Pasukan Keamanan Preventif di Jenin menculik seorang doktor universiti, anggota HT

Gambar UG 141215 (2)Pada hari Rabu lepas, Pasukan Keamanan Preventif (Preventive Security Force, PSF) di Jenin telah menculik seorang profesor, Dr. Yahya Jabr di depan Universiti Arab-Amerika, tempat di mana beliau mengajar.

Penangkapan ala mafia ini dilakukan tanpa perintah penangkapan dan dilakukan secara tiba-tiba tanpa mempedulikan kehormatan universiti. Anggota PSF telah sedia menunggu waktu Dr. Jabar keluar daripada universiti seperti biasa, kemudian mengekori kenderaannya seperti aksi koboi Amerika, lalu mereka terus menangkap beliau dan merampas kenderaannya.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Palestin tidak membenarkan peguam Dr. Jabar untuk mengunjungi beliau bagi meminta penjelasan berhubung kes penangkapannya dan untuk mengetahui keadaan kesihatannya, walhal Dr. Jabar sedang menderita penyakit jantung.

Hizbut Tahrir dengan ini menegaskan bahawa Pihak Berkuasa Palestin dan PSF mesti bertanggung jawab atas keselamatan Dr. Jabar dan menggesa mereka untuk membebaskan Dr Jabar segera. Hizbut Tahrir menegaskan bahawa tindakan keji ini membuktikan peranan Pihak Berkuasa Palestin yang bukan sahaja berlepas diri dari kewajiban melindungi rakyat Palestin, malah memanfaatkan kedudukannya untuk memerangi rakyat Palestin sendiri, khususnya memerangi para pengembang dakwah yang berjuang untuk kemuliaan umat dan untuk mengembalikan Khilafah yang akan membebaskan Palestin sekaligus melenyapkan entiti Yahudi (pal-tahrir.info 12/12/2015).