Lapan bukti Indonesia makin liberal dan makin terjajah
HTI Press, Jakarta – Jurucakap Hizbut Tahrir Indonesia (HTI), Muhammad Ismail Yusanto mengungkapkan lapan bukti yang menunjukkan Indonesia semakin liberal dan semakin terjajah, pada hari Rabu (16/12/2015) di Bangunan Juang 45, Jakarta Pusat.
Pertama: Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS), bukti negara melepaskan tanggungjawabnya. Ini kerana BPJS-SJSN (Sistem Jaminan Sosial Nasional) hakikatnya adalah insurans yang dipaksakan ke atas seluruh rakyat. “Sistem jaminan sosial seperti ini lahir dari sistem Kapitalisme. Dengan mewajibkan seluruh rakyat terhadap insurans itu, negara hendak berlepas tangan dari urusan layanan kesihatan rakyatnya!” tegas Ismail dalam program “Halqah Islam dan Peradaban Edisi Refleksi Akhir Tahun 2015: Indonesia Makin Liberal dan Makin Terjajah”.
Kedua: Semakin tingginya ancaman kekerasan terhadap kanak-kanak. Menurut Ismail, kenyataan tersebut merupakan buah dari sistem kehidupan sekularistik serta wabak yang ditularkan oleh peradaban Barat ke negeri-negeri Muslim. “Itu mirip potret kehidupan di Barat. Sejak tahun 2000, di AS misalnya, setiap tahun lebih dari 5 juta kanak-kanak mengalami kekerasan fizikal, seksual, verbal, diabaikan dan ditinggalkan,” kata Ismail.
Ketiga: Nilai tukar rupiah merosot pada titik paling rendah sejak krisis 1998. “Naik-turun nilai tukar rupiah terhadap dolar, merupakan kesan wajar dari sistem ekonomi kapitalis yang menjadikan wang sebagai komoditi sehingga wang terpaksa mengikuti hukum permintaan dan penawaran,” kata Ismail yang menegaskan wang dalam Islam wajib bersandar kepada emas dan berfungsi sebagai alat tukar sahaja.
Keempat: Masuk jerat jerung pemiutang (loan shark) Cina. Pada 16 September 2015, tiga bank milik negara yaitu Bank Mandiri, BRI dan BNI, mendapat pinjaman bernilai USD 3 bilion dari China Development Bank (CDB). Masing-masing bank BUMN (Badan Usaha Milik Negara) tersebut, menerima pinjaman sebesar USD 1 bilion yang 30% daripadanya adalah dalam mata wang Renminbi dengan jangkamasa 10 tahun. Kadar bunga bagi pinjaman tersebut ialah sebanyak 3.4% untuk mata wang dolar Amerika dan 6.7% untuk mata wang Renminbi.
Tidak cukup menjerumuskan diri ke dalam dosa besar riba, Cina turut mengikat pinjamannya dengan syarat lain yakni adanya jaminan dalam bentuk aset, adanya pulangan hasil seperti eksport komoditi tertentu ke Cina hinggalah ke kewajipan negara penghutang untuk mengimport peralatan dan perkhidmatan dari Cina. “Inilah cengkaman baru ala Cina, penjajah dari Timur,” ungkap Ismail.
Kelima: Dengan meningkatkan cukai dan mengurangkan subsidi APBN (Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara) 2016, pemerintah semakin menjadi Kapitalis dan memeras rakyat.
Keenam: Jerebu adalah bencana yang dibiarkan untuk membela para Kapitalis sawit.
Ketujuh: Pemerintah melanggar undang-undang dan merubah peraturan demi melanjutkan penjajahan kapitalisme melalui Freeport di Indonesia.
Kelapan: Angan-angan kosong Pilkada (Pilihan raya Ketua Daerah) serentak.
Dalam program yang yang dihadiri oleh ratusan peserta itu, pembicara lain yang turut diundang ialah mantan Panglima TNI Djoko Santoso, Ko-ordinator Gerakan Indonesia Bangkit (GIB) Adhie M Massardi, Ketua Lajnah Siyasiyah DPP HTI Yahya Abdurrahman dan peneliti Asosiasi Ekonomi Politik Indonesia (AEPI) Salamuddin Daeng.