Siasatan Dalaman Amerika Tidak Akan Mengubah Wajah Buruknya

Surat khabar Yaman, melalui laman sesawangnya “yemenat.net”, pada tanggal 9 Januari 2014, mengeluarkan sebuah artikel bertajuk: “untuk julung kalinya Amerika Syarikat melakukan siasatan berkenaan serangan drone yang mengubah pernikahan menjadi pemakaman”.

Dalam berita itu dikatakan: “Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah memulakan siasatan dalaman berkenaan serangan drone yang terjadi pada 2 Disember tahun lalu, di Yaman yang mensasarkan anggota Al-Qaeda. Ini adalah kes yang jarang dilakukan oleh Amerika Syarikat khususnya yang berkaitan dengan program pesawat tak berawak (drone).”

Dalam berita tersebut menyatakan “untuk pertama kalinya” siasatan berkenaan rangkaian serangan pesawat tak berawak (drone) Amerika Syarikat yang dilakukan di beberapa kota Yaman, yang telah membunuh ribuan warga awam dengan dalih memerangi pengganas, terutama setelah mendapatkan keizinan untuk memasuki kota, yang mensasarkan tempat-tempat tertentu, khususnya di era presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi. Serangan ini menyebabkan kepanikan di tengah-tengah penduduk kota dan desa yang tidak tahu bila pesawat ini akan datang dan pergi. Serangan drone Amerika Syarikat yang berulang kali dilakukan  ini telah menyebabkan sekitar 40 ribu warga berhijrah dari wilayah daerah Abyan.

Perlu diketahui bahawa Amerika Syarikat telah melakukan serangan pertama di Yaman pada tahun 2002. Dan sehingga saat ini jumlah serangan drone oleh Amerika Syarikat berjumlah 415 serangan. Semua kejadian tersebut didengar dan dilihat oleh Pemerintah Yaman, yang telah membunuh sekitar 4700 orang. Namun, mereka hanya membutakan mata dan memekakkan telinga di atas penderitaan yang dialami oleh rakyatnya.

Dan ketahuilah bahawa apa yang dilakukan Amerika hari ini, yang kononnya sedang melakukan siasatan dalaman hanyalah bentuk sandiwara semata. Ibarat melakukan pembedahan plastik untuk menutupi wajahnya yang hodoh. Sesungguhnya operasi ini tidak akan bermanfaat sama sekali untuk membaiki imej buruk Amerika, bahkan ianya akan menampakkan lagi wajah buruk Amerika dan pemerintah yang berada di belakangnya yang telah bekerjasama melakukan kekejaman dan penganiayaan terhadap penduduk awam dengan dalih perang melawan terorisme.

Ironinya, Hadi dan para pegawai di Kementerian Pertahanan adalah sebahagian daripada dalang pengkhianat yang telah mendukung kekejaman yang dilakukan Amerika Syarikat dan membantunya menentukan berbagai sasaran selama ini. Ingatlah, bahawa laknat Allah ke atas para penindas yang melakukan kezaliman. Semoga Allah membinasakan siapa sahaja yang membunuh manusia yang tak bersalah.
 

هَٰذَا بَلَاغٌ لِلنَّاسِ وَلِيُنْذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
“(Al Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia dan supaya mereka diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran” (TMQ Ibrahim [14] : 52).

Sumber: al-khilafah.org