Temuramah bersama ahli Hizb ut-Tahrir Iraq

Ahad, 15 Sya’ban 1429

Sheikh Abu Abdullah Al Kurdi adalah seorang Professor Syariah di salah sebuah universiti di Iraq.  Beliau adalah seorang aktivis dakwah Hizb ut Tahrir sejak 20 tahun lalu.  Sheikh Abu memegang banyak ijazah akademik di dalam bidang Sains Islam dan juga Ijazah tradisional.


Berikut adalah terjemahan dari temuramah beliau.

S: Bolehkan saudara memberikan sedikit gambaran tentang kerja-kerja untuk mengembalikan Khilafah di Iraq?

J:
Penduduk Iraq adalah masyarakat yang celik tentang aspek politik.  Pada awal kedatangan penjajah ke Arab, penduduk di sini melawan dan menentang kedatangan mereka.  Ini amat jelas diketahui dan didokumenkan sebagai revolusi abad ke 20.  Para penjajah telah mencengkam masyarakat ini.  Sebelum kemusnahan rejim Saddam, satu persidangan telah diadakan di Iraq membincangkan tentang masa depan Iraq.  Persidangan ini telah mengumpulkan golongan berpengaruh dan para intelek yang mengambil berat akan masa depan Iraq…Semua golongan termasuk Syiah dan Sunni mengesahkan bahawa masa depan Iraq adalah penerapan Hukum-hukum Allah swt kecuali segelintir golongan sekular yang menjadi ejen Kuffar Barat.

Semakin hari, kerja-kerja penjajah menjadi perlahan dan kearah kegagalan kerana mereka tidak mempunyai ejen yang berjaya meyakinkan umat tentang demokrasi dan kebebasan.

S: Dalam situasi penaklukan begini adakah pihak kerajaan mengancam dan merosakkan kerja-kerja Khilafah?

J:
Seperti yang saya katakan tadi, seluruh penduduk Iraq bercakap tentang penerapan hukum Syara’.  Hizb ut Tahrir memainkan peranan yang amat besar dalam menanam dan memupuk pemikiran ini kepada umat.  Kami juga mempunyai dua pejabat di Baghdad.  Pasukan keselamatan Amerika pernah dan sering merosakkan pejabat-pejabat dan harta benda kami.  Mereka bahkan mengebom pejabat kami suatu ketika dahulu dan ada juga syabab yang dibunuh di pejabat kami.  Pada hari ini, usaha kami semakin berlipat ganda dan tidak akan boleh dihentikan dengan penangkapan beberapa orang syabab dan seruan-seruan kami untuk mengembalikan Khilafah.

S:  Ada sebahagian orang mengatakan bahawa kerja-kerja kearah Khilafah hanya dilakukan oleh segolongan kecil sahaja. Adakah lagi sebenarnya golongan yang bekerja untuk menegakkan Khilafah?

J: 
Pertama sekali , harus difahami satu perkara.  Pemikiran tentang Khilafah ini bukanlah pemikiran Hizb ut Tahrir sahaja, tetapi ia adalah idea yang dipersetujui oleh para ulama di masa lampau dan di zaman sekarang.  Tiada seorang pun yang menafikan kewujudannya kecuali Asam, seorang mutazilah dan yang terkini Ali Abdul Raziq dari Al Azhar, Mesir dan isu ini adalah isu kesatuan ummah dan HT mengikuti jalan ini.

S: Adakah anda mempunya ulama yang bekerja untuk Khilafah di Iraq?

J:
Ulama pertama yang boleh diingati ialah Sheikh Abdul- Aziz al Badri yang mana beliau telah dibunuh oleh pihak penentang rejim Baath dan beliau adalah seorang syabab Hizb ut Tahrir.  Ramai lagi ulama dan syabab yang bekerja untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah.

S: Terdapat ramai ulama dan syabab yang bekerja untuk Khilafah telah dibunuh oleh rejim Iraq.  Adakah anda mengenali syabab-syabab ini?

J:
Saddam Hussein adalah seorang pemimpin yang menindas yang memerintah dengan penuh kekejaman dan menerapkan sistem sosialis kepada rakyat.  Beliau mempercayai semangat kebangsaan Arab dan menyatukan mereka di bawah panji-panji nasionalisma.  Beliau telah membunuh ramai para ulama yang bekerja untuk menegakkan kembali Khilafah seperti yang saya beritahu tadi antara yang awalnya ialah Sheikh Abdul Aziz Badri (semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya) dan Sheikh Mohammad Baqir al Sadr dan seorang sheikh yang telah mendidik saya ke dalam Hizb ut Tahrir, di kenali sebagai Anwar dari Mosul.  Beliau telah dibunuh pada tahun 1990.

S: Dari apa yang kami ketahui, terdapat pertelingkahan yang berterusan di antara puak syiah dan sunni.  Adakah ini benar?

J:
Puak Syiah dan sunni dan bangsa Arab dan bukan Arab hidup tenang bersama ketika zaman kekhilafahan dahulu sehingga ejen penjajah British mula menyusup di celah-celah ummah dan merasuk pemikiran mereka.  Salah seorang yang paling terkenal dan juga menulis buku-buku adalah Hempher.  Beliau menulis dalam sebuah bukunya bahawa tujuan mereka adalah untuk memecah belahkan umat tetapi mereka tidak berjaya dan tanah ini masih bersatu dari hari revolusi abad ke 20 hingga hari ini.  Kemudian setelah kemusnahan rejim Saddam, datang pula kuasa penjajah baru iaitu Amerika dengan dibantu oleh ejen-ejen mereka dari golongan Kurdis dan Arab dan juga bukan Arab.  Mereka cuba menghasut umat dan sekali lagi mereka menemui kegagalan.

Firman Allah:
Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu.  Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. [tmq 8:30]