Rahmatan Lil Alamin hanya akan terwujud dengan penerapan syariah dan Khilafah

GOMBAK – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof akan membentangkan draf gagasan Rahmatan Lil Alamin pada mesyuarat Kabinet akan datang bagi menjadikan gagasan itu sebagai dasar negara yang baharu.

Beliau berkata, terdahulu draf berkenaan dibentangkan pada Mesyuarat Hal Ehwal Kebangsaan (MKI) pada Mac tahun lepas dan disusuli pembentangan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 2 Julai lalu. Menurutnya, penerangan di peringkat nasional mencapai tahap memberangsangkan melalui penganjuran pelbagai program termasuk interaksi dengan pegawai kerajaan, korporat dan kementerian.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/48474/BERITA/Nasional/Gagasan-Rahmatan-Lil-Alamin-dibentang-bulan-depan

Komentar:

Apakah kaitan Rahmatan lil Alamin dengan syariah dan Khilafah?

Khilafah ialah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum Muslim di dunia untuk menegakkan hukum syariah dan mengembang dakwah ke seluruh dunia. Keberadaan Khilafah akan menjamin wujudnya rahmat bagi seluruh alam (Rahmatan lil Alamin). Sebabnya, Khilafah akan menerapkan syariah Islam secara kaffah (keseluruhan), menyatukan umat Islam di seluruh dunia dan mendakwahkan Islam ke seluruh penjuru dunia.

Penerapan syariah secara kaffah oleh Khilafah akan mewujudkan kebaikan bagi semua, baik Muslim maupun non-Muslim. Hal ini demikian kerana risalah Islam memang diturunkan untuk semua manusia (Rahmatan lil Alamin). Penerapan syariah secara kaffah itu akan memberikan perlindungan terhadap agama, akal, harta, jiwa, keturunan dan keamanan; serta akan menjamin wujudnya keadilan, kedamaian dan kesejahteraan. Muslim mahupun non-Muslim akan pasti merasakan kebahagiaan hidup di dalamnya.

Cukuplah fakta sejarah peradaban Islam menjadi bukti nyata akan kemampuan Islam untuk memberikan kerahmatan itu. Sejarawan terkemuka, Will Durant, dalam The Story of Civilization (vol. XIII), mengakui hal tersebut dengan menyatakan: “Para khalifah telah memberikan keamanan kepada manusia hingga batas yang luar biasa besarnya bagi kehidupan dan kerja keras mereka. Para khalifah itu juga telah menyediakan pelbagai peluang untuk siapa pun yang memerlukannya dan memberikan kesejahteraan selama berabad-abad dalam wilayah yang sangat luas. Fenomena seperti itu belum pernah tercatat (dalam sejarah) setelah zaman mereka. Kegigihan dan kerja keras mereka menjadikan pendidikan tersebar luas sehingga pelbagai ilmu, sastera, filsafat dan seni mengalami kemajuan luar biasa; menjadikan Asia Barat sebagai belahan dunia yang paling maju peradabannya selama lima abad lamanya.”

Justeru itu, apakah mungkin Rahmatan lil Alamin dapat diwujudkan dalam negara sekular seperti Malaysia?

Ustaz Umar Hussein
Anggota Lajnah Fa’aliyat HTM