Pengaruh Amerika Di Sebalik Konflik Jepun-China

japan-america-china-conflictKonflik yang berlaku di antara Jepun dan China sehingga kini masih belum reda. Pada hari Khamis yang lalu, Tokyo mengerahkan pesawat tempur mengusir keluar beberapa pesawat China yang didakwa memasuki ruang udaranya berdekatan kepulauan Senkaku, wilayah maritim yang menjadi pertikaian antara kedua-dua negara, yang turut dikenali sebagai pulau Diaoyu di China. (Utusan Malaysia 16/1/13)

Menteri pertahanan Amerika dalam kunjungannya ke Jepun pada 16 September 2012 yang lalu menyatakan bahawa “sengketa antara China dan Jepun dalam masalah kepulauan ini akan menjadi lebih meluas” (AP, 17/9/2012).  Ia juga mengatakan, “saya merasa resah apabila negara-negara ini masuk dalam memprovokasi satu sama lain tentang masalah kepulauan yang disengketakan ini, kerana ia akan menimbulkan keputusan yang keliru dari satu pihak atau pihak yang lain serta dapat menjerumuskan ke arah kekerasan dan memicu pertikaian” (AP, 17/9/2012). Kejadian ini berlaku akibat daripada pengumuman Jepun pada 11 September yang lalu bahawa ia telah membeli tiga pulau daripada keluarga Jepun di laut China Timur  dan Jepun menganggap pulau-pulau tersebut sebagai miliknya yang dikenali sebagai kepulauan Senkaku.  Perkara ini akhirnya menimbulkan ketegangan di antara Jepun dengan China. China sebaliknya mengisytiharkan bahawa kepulauan itu sebagai miliknya dan dikenali sebagai Diaoyu.  Ironinya, China telah menghantar dua kapal perangnya ke wilayah kepulauan itu.

Persoalannya, mengapakah Jepun mengambil langkah yang boleh memicu konflik tersebut?  Adakah Amerika memainkan peranan di sebalik pertikaian ini?  Adakah pertikaian ini boleh menyebabkan meletusnya perang atau sebaliknya akan kembali reda seperti sedia kala?

China menganggap bahawa tiga daripada lima pulau utama di perairan itu adalah milliknya yang sebelum ini dikuasai Jepun sejak tahun 1894 sehingga 1895 ketika terjadinya perang sesama mereka. Kemudian, Amerika menguasai kepulauan itu pada Perang Dunia Kedua setelah mengalahkan Jepun. Pada ketika itu, kepulauan tersebut termasuk sebahagian daripada kawasan Pulau Okinawa, di mana ia adalah sebahagian daripada wilayah Jepun. Amerika menduduki pulau tersebut dan mendirikan pangkalan tentera mereka di situ. Amerika menyerahkan kepulauan itu kepada orang-orang Jepun pada tahun 1972 dengan cara menyerahkannya kepada keluarga Jepun yang membelinya daripada keluarga Jepun yang lain yang telah memiliki pulau itu sejak tahun 90-an pada abad ke-19 (sejak tahun 1890an).  Keluasan kepulauan itu adalah sekitar 6.2 km persegi. Di situ terdapat batu karang yang di kelilingi oleh laut dan tidak sesuai untuk dihuni.  Akan tetapi, kepulauan itu memiliki nilai strategik di kawasan laut China Timur.  Kepulauan itu berhampiran dengan jalur pelayaran maritim.  Di samping itu, perairannya menyimpan potensi ikan-ikan yang besar.  Terdapat juga laporan bahawa di situ kemungkinan wujud simpanan minyak dan gas yang besar (reserves of oil and gas). Masalah kepulauan yang melibatkan Jepun dan China ini telah meletus beberapa kali sebelum ini. Kali terakhir adalah pada tahun 2010 yang menyebabkan ketegangan hubungan  antara kedua negara.

Pada 29 Jun 2012, Amerika secara rasminya telah memaklumkan Jepun bahawa Amerika ingin menempatkan 12 pesawat Osprey miliknya di pangkalan ketenteraan Futenma di pulau Okinawa, Jepun.  Penempatan pesawat-pesawat tersebut sempurna sepenuhnya pada akhir bulan tersebut (Masress, 1/7/2012).  Angkatan bersenjata Amerika mengumumkan bahawa salah satu pesawat itu akan memulakan penerbangannya pada 2 September 2012 (CNN, 20/9/2012). Keadaan tersebut tidak disukai rakyat Jepun dan menyebabkan mereka bangkit membantah keberadaan Amerika dalam negara mereka. Ramai yang menuntut agar tentera-tentera Amerika keluar dari negara mereka yang menempatkan 47 ribu tentera Amerika di Okinawa. Perkara itu sebenarnya adalah sesuai dengan perjanjian keamanan bilateral yang disepakati pada tahun 1960 dengan pemerintah Jepun ketika penjajahan Amerika ke atas Okinawa. Cara itu digunakan oleh Amerika untuk merubah bentuk penjajahannya dan meluaskan pengaruhnya di Jepun yang pernah dikuasainya. Ia adalah perkara yang sama sepertimana yang dilakukan terhadap Iraq ketika Amerika menandatangani perjanjian keamanan dengan kerajaan pemerintahan Nouri al-Maliki pada tahun 2008. Begitu juga dengan perjanjian strategi keamanan Amerika dengan pemerintah Afghanistan yang ditandatangani beberapa tahun lalu.

Dalam situasi yang melahirkan kebencian penduduk Jepun terhadap keberadaan Amerika di negara itu, Amerika pula mengumumkan penempatan pesawat-pesawat mereka di sana! Sudah tentu pengumuman itu akan meningkatkan lagi penentangan mereka terhadap Amerika. Kemudian Amerika bertindak membuat propaganda bahawa terdapat provokasi dari China yang menunjukkan tanda-tanda perang yang tidak dapat dielakkan akan berlaku. Oleh itu, masyarakat Jepun dipaksa untuk menerima penempatan pesawat-pesawat AS itu dalam usaha menghentikan protes mereka terhadap keberadaan Amerika. Dengan kata lain, Amerika berpihak kepada Jepun dalam menghadapi ancaman dari China. Inilah bentuk kelicikan dan permainan Amerika.  Melalui kesepakatan Amerika dengan pemerintah Jepun, maka isu hak kepulauan ini dibangkitkan dengan mengatakan bahawa pulau ini adalah milik Jepun, padahal ia masih lagi dalam pertikaian dengan China. Perkara ini akhirnya menyebabkan China terprovokasi dan menyebabkan wujudnya suasana yang tidak disenangi yang boleh membawa kepada tercetusnya peperangan.  Kelicikan rancangan Amerika ini akhirnya berhasil apabila ia dapat meredakan penentangan penduduk Jepun terhadap Amerika kerana keberadaan Amerika itu dianggap sebagai bantuan bagi mereka dalam menghadapi China.

Masalah kepulauan ini sengaja ditimbulkan oleh AS agar membolehkan penempatan pesawat-pesawat Osprey AS di Okinawa dapat dilakukan. Dengan cara ini, penduduk Jepun  dapat dialihkan perhatian supaya terfokus kepada permasalahan mereka dengan China yang akhirnya terpaksa akur kepada perancangan penempatan Amerika di kawasan mereka.  Ini  adalah disebabkan oleh beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan oleh para pegawai Amerika yang mengatakan bahawa peperangan akan tercetus di antara kedua-dua negara tersebut. Menteri Pertahanan Amerika dalam kunjungannya ke Jepun pada 16-17 September 2012 mengatakan bahawa “sengketa antara China dan Jepun dalam masalah kepulauan ini akan menjadi lebih meluas” (AP, 17/9/2012).  Ia juga mengatakan “saya merasa resah apabila negara-negara ini masuk dalam memprovokasi satu sama lain tentang masalah kepulauan yang disengketakan ini, kerana ia akan menimbulkan keputusan yang keliru dari satu pihak atau pihak yang lain serta dapat menjerumuskan ke arah kekerasan dan memicu pertikaian” (AP, 17/9/2012). Dia menyeru supaya “kedua-dua pihak untuk bertenang dan menahan diri (daripada berperang).”  Menteri Pertahanan Amerika itu menggambarkan situasi di sana seolah-olah perang sudah hampir meletus antara kedua-dua negara. Rancangan tersebut sengaja direka-reka agar kepentingan Amerika dapat diteruskan di kawasan tersebut. Dia membangkitkan perjanjian-perjanjian keamanan yang telah dimeterai di antara Amerika dan Jepun bagi memperlihatkan bahawa Amerika berada di pihak Jepun.  Ia mengatakan “kami menghormati segala komitmen dalam perjanjian-perjanjian tersebut yang sudah wujud sejak sekian lama dan ia tidak akan berubah” (AFP, 17/9/2012).

Dalam situasi yang tidak menentu dan serba menekan ini, China akhirnya terpancing dalam permainan politik kotor yang dirancang oleh Amerika. China mengizinkan segala bentuk demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh rakyatnya di ibukota dalam memprotes langkah diambil Jepun ke atas kepulauan yang secara rasmi belum dikuasai oleh negara Jepun. Apabila Jepun mengumumkan pembelian ketiga-tiga pulau tersebut daripada keluarga Jepun yang memilikinya sebelum ini agar ia menjadi milik negara Jepun, maka secara rasminya kedaulatan pulau itu sepatutnya menjadi milik negara Jepun.  Maka dalam hal ini, Jepun telah mencantumkan kembali kepulauan itu ke dalam wilayahnya. China kemudiannya mengerahkan beberapa kapal perangnya untuk melindungi perairan wilayahnya di laut China Timur ke arah kepulauan tersebut.  Perdana Menteri China, Wan Jiabao telah mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan emosi warga China. Dia berkata bahawa “era penghinaan orang-orang China telah pergi buat selamanya” (AFP, 17/9/2012).  Penduduk China mengimbau kembali penghinaan yang menimpa mereka yang dilakukan oleh orang-orang Jepun, baik yang terjadi pada perang yang meletus antara China dan Jepun pada tahun 90-an abad ke-19 atau yang berlaku pada masa pendudukan Jepun ke atas China pada tahun 30-an abad  ke-20. Ia berlangsung sehingga Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua terhadap Amerika sehingga Jepun terpaksa keluar dari China.  Era kekalahan dan penghinaan yang menimpa orang-orang China di hadapan orang-orang Jepun tetap menjadi faktor yang utama bagi mereka. Kini, masalah yang ditimbulkan pada hari ini sangat provokatif dan ia dengan mudah memancing emosi rakyat China.japan-america-china-conflict-2

Begitulah kelicikan politik luar negara Amerika. Satu jerat yang dipasang boleh memerangkap dua ekor burung serentak. Caranya adalah dengan mendesak Jepun agar menuntut kepulauan tersebut. Dengan cara itu, ia akan dapat menimbulkan ketegangan di antara China dan Jepun dengan harapan agar keberadaan Amerika dapat diterima oleh masyarakat Jepun.  Dari sudut yang lain, Amerika ingin terus menyibukkan China dengan masalah dalam negerinya yang sedang mengalami pergolakan dalaman.  China juga mempunyai keinginan untuk mendominasi politik global. Jadi, AS sedang menjalankan strategi bagi meredam kebangkitan China, membataskan pengaruh dan strategi China supaya kekuatan politik dalam negerinya menjadi lemah dan tidak mencapai posisi politik global, khususnya agar tidak bersaing dengan Amerika.

Inilah antara strategi Amerika di kawasan negara China untuk merealisasikan tujuan-tujuannya.  Sebelum itu, Amerika telah mengumumkan strateginya untuk memperkuatkan pangkalan-pangkalan tentera Amerika di kawasan Asia Pasifik dan ini termasuk dalam sebahagian daripada strategi baru Amerika.  Menteri Pertahanan Amerika, Leon Paneta pada 1 Jun 2012 yang lalu telah mengumumkan penghantaran enam kapal induk serta mengalihkan 60% kapal perangnya dari kawasan-kawasan lain menuju ke kawasan Asia Pasifik pada tahun-tahun berikutnya sehinggalah ke tahun 2020. Amerika memicu semua pergolakan yang mempunyai kaitan dengan China, termasuklah konflik yang terjadi pada saat ini dan yang berlaku di laut China Selatan, di mana di situ terjadi ketegangan di antara China dan Filipina yang melibatkan pulau dan wilayah penangkapan ikan. Amerika juga memicu pergolakan antara China dan Vietnam dalam pertikaian ke atas sebuah pulau, di mana orang-orang China mengusir orang-orang Vietnam dari pulau tersebut pada tahun 1988. Semua itu dirancang agar China tetap disibukkan dengan kedua-dua kawasan tersebut.

Amerika juga berdiri di belakang semua negara-negara di sekitar China, kecuali Korea Utara.  Amerika menggerakkan negara-negara itu agar melawan China supaya China terus menerus disibukkan dengan masalah di kawasan sekitarnya sahaja dan tidak sempat untuk memikirkan  perkara lain daripada itu. Tambahan pula, AS telah mengawal dengan sempurna terhadap majoriti negara-negara di kawasan itu seperti Korea Selatan di laut China Timur dan Filipina di laut China Selatan di mana Amerika memiliki pangkalan tenteranya di kedua-dua negara tersebut.  Ia juga sama sepertimana yang berlaku kepada negara Indonesia yang senantiasa mengikut telunjuk Amerika. Kemudian Jepun pula tetap menjadi negara satelit, di mana ia sentiasa berjalan di dalam lingkaran orbit politik ciptaan Amerika.

Beginilah realiti bagaimana AS memainkan peranannya di sebalik segala konflik yang berlaku di kepulauan tersebut.  Ada pun persoalan tentang mampukah provokasi yang ditimbulkan ini dapat mencetuskan perang antara China dan Jepun, maka sesungguhnya ia sudah dapat dijangka lebih awal bahawa kemungkinan tersebut adalah sangat tipis. Ini adalah kerana terdapat pulau-pulau lain yang lebih besar dan jauh lebih penting lagi daripada pulau yang diperselisihkan sekarang seperti kepulauan Taiwan yang dahulunya dikenali sebagai Formusa. China sengaja tidak menimbulkan isu ini kerana Amerika telah bersetuju untuk mengembalikan kepulauan itu kepada China secara damai.  Di kawasan lain, wujud perselisihan dengan Filipina dan Vietnam ke atas kepulauan Spratley di laut China Selatan di mana China tidak masuk campur dalam kancah perang dengan negara-negara tersebut. China membuka jalan ke atas kepulauan-kepulauan itu kerana ia sememangnya tidak dapat ditutup. China tidak akan mengorbankan kepentingan besarnya dengan Jepun hanya disebabkan oleh kepulauan ini.  Skala perdagangan China dengan Jepun mencecah USD300 billion setahun. Perusahaan dan pengilangan Jepun yang beroperasi di China telah memberikan pekerjaan kepada 20 juta orang rakyat China.  China juga mendapat manfaat daripada teknologi dan kepakaran Jepun.  Oleh kerana itu, berperang dengan Jepun hanya disebabkan oleh masalah kepulauan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan bagi China.  Menteri Pertahanan China, Liang Guanglie dalam pertemuannya dengan Menteri Pertahanan Amerika pada 18 September 2012 lalu, ketika menjawab soalan wartawan berkenaan adakah China berniat untuk menggunakan kekuatan ketenteraan dalam menyelesaikan isu ini, ia berkata: “kami akan terus menggunakan penyelesaian damai dan diplomatik“ (AFP, 18/9/2012). Ini menunjukkan bahawa adalah sangat jauh kebarangkaliannya untuk China melancarkan perang terhadap Jepun demi kepulauan ini.

Jika China terus menerus disibukkan dengan masalah-masalah di kawasan sekitar negaranya sahaja, maka Amerika telah berjaya menjauhkan China daripada pentas politik antarabangsa. China mempunyai potensi untuk menjadi ancaman yang berpengaruh terhadap kepentingan-kepentingan Amerika di peringkat global.  China banyak mencipta masalah-masalah yang mengancam kepentingan Amerika. Dalam erti kata lain, China mengamalkan dasar politik luar negara yang mengancam segala kepentingan-kepentingan AS di setiap kawasan di seluruh dunia dan ini memudahkan China untuk meningkatkan pengaruhnya di kawasan-kawasan yang berdekatan khususnya di dua kawasan wilayah laut China Timur dan laut China Selatan. Malangnya, kita dapat melihat bagaimana China telah terjerat dengan kancah politik dalam negeri yang tidak menguntungkannya dan sebaliknya mengabaikan politik luar negerinya. China tidak sedar bahawa ia tidak akan berupaya untuk berpengaruh di kawasan-kawasan sekitarnya jika sekiranya ia tidak memiliki pengaruh politik di peringkat global dengan mencipta ancaman-ancaman terhadap Amerika, di samping memaksa Amerika untuk mengurangkan tekanan-tekanan terhadap China dari kawasan-kawasan di sekitar China.  Selagi China tidak menempuh jalan politik seperti ini, maka posisinya akan tetap terus terancam dan Amerika akan terus mencipta ketegangan dan konflik terhadap China secara berterusan.

Daripada realiti yang kita perhatikan ini, dapat dilihat bahawa sejarah akan berulang kembali satu hari nanti. Khilafah akan tertegak kembali dengan izin Allah.  Salah satu aktiviti politik antarabangsa dan dasar luar negara Khilafah adalah mengusir keluar barat dan Amerika dari bumi umat Islam.  Tindakan ini akan menjadi model contoh yang akan diikuti oleh China dalam mengusir pengaruh Amerika dari wilayahnya dan kawasan-kawasan di sekitarnya.  Aktiviti-aktiviti politik Khilafah ini akan mengembalikan keamanan untuk China secara tidak langsung.  Perkara-perkara sebeginilah yang telah direalisasikan oleh Khilafah terdahulu dan melaluinya China telah memperoleh keamanan secara langsung. Sumber-sumber sejarah dari China termasuk sejarah Islam ada menyebutkan bahawa ketika zaman Khilafah Abbasiyah di bawah Khalifah Ja’far al-Mansur, negara China telah meminta bantuan daripada Khilafah untuk mengawal ketegangan yang melanda di seluruh kawasan China pada tahun 756M.  Pada ketika itu, Khalifah telah mengirim bala tentera sebanyak 4 ribu orang tentera kaum Muslimin dan akhirnya masalah di China menjadi stabil dan para tentera kaum Muslimin telah berjaya mengembalikan keamanan penduduk China.  Orang-orang China merasa takjub dengan akhlak, perilaku dan sikap para tentera kaum Muslimin yang sangat luar biasa kebaikan mereka.  Akhirnya penduduk China meminta agar tentera-tentera kaum Muslimin ini untuk terus tinggal di bumi China.  Atas permintaan tersebut, tentera-tentera kaum Muslimin pun tinggal di sana dan mereka berperanan menjadi para pemikul dakwah dengan menyebarkan Islam dan memberi petunjuk dan cahaya di tengah-tengah masyarakat China. Antara anak cucu mereka adalah kaum Muslimin yang berada di Turkistan Timur, yang sekarang ini ditindas sepenuhnya oleh China dan tidak memberikan balasan jasa yang baik terhadap kaum Muslimin.  Tidakkah China mengingati, memahami dan mengambil pengajaran terhadap sejarah yang pernah berlaku ini dan menghentikan penjajahannya ke atas Turkistan serta mengiktiraf kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan oleh umat Islam terhadap mereka?

Sumber : utusan.com , utusan.com , scmp.com , khilafah.com