Demonstrasi HTM ketengah solusi sebenar isu Baitul Maqdis dan Palestin
KUALA LUMPUR 15 Disember – Ekoran pengiktirafan Baitul Maqdis sebagai ibu kota entiti Yahudi oleh Presiden AS Donald Trump, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah menganjurkan demonstrasi aman di beberapa buah masjid di seluruh negara selepas solat Jumaat. Siri demonstrasi tersebut telah diadakan di beberapa buat masjid antaranya, Masjid Negara, (Kuala Lumpur), Masjid Hasanah (Bangi), Masjid Nurul Hidayah (Manjung), Masjid Muhibbuddin Shah (Ipoh), Masjid Jamek al-Hidayah Jalan Baru (Pulau Pinang), Masjid Bandar Utama Batang Kali (Batang Kali), Masjid Darul Aman (Sandakan), Masjid Taman Rinting Masai (Johor), Masjid Naza Seksyen 13 (Shah Alam) dan Masjid Jamek Dato Petra Sendeng (Seremban).
Dalam demonstrasi tersebut, HTM menegaskan bahawa sebarang mesyuarat atau rundingan untuk membincangkan keputusan Trump adalah langsung tidak berguna. Di samping itu, HTM juga mengingatkan bahawa masalah Palestin tidak pernah dan tidak akan selesai dengan jalan yang menyalahi wahyu. Firman Allah SWT,
“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhir dan mereka yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan Rasulnya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (iaitu orang-orang) yang telah diberikan kitab, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].
HTM secara konsisten menyatakan bahawa untuk membebaskan bumi Palestin, tidak ada cara lain kecuali dengan jihad fi sabilillah yang wajib dilancarkan oleh pemerintah dan tentera kaum Muslimin. Palestin secara keseluruhannya merupakan tanah yang dirampas oleh entiti Yahudi yang didukung oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat. Oleh demikian, sesungguhnya penyelesaian dua-negara (two-state solution) yang dicuba dicapai oleh PBB dan disokong oleh sebilangan pemerintah umat Islam adalah satu bentuk pengkhianatan ke atas umat Islam.
“Ingatlah bahawa palestin telah dibuka oleh Umar al-Khattab dengan jihad. Ingatlah bahawa palestin telah diambil kembali oleh Salehuddin al-Ayubi daripada puak kristian juga dengan jalan jihad. Justeru, untuk mengambil kembali Palestin dari puak Yahudi sekarang, tidak ada jalan lain kecuali dengan jihad fi sabilillah!” tegas penyeru-penyeru demonstrasi.
Di penghujung demonstrasi, HTM menyeru agar umat Islam menggesa pemerintah dan tentera kaum muslimin untuk bergerak melancarkan jihad menentang entiti Yahudi agar mereka tidak menanggung dosa ekoran kegagalan dalam melaksanakan kewajipan tersebut. Dalam pada itu, HTM turut mengajak umat Islam agar bersama-sama bergabung dengan Hizbut Tahrir dalam perjuangan menegakkan kembali Daulah Khilafah. Daulah Khilafah adalah institusi politik agung umat Islam yang telah diasaskan oleh baginda Rasulullah SAW, kemudian diruntuhkan oleh Mustafa Kamal pada 3 Mac 1924.