Kenyataan Media: Kenaikan Harga Minyak – Rakyat Dizalimi Lagi!
Hizbut Tahrir dengan ini mengingatkan seluruh umat Islam bahawa kenaikan harga minyak ini bukanIah soal kenaikan semata-mata, tetapi merupakan kesan dan akibat daripada penerapan sistem Kapitalis yang melahirkan pemimpin yang tamak tanpa mempedulikan halal dan haram. Kenaikan harga minyak hanyalah salah satu bentuk kerakusan yang ditunjukkan oleh kerajaan yang menerapkan sistem Kapitalis. Selagi sistem kufur ini mendominasi pemerintahan negara, maka selagi itulah rakyat akan terus menanggung derita dan sengsara dengan kezaliman demi kezaliman yang terhasil darinya. Lebih buruk, rakyat memprotes terhadap kezaliman ini, pemerintah tanpa sedikit pun rasa malu memberi justifikasi bahawa apa yang mereka lakukan ialah untuk kebaikan. Benarlah firman Allah SWT,
Hizbut Tahrir dengan ini mengingatkan pemerintah yang menzalimi rakyat akan doa Rasulullah (saw) terhadap mereka, « اللَّهُمَّ مَن ْوَلِيَ مِنْ أَمْرِأُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِن أَمْرِأُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِم ْفَارْفُقْ بِهِ » “Ya Allah! Barangsiapa yang mengatur suatu urusan umatku, lalu ia memberatkan/menyusahkan mereka, maka beratkan/susahkan dia. Dan barangsiapa yang mengatur suatu urusan umatku, lalu ia memperlakukan mereka dengan baik, maka perlakukanlah dia dengan baik” [HR Ahmad dan Muslim].
Hizbut Tahrir dengan ini mengingatkan semua Muslim bahawa satu-satunya jalan keluar kepada segala permasalahan yang ditimbulkan oleh sistem Kapitalis ini ialah dengan mencampakkan sistem kufur ini dan kembali kepada sistem Islam sepenuhnya di bawah bingkai negara Khilafah yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.
Ketua Maktab I’lamiy Hizbut Tahrir
Malaysia