan Keluarga Saud di Arab Saudi. Pengkhianatan ini tampak jelas ketika mahkamah di Mesir baru-baru ini telah mengarahkan agar kerajaan Mesir memusnahkan semua terowong rahsia yang menghubungkan sempada negara itu dengan Genting Gaza.
Teruskanlah menjadi pengkhianat kerana kemuliaan yang dinantikan akan segera muncul. Fajar kemuliaan ini akan segera terbit dan menyingsing menyinarkan kemuliaannya di bawah penerapan syariah Islam, sebagaimana matahari terbit di pagi hari, dan mereka (musuh-musuh Allah dan Rasulullah) akan segera sirna sepertimana terbenamnya matahari di malam hari. Umat Islam di seluruh dunia telah mulai sedar dan bangkit untuk meraih kemuliaan hidup di bawah naungan Khilafah Islamiyyah. Umat Islam sudah tidak percaya lagi dengan idealisme-idealisme kufur seperti Demokrasi, Hak Asasi Manusia, Liberalisme dan lain-lainnya. Tatkala Khilafah tertegak kelak, maka ketika itulah janji Allah SWT benar-benar terealisasi dan sememangnya Allah tidak pernah memungkiri janjiNya:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa…” [TMQ an-Nur (24):55].
Sumber: Sinar Harian, 08/03/13