Dua syabab Hizbut Tahrir Bebas Tuduhan Edar Risalah
Pada 04/05/2018, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah membebaskan dua orang syabab Hizbut Tahrir / Malaysia (HTM) yang didakwa di bawah Seksyen 8 (2) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984. Keputusan tersebut dibacakan oleh Majistret di akhir kes pembelaan, setelah pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie sebelumnya. Kedua-dua mereka, Ustaz Darukhutni Zainal Abidin, 51, dan Mohamad Alhafiq Mohamad Khoiruddin, 27, ditangkap atas kesalahan mengedar Sautun Nahdhah (risalah rasmi HTM) bertajuk “LGBT: Kudis-kudis Daripada Peradaban Barat” dan “5 Tahun Syria Diratah, Apakah Tiada Penyelesaian?” di luar Masjid Nurul Iman, Serendah pada 20/05/2016. Keputusan tersebut disambut dengan gembira dan pujian kepada Allah (swt) oleh sekitar 20 orang anggota Hizbut Tahrir dan keluarga mereka yang hadir di mahkamah.
Sesungguhnya terdapat banyak kecacatan dan kelemahan di dalam kes pendakwaan di sepanjang perbicaraan. Sejak awal pertuduhan lagi telah berlakunya kejanggalan apabila kesalahan mengedar risalah di bawah undang-undang sivil tersebut dikaitkan dengan fatwa ke atas Hizbut Tahrir, yang terletak di bawah bidangkuasa mahkamah syariah. Dengan mengaitkan tuduhan sebaran risalah dengan fatwa Selangor yang penuh dengan fitnah ke atas Hizbut Tahrir, ditambah dengan ketidaksungguhan pihak polis dan juga pendakwa yang terlihat jelas di sepanjang perjalanan kes ini, amat terang lagi bersuluh bahawa kes tangkapan dua orang syabab Hizbut Tahrir ini sebenarnya bermotifkan politik yang dilakukan semata-mata kerana adanya arahan daripada pihak atasan. Kerana itulah mereka gagal membuktikan apakah “elemen jenayah” dalam kes ini! Cubaan pihak polis menjadikan dakwah yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir sebagai satu kesalahan jenayah sesungguhnya suatu yang amat memalukan!
Walaupun Hizbut Tahrir bergembira dengan keputusan ini, namun Hizbut Tahrir sentiasa ingat bahawa cabaran dan ujian masih banyak menanti di hadapan. Hizbut Tahrir akan meneruskan usaha dakwah seperti biasa, malah akan memperkuatkan lagi tekad serta perjuangan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Menang atau kalah dalam pertarungan di mahkamah tidak pernah akan melunturkan sedikitpun semangat juang anggota Hizbut Tahrir.
Hizbut Tahrir sangat memahami bahawa selagi sistem dan undang-undang yang diwarisi daripada penjajah ini tidak berubah, maka selagi itulah usaha untuk menegakkan Islam akan berhadapan dengan pelbagai ujian. Ini kerana sebuah kerajaan yang menganut sekularisme sudah pasti menjadikan para pejuang Islam sebagai “musuh” mereka. Maka sebarang usaha untuk menegakkan Islam, walaupun dengan hanya sebaran sekeping risalah, sudah pasti akan dihalang habis-habisan. Selain kes ini, terdapat lima lagi kes mahkamah yang melibatkan Hizbut Tahrir dan kerajaan, yang membuktikan betapa perjuangan Islam yang dibawa oleh Hizbut Tahrir di Malaysia ditentang oleh kerajaan sekular yang memerintah. Ini belum termasuk halangan-halangan lain yang dihadapi Hizbut Tahrir di luar proses mahkamah.
Apa pun ujian yang melanda, Hizbut Tahrir tidak akan pernah berhenti daripada usaha menegakkan syariah dan Khilafah. Malah di dalam mahkamah sekalipun, Hizbut Tahrir tidak pernah melepaskan peluang untuk berdakwah menyatakan kebenaran dan membongkar kezaliman kerajaan ke atas Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir sentiasa meyakini kemenangan yang dijanjikan oleh Allah (swt) bahawa Islam akan kembali menguasai dunia dan Hizbut Tahrir tidak akan pernah berhenti berusaha untuk merealisasikannya. Dalam masa yang sama Hizbut Tahrir menyeru umat Islam agar bersama dengan Hizbut Tahrir dalam usaha yang mulia ini kerana sesungguhnya kewajipan untuk menegakkan agama Allah (swt) ini terletak di bahu setiap Muslim dan negara Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah yang diusahakan oleh Hizbut Tahrir merupakan milik keseluruhan umat Islam, bukannya milik Hizbut Tahrir semata-mata.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Sabtu, 26 Shaaban 1439 H
12/05/2018 M
Ruj: HTM/PR/10/1439
Press Release
Two Shabab of Hizb ut Tahrir Freed from Charges of Distribution of Leaflets
On 04/05/2018, the Magistrate’s Court of Kuala Kubu Bharu has freed two Shabab of Hizb ut Tahrir / Malaysia (HTM) who were charged under Section 8 (2) of the Publication and Printing Presses Act 1984. The decision was read by the Magistrate at the end of the defense’s case, after the prosecution succeeded in raising the prima facie case before. Both of the accused, Ustaz Darukhutni Zainal Abidin, 51, and Mohamad Alhafiq Mohamad Khoiruddin, 27, were arrested for distributing Sautun Nahdhah (official leaflet of HTM) entitled “LGBT: Scabies from the Western Civilization” and “5 Years of Syrian Conflict, Isn’t There a Solution?” outside Nurul Iman Mosque, Serendah on 20/5/2016. The decision was greeted with joy and praises to Allah (swt) by about 20 Hizb ut Tahrir members and their families who attended the court proceeding.
Indeed, there were many flaws and weaknesses in the prosecution’s case all along the trial. Even at the very beginning, there was awkwardness when the offense of distributing leaflets under the civil law was linked to a Fatwa on Hizb ut Tahrir, which falls under the jurisdiction of the Shariah court. By connecting the charge of distributing leaflets with the slanderous Fatwa of Selangor on Hizb ut Tahrir, coupled with the lackadaisical approach of the police and prosecutor in-charge of the case, it is clear that the arrest of the duo was politically motivated and carried out solely due to orders from their superior. That was why they failed to prove the “element of crimes” in this case! The police’s attempt to make the da’wah of Hizb ut Tahrir a crime is indeed very shameful!
Although Hizb ut Tahrir is pleased with this decision, we always bear in mind that there are great challenges and tests still awaiting ahead of us. We will continue with our work as usual, and will further strengthen our determination and struggle to face the future challenges. Winning or losing in a court’s fight will never curtail, even slightly, the spiritual struggle of the members of Hizb ut Tahrir.
Hizb ut Tahrir fully understands that as long as this colonial-inherited system and laws do not change, the efforts to uphold Islam will face various hindrances. This is because a government that practices secularism is undoubtedly hostile against true Islamic Da’wah carriers. Thus, any attempt to uphold Islam, even with the distribution of a piece of leaflet, will certainly be prevented. In addition to this case, there are five other court cases involving Hizb ut Tahrir members versus the government, further evidencing how the work of Hizb ut Tahrir in Malaysia are being opposed by the ruling secular government. These do not include other difficulties faced by Hizb ut Tahrir outside the court.
Whatever the tests are, Hizb ut Tahrir will never stop from working to establish the Shariah and Khilafah. Even in the courtroom, Hizb ut Tahrir has never missed to convey the truth and reveal the government’s cruelty against us. Hizb ut Tahrir always believes in the victory as promised by Allah (swt) that Islam will regain control of the world and Hizb ut Tahrir will never stop working to realize it. At the same time, Hizb ut Tahrir calls on Muslims to work hand in hand with us in this noble effort because the obligation to uphold the Deen of Allah (swt) falls on the shoulder of every Muslim and the Khilafah ar-Rashidah (Righteous Caliphate) on the method of Prophethood belongs to the entire Ummah, not only Hizb ut Tahrir.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
12/05/2018 CE
Saturday, 26th Sha’ban 1439 AH
Ref: HTM/PR/10/1439