Obama arah basmi Islam dan pemerintah Pakistan mentaatinya
Selepas serangan di San Bernadino dan di Paris, Presiden AS, Barrack Obama mengumumkan seruan global untuk menukar kepercayaan dan nilai-nilai umat Islam, di mana dia mengisytiharkan yang “sebuah ideologi ekstremis telah tersebar…..pemimpin-pemimpin Muslim di sini dan juga di seluruh dunia mesti terus bekerjasama dengan kami untuk menolak secara tegas dan tanpa ragu….tafsiran-tafsiran tentang Islam yang tidak serasi dengan nilai-nilai toleransi beragama, saling menghormati, dan maruah manusia.”
Sebagai menyahut perintah Obama, rejim Raheel-Nawaz telah memberikan sepenuh komitmen termasuk kepimpinan ketenteraannya di dalam mesyuarat pada 22 Disember 2015 yang mana selepas itu, Inter-Services Public Ralations (ISPR) Pakistan telah mengumumkan, “Kesemua pemimpin pasukan tentera telah memutuskan untuk….membantu kerajaan menentang ekstremisme”.
Rejim Raheel-Nawaz melaksanakan perintah Obama biarpun ia dibuat atas dasar penipuan. Sesungguhnya agama Islam kita bukanlah dalang di sebalik pembunuhan orang-orang awam kerana Islam berpegang kuat dengan ajaran melindungi orang awam yang tidak bersenjata daripada bencana perang. Malah tatkala dalam peperangan, apabila bertembung dengan pihak musuh, Rasulullah SAW menasihati pasukan tentera Islam,
«وَلا تَقْتُلُوا امْرَأَةً، وَلا وَلِيدًا، وَلا شَيْخًا كَبِيرًا» “
“Janganlah kamu membunuh wanita atau kanak-kanak atau orang-orang tua”.
Manakala para Khulafa’ al-Rasyidin, Abu Bakar RA telah menasihati ketua pasukan tenteranya,
وَإِنَّكُمْ سَتَجِدُونَ أَقْوَامًا قَدْ حَبَسُوا أَنْفُسَهُمْ فِي هَذِهِ الصَّوَامِعِ فَاتْرُكُوهُمْ وَمَا حَبَسُوا لَهُ أَنْفُسَهُمْ… وَلَا تَقْتُلُوا كَبِيرًا هَرِمًا، وَلَا امْرَأَةً، وَلَا وَلِيدًا، وَلَا تُخْرِبُوا عُمْرَانًا
“Kamu akan mendapati orang yang menguncikan diri mereka di kuil-kuil, kasihani dan tinggalkan mereka untuk mereka mencapai tujuan mereka mengunci diri….dan jangan membunuh orang-orang tua, juga wanita dan kanak-kanak dan janganlah menghancurkan bangunan-bangunan”.
Manakala Umar RA menasihati pasukan tenteranya,
لَا تَغُلُّوا، وَلَا تَغْدِرُوا، وَلَا تُمَثِّلُوا، وَلَا تَقْتُلُوا امْرَأَةً، وَلَا صَبِيًّا، وَلَا شَيْخًا
“Janganlah kamu bersikap zalim, jangan kamu khianat, janganlah kamu mencacatkan dan janganlah membunuh wanita atau kanak-kanak atau orang tua”.
Apatah lagi, sikap belas kasihan di medan perang ini tidak akan di dapati di Barat, yang melakukan tuduhan ke atas Islam, sebaliknya Barat sering kali melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, perbuatan yang mana binatang buas di hutan pun malu untuk melakukannya.
Sungguh pun Obama menipu dan bersikap munafik, rejim Raheel-Nawaz tetap mendengar dan taat kepadanya. Dengan menggunakan “Pelan Tindakan Kebangsaan”, samseng-samsengnya telah dilepaskan untuk menangkap umat Islam yang ikhlas dan sedar, memfitnah, mengganggu dan menangkap para ulama, aktivis-aktivis Islam serta lain-lain pendakwah Islam. Rejim ini telah mengugut para wartawan untuk membendung apa jua ekspresi tentang Islam di media, malah menakutkan badan kehakiman agar menghentikan sebarang releif kepada ahli-ahli politik Islam.
Rejim ini telah menyediakan beberapa bentuk seksaan yang paling keras untuk syabab Hizbut Tahrir yang memperjuangkan penegakan Khilafah ala minhaj nubuwwah. Samseng-samseng upahan rejim telah menyerbu rumah-rumah para syabab, tidak peduli akan kesucian kaum wanita mereka dan mengacukan senjata di hadapan anak-anak yang ketakutan. Mereka mengheret para syabab dan saudara-mara mereka termasuk isteri yang menjaga anak-anak yang cacat. Mereka menyeksa para syabab dengan menafikan hak mereka untuk tidur, memukul mereka dengan besi dan mendera mereka dengan renjatan elektrik. Mereka menyumbat para syabab ke dalam penjara gelap bawah tanah tanpa perbicaraan atau dilepaskan, tanpa mengira syabab tersebut seorang doktor, jurutera, guru, pesakit jantung dan yang sedang menderita sakit pendarahan usus.
Jenayah yang dilakukan rejim ke atas Hizbut Tahrir sudah tidak terkira sehingga sudah menjadi pengetahuan umum hatta ke pengetahuan pihak media walaupun rejim menguatkuasakan ‘sekatan media’ (media blackout) ke atas Hizb. Pihak rejim terus-menerus melakukan perbuatan keji ke atas Hizb sungguhpun Rasulullah SAW memuji dan memberikan khabar gembira akan kembalinya Khilafah Rasyidah dengan sabda baginda,
«ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ»
“Kemudian akan ada kekuasaan diktator; ia akan ada dengan kehendak Allah dan akan tetap ada. Kemudian Allah mengangkatnya bila Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan muncul Khilafah di atas jalan kenabian. Kemudian baginda diam” [HR Ahmad].
Wahai kaum Muslimin Pakistan! Di bawah sepanduk “Pelan Tindakan Kebangsaan”, pemerintah umat Islam telah menyertai perang salib Barat untuk membasmi Islam sebagai cara hidup sungguhpun Allah SWT telah memberi amaran:
(وَلَن تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنْ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن وَلِيٍّ وَلا نَصِيرٍ)
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datang pengetahuan kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi Pelindung dan Penolong bagimu” [Al-Baqarah (2):120].
Mereka menyakiti orang-orang yang menyeru kepada Islam walaupun Rasulullah SAW telah bersabda,
«ومن عادى أولياء الله فقد بارز الله بالمحاربة»
“Dan barang siapa yang memusuhi wali (orang yang dekat dengan) Allah, Allah menyatakan perang kepadanya” [HR Hakim, sahih dari Muaz bin Jabal].
Seolah-olah peringatan ini masih belum mencukupi, pemerintah ini memilih untuk menentang Islam dalam era yang mana seluruh umat Islam telah kembali kepada perjuangannya dan kembalinya Khilafah sudah kelihatan di kaki langit.
Wahai kaum Muslimin! Yakinlah bahawa kemenangan sudah semakin hampir dan salah satu tandanya ialah meningkatnya kesengsaraan, kerana Allah SWT bersama-sama umat Islam, manakala pemerintah diktator hanya diberikan tangguh seketika sebelum menerima hukumannya. Kalian hendaklah memiliki pemikiran yang jelas bahawa Allah SWT tidak akan menurunkan Khilafah dari langit, akan tetapi Dia SWT akan memberikan kemenangan sebagai balasan atas tentangan, usaha dan pengorbanan kita di hadapan pemerintah yang zalim ini. Rasulullah SAW bersabda,
«كونوا كحواريي عيسى بن مريم، رفعوا على الخشب وسمروا بالمسامير وطبخوا في القدور، وقطعت أيديهم وأرجلهم وسُمِّرت أعينهم، فكان ذلك البلاء والقتل في طاعة الله أحب إليهم من الحياة في معصية الله»
“Jadilah seperti pengikut-pengikut Isa alaihissalam Putera Mariam. Mereka diangkat pada kayu, dipakukan, dimasak di dalam periuk dan tangan-tangan serta kaki-kaki mereka dipotong dan mata-mata mereka dicucuk dengan paku; akan tetapi segala musibah dan pembunuhan dalam ketaatan kepada Allah SWT lebih mereka cintai dari hidup dalam kemaksiatan kepada Allah SWT”.
Wahai pegawai tentera Pakistan yang ikhlas! Sejumlah para pengkhianat telah melampaui batas dalam perang mereka menentang Islam. Tidak cukup bagi mereka untuk membekalkan pasukan tentera salib Amerika dengan maklumat perisikan dan logistik, yang mana tanpanya, musuh kita akan menjadi buta dan tidak mampu bergerak. Tidak cukup bagi mereka untuk menjadikan umat Islam berperang sesama sendiri dalam peperangan fitnah yang sungguh memusnahkan, di wilayah masing-masing, yang memberikan kegembiraan kepada mereka. Tidak cukup bagi mereka untuk menggiring pasukan-pasukan Muslim ke dalam rundingan bersimpang siur yang membingungkan, sehingga menyebabkan kosongnya medan pertempuran menentang tentera salib penjajah. Tidak, kesemua dosa besar ini masih tidak mencukupi bagi mereka. Mereka mahu menghancurkan rukun-rukun agama kita, dalam satu negara yang ditubuhkan atas nama Islam, yang mana tanahnya diairi oleh darah orang-orang yang mengejar syahid atau pun kemenangan.
Hizbut Tahrir berdiri menentang para pengkhianat dan menyeru anda untuk melaksanakan tanggungjawab anda. Anda adalah para kesatria bersenjata yang mana orang-orang sebelum anda iaitu puak Ansar yang mulia radhiallahu anhum, telah menghentikan era penguasa kejam dengan memberikan nusrah (pertolongan) untuk mendirikan Islam sebagai sebuah Negara.
Oleh itu, Hizbut Tahrir menyeru anda pada hari ini untuk memberikan nusrah bagi mengembalikan Khilafah di atas jalan kenabian, menjadikan Pakistan sebagai sebuah kubu Islam, yang mana hati-hati orang-orang beriman akan sembuh, musuh-musuh kita akan dapat ditundukkan dan orang-orang yang melakukan kezaliman ke atas kita akan dikenakan hukuman. Allah SWT berfirman,
(وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ)
“Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali” [Al-Syuara (26):227].