SN188 – CELAKALAH SIAPA YANG MENOLAK HUDUD ALLAH!
SN Keluaran 29 Ogos 2009

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar melahirkan rasa terkejutnya atas perkara ini [UM 25/08/09] kerana tegasnya Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus yang memutuskan tarikh tersebut sememangnya tahu bahawa ia (tarikh pelaksanaan hukuman) adalah di bulan puasa, tetapi kenapa tiba-tiba ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadhan? Abdul Rahim juga yakin bahawa terdapat pihak-pihak yang menekan Jabatan Penjara sehingga hukuman tersebut ditangguhkan dan beliau begitu kecewa kerana penghakiman syariah terpaksa tunduk kepada undang-undang sivil kerana penjara adalah milik mahkamah sivil [UM 26/08/09]. Fakta akhirnya terdedah di mana disahkan bahawa Pejabat Peguam Negara telah mengeluarkan surat arahan kepada Pengarah Penjara Kajang supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas model berkenaan. Penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika dibuat selepas Abdul Rahman memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan mahkamah terhadap model itu [UM 26/08/09].
Hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan juga telah mendapat respon awal dari menteri feminis Shahrizat Jalil. Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut meminta agar hukuman sebat dikaji semula. Pandangannya selaras dengan pandangan Majlis Peguam yang menyatakan bahawa hukuman sebat perlulah dihapuskan di Malaysia kerana tidak sesuai dengan sikap masyarakat Malaysia yang penuh dengan perasaan belas kasihan. Malah, hak asasi manusia antarabangsa juga mengutuk hukuman sebat dan apa jua hukuman dera kerana dianggap sebagai zalim, tidak berperikemanusiaan dan kerajaan digesa untuk menghapuskan hukuman sebat ini [UM 25/08/09]. Hakikatnya, hukuman sebat telah wujud lama dalam enakmen jenayah syariah di negara ini tetapi jarang sekali ia dipersoal. Namun, apabila ia dikaitkan dengan ‘hukuman Islam’, meskipun langsung tidak menepati hudud Allah, maka ia ditentang habis-habisan. Inilah golongan yang selalu mempertikaikan segala hukuman yang terkait dengan Islam kerana mereka merasakan akal mereka lebih hebat dari ketentuan Allah. Mereka cuba menundukkan Islam dengan akal mereka, bukannya akal mereka ditundukkan kepada Islam!Antara Propaganda Kafir & Sikap Apologetik Pemimpin
Kes Kartika telah menjadi laporan penting media antarabangsa di Amerika, Jerman, Britain dan lain-lain. CNN, BBC dan banyak stesen TV utama telah menaikkan isu ini sebagai tajuk besar mereka [rujuk The Star 25/08/2009]. Kenapakah Barat begitu berminat dengan isu ini? Jika kita perhatikan, Barat tidak berminat untuk mengulas kes-kes umat Islam yang tidak solat atau tidak berpuasa, termasuk kes orang Islam yang meminum arak, berita sebegini tidak pernah menarik perhatian Barat. Namun, jika ada orang Islam yang ‘dihukum’ atau ‘mahu dihukum’ mengikut undang-undang Islam, maka hal ini menjadi satu isu yang besar bagi Barat. Kenapa? Apa kena mengena dengan mereka? Bukan rakyat mereka dan bukan orang dari agama mereka pun yang dihukum? Masihkah kalian leka atau tidakkah kalian mahu berfikir wahai kaum Muslimin, bahawa Barat akan terus masuk campur dan akan terus melemparkan proganda negatif secara besar-besaran apabila satu hudud Allah ingin ditegakkan, walaupun dengan cara yang salah. Sesungguhnya mereka pasti tidak akan berdiam diri menyaksikan hudud Allah ditegakkan. Kita mestilah sedar akan hakikat ini. Hadis yang lebih tegas diriwayatkan oleh Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Dalam hadis lain dari Abi Said,
“Pada masa Rasulullah SAW (peminum) khamar disebat 40 kali dengan pelepah kurma, ketika masa Umar, pelepah kurma diganti dengan cambuk”.
Dari al-Husain bin al-Mundzir bahawa Ali ra pernah mencambuk Walid bin Uqbah 40 kali kerana telah minum khamar. Kemudian ia berkata,
“Nabi SAW pernah memukul (peminum khamar) 40 kali, Abu Bakar 40 kali, Umar 80 kali, dan kesemuanya itu adalah Sunnah, namun ini (40 kali) yang paling aku sukai.” [Sahih Muslim].
Manakala bagi seorang peminum arak tegar dan telah dikenakan had (disebat) pada setiap kali minum, kemudian masih mengulanginya lagi, sekiranya pihak penguasa memandang perlu bahawa ia dibunuh, maka hal itu boleh dilaksanakannya. Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Jika ada seseorang mabuk (kerana minum arak), maka deralah ia, jika ia mengulangi, maka deralah (lagi) ia, jika mengulangi (lagi), maka deralah (lagi) ia’. Kemudian pada kali keempat, baginda bersabda, ‘Jika ia (masih) mengulangi (lagi), maka hendaklah kalian tebas batang lehernya” [Hasan Sahih: Ibnu Majah & Nasa’i].
Sesungguhnya masih banyak hadis-hadis senada lainnya yang menjelaskan jumlah sebatan sebanyak 40 atau pun 80 kali. Perlu diingat bahawa tidak boleh melakukan sebatan dengan jumlah di antara keduanya (41-79), kerana tidak ada nas yang menjelaskan atau membolehkannya.
Justeru, hukuman terhadap peminum arak adalah terlalu jelas iaitu sama ada 40 kali atau 80 kali sebatan. Tidak boleh 6 kali dan tidak ada hukuman denda. Malangnya pemimpin, ulama dan sebahagian besar dari umat Islam kini terperangkap dengan isu 6 kali sebatan dan isu penangguhan. Walhal sesungguhnya hukuman 6 kali sebatan dan denda RM5,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah langsung tidak syari’e. Inilah isu sebenar yang patut dibincangkan oleh umat Islam (yakni) sama ada hukuman tersebut benar-benar bertepatan dengan hudud atau tidak. Dalam kes ini, jelas bahawa Mahkamah Syariah telah menjatuhkan hukuman buatan manusia (bukannya hukuman Islam) ke atas Kartika. Sebatan 6 kali adalah undang-undang ciptaan manusia, bukannya undang-undang ciptaan Allah. Jika hukuman sebatan adalah sebanyak 39 kali sekalipun, ini tetap undang-undang kufur dan ia amat jauh sekali dari Islam, kerana tidak ada nas yang menetapkannya sebanyak 39 kali. Kita tidak boleh berhujah bahawa ia menghampiri hudud kerana ia langsung bukan hududullah. Sama dengan kes zina di mana jika penzina dijatuhkan hukuman sebat 99 kali, maka ini sesungguhnya bukan hukuman Allah dan langsung jauh dari hukuman Allah, malah adalah satu bid’ah jika ia dikatakan dari Islam. Begitu juga dengan denda RM5,000. Ini adalah undang-undang ciptaan akal manusia, bukannya undang-undang yang datang dari wahyu! Sayang sekali tidak ada seorang pun yang mempertikaikan hukuman denda ini walhal ia sama sahaja statusnya dengan hukuman 6 kali sebatan, kedua-duanya adalah batil kerana bertentangan dengan nas-nas yang qath’ie.
Adapun dari aspek kaifiyat (cara) bagaimana hukuman dijalankan, hudud itu tidak dijatuhkan kecuali bagi orang yang sudah baligh dan berakal, baik lelaki atau wanita, baik muslim mahupun zimmi. Orang yang dikenakan hudud tidak ditelentang atau ditelanjangkan ketika hukuman dijatuhkan. Hal ini berdasarkan perkataan Ibnu Mas’ud,
“Dalam agama kami tidak ada penelentangan, pengikatan, juga tidak ada penelanjangan”.
Tidak diperkeras pukulannya, yakni tidak memperkeras sebatan, sebab yang dimaksud di sini adalah mencegah untuk mencederakannya. Pemukul juga tidak boleh mengangkat tangannya hingga terlihat ketiaknya. Hendaknya berusaha untuk memukul badan. Wajib menjaga kepala, wajah, kemaluan serta anggota badan yang boleh mematikan (bila dipukul) seperti jantung dan testis. Pemukulan terhadap organ tersebut kadang-kadang boleh mengakibatkan kematian atau melenyapkan fungsi organ tersebut. Kaum wanita diperlakukan sebagaimana lelaki akan tetapi dipukul dengan posisi duduk. Ali ra berkata,
“Perempuan dipukul dengan (posisi) duduk, (sedangkan) lelaki dengan berdiri” [Nizhamul Uqubat, Abdul Rahman Al-Maliki].
Demikianlah serba sedikit kaifiyat hukuman yang dapat diterangkan di dalam ruang yang serba terbatas ini.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Tidak menjalankan hududullah merupakan satu kemaksiatan besar kepada Allah, apatah lagi jika menolak penerapannya. Celakalah bagi orang yang mempertikaikan atau menolak hudud Allah dan mereka pasti tidak akan selamat di padang Mahsyar nanti. Kes Kartika ini menjadi salah satu dari ribuan bukti bagaimana hukum Allah dicampakkan sewenang-wenangnya oleh pemimpin sekular dan menjadi bukti betapa tidak syariahnya Mahkamah Syariah. Apakah kita masih mahu membiarkan pemimpin yang rosak dan sistem yang rosak ini terus menaungi kita? Apakah kita masih tetap mahu berpeluk tubuh melihat agama Allah diperkotak-katikkan oleh golongan sekular? Bangun dan berjuanglah wahai mereka yang masih ada keimanan dan sayangkan Islam. Ayuhlah kita sama-sama berusaha mengembalikan sistem pemerintahan Islam (yakni) Sistem Khilafah, yang akan menerapkan hukum dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya secara kaffah.