Wahai Majlis Fatwa Sabah, Sila Tarik Balik Fatwa Fitnah Anda!

“Wahai Mufti! Ayuh Muzakarah, Jangan Fitnah.” Inilah mesej yang disampaikan oleh 10 orang syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) di hadapan bangunan yang menempatkan pejabat Mufti Negeri Sabah pada 13/11/2017 yang lepas. “Sila keluar, ini bukan tempat kamu…kamu telah memalukan saya.” Inilah pula jawapan Mufti Sabah, Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, tatkala melihat tiga orang wakil HTM sedang menunggu untuk berjumpa beliau di ruang menunggu pejabat beliau di Tingkat 6, Blok B, Bangunan MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. Sesungguhnya itu merupakan percubaan kali ketiga HTM untuk bertemu dengan Mufti setelah tidak dilayan pada dua percubaan sebelumnya. Bezanya, percubaan kali ini disertakan dengan jawapan/bantahan bertulis terhadap fatwa yang dikeluarkan ke atas Hizbut Tahrir.

Pada 7 September 2017, Majlis Fatwa Negeri Sabah telah mengeluarkan fatwa ke atas Hizbut Tahrir yang telah diputuskan di dalam Muzakarah Majlis Fatwa Negeri Sabah Bil. 2/2016 yang telah bersidang pada 24-26 Mei 2016 M / 17-19 Syaaban 1437 H, bertempat di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah. Pewartaan fatwa tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada Hizbut Tahrir sehingga kini. Malah lebih buruk, Hizbut Tahrir langsung tidak dipanggil untuk berbincang terlebih dahulu sebelum Majlis Fatwa Negeri Sabah mengeluarkan fatwa yang menyesatkan Hizbut Tahrir itu, suatu hal yang sesungguhnya telah menyalahi hukum syarak dalam proses pengeluaran sesebuah fatwa. Kami sungguh kesal dengan sikap Majlis Fatwa dan sungguh berani pihak Majlis Fatwa melakukan tuduhan seberat itu ke atas Hizbut Tahrir!

Wahai Mufti! Anda menyatakan yang kami telah memalukan anda walhal kami datang dengan cara baik untuk berbincang dan menyerahkan jawapan bertulis kami, setelah anda “menolak” untuk berjumpa kami sebanyak dua kali. Adakah anda tidak malu kepada Allah dengan menghalau tetamu yang datang cara yang baik untuk bertemu anda? Adakah anda tidak malu kepada Allah dengan mengeluarkan fatwa yang sarat dengan fitnah ke atas kami? Adakah anda tidak malu kepada Allah dengan menyesatkan Hizbut Tahrir, sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bergerak aktif di lebih 40 buah negara dengan jutaan ahli dan penyokong, termasuk alim ulama dan para cendekiawan yang merupakan ahlinya? Adakah anda tidak malu kepada Allah dengan menghalang dakwah Hizbut Tahrir, yang berjuang siang dan malam untuk mengembalikan semula kehidupan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah ar-Rashidah ala minhaj nubuwwah? Anda telah menyesatkan kami melalui sebuah fatwa politik yang penuh dengan fitnah, pembohongan, pemesongan dan kekeliruan ke atas Hizbut Tahrir tatkala seluruh dunia mengetahui dan mengenali bahawa Hizbut Tahrir bukanlah seperti yang anda fatwakan, adakah anda tidak malu kepada Allah dengan apa yang anda lakukan ini?

Kami dengan ini menyatakan bantahan keras kami ke atas fatwa tersebut yang sarat dengan fitnah, pembohongan, pemesongan dan kekeliruan ke atas Hizbut Tahrir. Sungguh ironi apabila kami mendapati bahawa fatwa yang dikeluarkan tersebut hanyalah merupakan salinan semula (copy and paste) fatwa Selangor ke atas Hizbut Tahrir, tidak lebih dari itu. Hal ini sungguh memalukan bagi sebuah institusi agama yang bergelar Majlis Fatwa yang telah mengadakan muzakarah selama dua hari, tetapi hasilnya hanya merupakan salinan semula ayat demi ayat, ejaan demi ejaan, huruf demi huruf, tanda baca demi tanda baca, koma demi koma dan titik demi titik, tanpa merubah walau satu apa pun yang terdapat di dalam fatwa Selangor!

Tatkala sistem sekular-demokrasi telah membawa banyak kerosakan kepada masyarakat kerana menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal; tatkala berapa ramai pemimpin yang telah terbukti korup dan melakukan penyelewengan serta kezaliman kepada rakyat; tatkala kemaksiatan, kebatilan dan kemungkaran, malah amalan syirik masih berleluasa dalam kalangan masyarakat, khususnya di Sabah, bagaimana mungkin anda membiarkan segala keharaman tersebut, sebaliknya memilih untuk mengharamkan Hizbut Tahrir yang sedang bergerak aktif melakukan usaha amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat?

Wahai Majlis Fatwa Negeri Sabah! Anda telah pun mengikuti jejak langkah Jawatankuasa Fatwa Selangor, dengan melontarkan tuduhan sesat ke atas kami tanpa tabayyun, lalu anda menutup semua pintu perbincangan. Bagaimanapun, kami dengan ini tetap ingin mengulangi pendirian kami bahawa kami sentiasa bersedia untuk berbincang, bermuzakarah atau berdebat sekalipun terhadap apa yang anda lontarkan di dalam fatwa anda, dalam rangka mencari dan menegakkan kebenaran, dengan syarat ia dilakukan menurut lunas-lunas Islam, penuh dengan ukhuwwah dan keadilan. Dengan apa yang anda lakukan, kami melihat bahawa fatwa ini sebenarnya tidak lebih daripada sebuah fatwa politik yang bertujuan untuk menghalang dan menghentikan dakwah yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir dalam usaha Hizbut Tahrir menegakkan hukum Allah secara kaffah dengan jalan menegakkan kembali Daulah Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah di muka bumi ini.

Kami dengan ini menggesa dan berharap agar fatwa tersebut ditarik balik dengan segera. Bertaubat dan mohon ampunlah kepada Allah dengan apa yang anda lakukan. Walau difitnah dan dizalimi sedemikian rupa, kami sentiasa bersedia memaafkan anda dengan hati yang terbuka kerana sifat mulia seseorang Muslim itu ialah memohon maaf dan memaafkan saudaranya. Jangan sekali-kali anda membiarkan fitnah ini berpanjangan kerana jika demikian, akan pasti merugikan anda di dunia, apatah lagi di akhirat. Ingatlah bahawa setiap anak Adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat.

Wahai Mufti! Anda adalah ketua Majlis Fatwa Sabah yang tinggi kedudukannya lagi dihormati di mata masyarakat. Kalau tidak kerana kasih sayang kami kepada anda sebagai seorang Muslim, apatah lagi sebagai seorang Mufti yang seharusnya mempunyai tempat yang mulia di sisi Allah SWT, nescaya kami tidak akan memberikan nasihat kepada anda. Maka dengarlah nasihat kami dan batalkanlah fatwa anda segera. Takutlah kepada Allah dan jangan anda takut kepada manusia yang mungkin mengawal dan mengarahkan anda. Berkata benarlah wahai Mufti dan tarik baliklah fatwa fitnah yang telah anda lontarkan ke atas Hizbut Tahrir, walaupun anda mungkin kehilangan habuan dunia dengan berbuat demikian. Carilah redha Allah dan jangan mencari redha manusia. Sesungguhnya kepada Allah kita kembali dan kepadaNya kita akan dihadapkan. Maka biarlah kita menghadap Allah dengan seringan-ringan dosa, tanpa memikul dosa memfitnah dan dosa-dosa orang yang kita fitnahkan..

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Rabu, 26 Safar 1439 H
15/11/2017 M
Ruj: HTM/PR/01/1439


Press Release

O Sabah Fatwa Council, Do Withdraw Your Defamatory Fatwa!

“O Mufti! Let’s Discuss, Don’t Defame”. This is the message delivered by 10 Shabab of Hizb ut Tahrir / Malaysia (HTM) in front of the office of the Mufti of Sabah on 13/11/2017. “Go out, this is not your place…you have embarrassed me.” This is in turn, the answer of the Mufti of Sabah, Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, when he saw three representatives of HTM waiting to meet him at the waiting room at Level 6, Block B, MUIS Building, Kota Kinabalu, Sabah. It was indeed the third attempt of HTM to meet the Mufti after not being attended to in the last two attempts. The difference is that this time, the Shabab brought with them a written answer/objection against the fatwa issued against Hizb ut Tahrir.

On the 7th of September 2017, the Sabah Fatwa Council issued a fatwa against Hizb ut Tahrir which was decided in the Muzakarah of the Sabah Fatwa Council No. 2/2016 on 24-26 May 2016 CE / 17-19 Shabaan 1437 AH, at Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang, Sabah. The gazetting of the fatwa has not been notified to Hizb ut Tahrir until now. Even worse, Hizb ut Tahrir was not at all summoned for a discussion before the Sabah Fatwa Council issued such a deviant fatwa on Hizb ut Tahrir, a matter which had actually violated the divine law (hukm shara’) in the process of issuing a fatwa. The action of the Fatwa Council is very much regretted. It was indeed a bold act by the Fatwa Council in accusing Hizb ut Tahrir with such malevolence!

O Mufti! You claimed that we have embarrassed you when as a matter of fact, we come in a good manner to discuss and hand over our written answer to you, after you “refused” to meet us twice. Are you not ashamed to Allah (swt) by chasing out guests who came in a good way to meet you? Are you not ashamed to Allah (swt) by issuing a fatwa which is full of defamation against us? Are you not ashamed to Allah (swt) with your deviant accusations against Hizb ut Tahrir, an international Islamic political party that is actively working in more than 40 countries with millions of members and supporters, including scholars and intellectuals as its members? Are you not ashamed to Allah (swt) by prohibiting the da’wah of Hizb ut Tahrir, who are working day and night to restore the Islamic way of life by re-establishing the Righteous Khilafah (Caliphate) upon the method of the Prophethood? You have accused us to be deviant with a political fatwa which is full of defamation, lies, deviation and confusion against us, at a time when the whole world knows that Hizb ut Tahrir is not as you have slandered. Are you not ashamed to Allah (swt) of what you did?

We hereby express our strong objection on the fatwa which is full of defamation, lies, deviation and confusion against Hizb ut Tahrir. It is indeed ironical that the fatwa is an exact copy of Selangor’s fatwa on Hizb ut Tahrir. It is indeed shameful for a religious institution in the name of the Fatwa Council to have a two-day discussion (muzakarah), to only culminate in a fatwa which is an exact copy, sentence by sentence, word by word, letter by letter, punctuation by punctuation, comma by comma and dot by dot, without changing anything, of Selangor’s fatwa!

At a time when the secular-democratic system has brought about destruction to the society as it legalizes the unlawful and vice versa; at a time when so many leaders are proven to be corrupt and oppress people; at a time when vice, falsehood and evil, even shirk, are so widespread within the society, especially in Sabah; how can you ignore all those haram (unlawfulness) to happen, and you chose instead to ban Hizb ut Tahrir  who is actively working towards enjoining the good and prohibiting the evil?

O Sabah Fatwa Council! You have followed the footsteps of the Selangor Fatwa Committee, by accusing us deviant, without clarification (tabayyun) beforehand and close all doors of discussion. We wish to repeat our stand that we are always ready to discuss, dialogue (muzakarah) or even debate, against whatever that is stated in your fatwa, in our effort to seek and establish the truth, provided that it is done in accordance with Islamic teachings, in the spirit of brotherhood and justice. What you have done, in so far as the fatwa is concerned is clearly nothing more than a political fatwa aimed at preventing and stopping the da’wah of Hizb ut Tahrir in establishing the laws of Allah (swt) entirely by re-establishing the Righteous Khilafah upon the method of the Prophethood on this earth.

We hereby urge and hope that the fatwa be withdrawn immediately. Do repent and ask forgiveness from Allah (swt) on what you have perpetrated. Despite being defamed and maltreated in such a malicious way, we are always willing to forgive you with open hearts, because the noble virtue of a Muslim is to apologize and forgive his brother. Do not ever let this defamation prolong, for it will inevitably cause you loss in the world, let alone in the hereafter. Please be reminded that every son of Adam will do wrong and the best of wrongdoers are those who repent.

O Mufti! You are the head of the Sabah Fatwa Council who holds a high position and is highly respected in the eyes of society. If not for our love and affection to you as a Muslim, let alone as a Mufti who holds a noble place in the sight of Allah (swt), we would have just ignored you without reminding. So, do listen to our advice and withdraw your fatwa immediately. Fear Allah (swt) and do not fear the people who might have control over you. Do say the truth O Mufti and withdraw the defamatory fatwa that you have issued against Hizb ut Tahrir, even though you may lose the bounty of the world by doing so. Seek the blessing of Allah (swt) and do not seek the blessing of man. Indeed, to Allah (swt) we shall all return and to Him we shall be accountable. So, let us appear before Allah (swt) with the lightest weight of sin, without shouldering the sins of defaming others and the sins of the people whom we have defamed.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

15/11/2017 CE
Wednesday, 26th Safar 1439 AH
Ref: HTM/PR/01/1439