Barat terus tunjukkan sikap anti Islamnya

EU-human-rightTidak puas dengan serangan terhadap Islam dan umatnya selepas peristiwa pengeboman Paris, Barat terus menunjukkan penghinaannya kepada Islam dengan keputusan terbaru Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah apabila ia mempertahankan keputusan Perancis mengharamkan pemakaian tudung di negara tersebut.

Mail Online melaporkan, pada tahun 2000 Christiane Ebrahimian yang bertugas sebagai pekerja sosial di jabatan psikiatri di sebuah hospital di Nanterre diberitahu bahawa kontraknya tidak disambung selepas seorang pesakit mengadu dia enggan membuka tudungnya ketika diminta berbuat demikian. Setelah mahkamah Perancis menolak rayuan, beliau merayu ke Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah yang ternyata mengekalkan keputusan tersebut atas alasan Christiane perlu mengikut kod pemakaian yang telah ditetapkan di Perancis.

Inilah negara yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan membenarkan penduduknya menghina Rasulullah SAW atas nama kebebasan. Namun apabila umat Islam ingin mempraktikkan kewajipan agama yang begitu mudah tanpa mengganggu gugat orang lain sedikit pun iaitu memakai tudung, maka hal ini dilarang!

Tidak cukup dengan penutupan masjid dan perlecehan terhadap umat Islam di negaranya setelah serangan Paris, mereka meneruskan lagi dengan pengharaman pemakaian tudung mengikut kod yang ditetapkan di negara mereka. Keputusan mahkamah ini menggambarkan kebencian yang mereka zahirkan ke atas Islam dan umatnya, sebagaimana Allah SWT telah mengingatkan kita,

“Telah nyata kebencian dari mulut-mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami) jika kamu memahaminya” [TMQ Ali Imran (3):118].

Benarlah firman Allah SWT bahawa,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang kepadamu sehingga engkau menurut milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

Walau apa pun yang mereka usahakan untuk menutup cahaya Allah, sesungguhnya Allah akan pasti menzahirkan cahayaNya sehingga akan menerangi seluruh alam semesta,

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun ia tidak disukai oleh orang-orang kafir” [TMQ al-Taubah (9):32].

Cumanya, kita sebagai Muslim, wajib berusaha bagi memastikan yang agama Allah ini zahir di atas agama-agama yang lain dan sesungguhnya tidak ada jalan lain bagi merealisasikan hal ini kecuali dengan berusaha menegakkan Daulah Khilafah yang sekali gus akan memberikan pengajaran secukupnya di atas kebiadaban Perancis (dan Barat) ke atas Islam selama ini.