British Mengesahkan Undang-undang Jahiliyyah Terbarunya
Mengapakah undang-undang yang menjijikkan ini tetap disahkan oleh Parlimen British, padahal pernikahan sesama jenis itu ditentang oleh anggota parlimen dan juga sebilangan besar rakyat mereka sendiri? Alasannya adalah mudah. Pemerintah berharap agar undang-undang baru tersebut akan dapat membantu meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara. Mereka menjangkakan ia akan membantu meningkatkan ekonomi dalam bidang industri katering dan perhotelan tanpa memikirkan kesan-kesan negatif yang terhasil daripada peraturan jelek yang mereka terapkan itu. Beginilah bagaimana akal-akal sang kapitalis berfungsi. Negara hanya berfikir soal keuntungan dan manfaat semata-mata tanpa melihat kesan buruk terhadap kehidupan masyarakat dan negara.
Senario ini menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Barat selama ini hanya akan membawa padah dan kebinasaan kepada mereka sendiri. Mereka seharusnya mengambil pengajaran, betapa sistem sosial yang mereka terapkan selama ini telah banyak menimbulkan pelbagai kerosakan dan keburukan. Berbagai-bagai jenis penyakit berjangkit seperti Herpes Genital, Sifilis, Gonore, Klamidia, Genital Wart, Hepatitis B, Kanser Prostat, Kanser Serviks, HIV/AIDS dan trichomoniasis adalah sebahagian daripada penyakit yang tersenarai akibat daripada gejala seks bebas yang kini banyak dialami oleh negara-negara Barat, khususnya negara Amerika dan Eropah. Inilah antara natijah utama sistem sosial mereka yang memberi hak dan kebebasan dalam pergaulan dan bertingkah laku kepada setiap individu.
Masihkah kita mahu menjunjung tinggi nilai-nilai Barat dan terus menjadi pengekor kepada budaya mereka? Umat Islam wajib mencampakkan sistem yang selama ini dicedok dan dibuat oleh orang kafir serta kembali menerapkan semula syariah Islam secara kaffah dalam kehidupan bernegara.
Sumber: okezone.com, 17/07/13