Siapa yang menolak penyelesaian Barat menjadi sasaran pembunuhan di Syria

Gambar UG 190116Operasi pembersihan dan pembunuhan yang mensasarkan tokoh terkenal dan pimpinan dari pelbagai kumpulan dan gerakan semakin berleluasa. Terbaru ialah pembunuhan Sheikh Abu Raatib, ketua Gerakan Ahrar al-Syam di Homs di tangan penyerang yang tidak dikenali.

Pendirian Abu Raatib dalam menolak penyelesaian politik dengan rejim penjenayah amat diketahui. Semoga Allah menerima amalan baik beliau, termasuklah penolakan beliau terhadap Persidangan Riyadh dan penyelesaian yang dirundingkan. Beberapa hari sebelum kesyahidannya -kami menganggapnya demikian dan kami tidak memuji sesiapa sahaja terhadap Allah- beliau telah melancarkan satu inisiatif untuk menyatukan barisan dan untuk pertempuran Homs sehingga kota ini dibebaskan dengan menggunakan segala keupayaan yang ada. Kata-kata yang perlu diberi perhatian dalam kenyataannya ialah mengenai jemputan beliau kepada orang-orang yang berpengaruh dalam Ahraar untuk mengorak langkah bagi mengundang puak-puak utama di lapangan untuk bermesyuarat dalam rangka merancang kesatuan dalam bergerak.

Wahai kaum Muslimin! Wahai mereka yang ikhlas berjuang! Bentuk konspirasi terhadap revolusi Syam yang diberkati telah dipelbagaikan dan plot musuh-musuh serta orang-orang yang mereka gelar sebagai ‘kawan’ dan ‘adik-beradik’ telah dipergiatkan. Pembunuhan hendap terhadap orang-orang yang ikhlas telah menjadi objektif musuh-musuh Allah. Ia bertujuan untuk mengosongkan medan perang dan menggagalkan sebarang percubaan yang bertujuan membawa revolusi Syam keluar dari keadaan semasa  dan menggagalkan usaha membebaskan Syam dari kejahatan kuffar Barat dan ejen mereka.

Sesungguhnya pertempuran antara kebenaran dan kebatilan adalah pertempuran takdir dan kewajipan kita tidak lain kecuali berpegang teguh kepada tali Allah yang kuat dan membinasakan tali Barat. Kita juga mesti berpegang teguh kepada dasar revolusi kita yang kukuh dalam rangka meruntuhkan rejim dan mendirikan Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah di atas keruntuhannya.

Kami memohon kepada Allah untuk menerima amalan mereka yang telah syahid dan menangkis segala perancangan musuh kita. Kami menyeru setiap individu yang ikhlas dalam umat ini untuk berusaha bersama kami bagi menegakkan syariah dan kami tidak mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Allah Yang Maha Esa,

(إِنَّا لِلَّـهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

“Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali”