Celakalah mereka yang menjadikan Amerika sebagai sekutu dan Trump sebagai sahabat!

[Terjemahan daripada Kenyataan Media Hizbut Tahrir Turki]

Beberapa peristiwa telah berlaku secara intensif yang bercanggah di antara satu sama lain berkenaan dengan masa depan Syria dan kemungkinan berlakunya operasi ketenteraan Turki di sebelah timur sungai Furat. Turki telah lama menunggu isyarat dari Amerika untuk melakukan tindakan ketenteraan dengan menggunakan helah Parti Buruh Kurdis/Parti Kesatuan Demokratik (PKK/PYD) yang dikatakan melakukan ancaman. Keadaan yang sama berlaku pada tahun lepas ketika Trump mengambil keputusan untuk mengundurkan ketenteraan Amerika dari Syria seolah-olah menghadiahkan kemenangan kepada Presiden Erdogan. Namun begitu, setiap hari yang berlalu telah memperlihatkan keadaan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Sama seperti keadaan di Manbij, tidak ada kemajuan telah dicapai walaupun sedikit yang boleh diiktiraf oleh pegawai ketenteraan atasan, dan Turki telah dipaksa untuk berpuas hati dengan rondaan bersama ketenteraan Turki dan Amerika.

Percanggahan situasi di Syria sangat jelas dan tidak mengaburi pandangan mata. Dalam memahami situasinya, kami mengutarakan beberapa persoalan: Sekiranya PYD – yang dibekalkan dengan persenjataan dan beribu-ribu kenderaan ketenteraan oleh Amerika Syarikat (AS) – merupakan suatu organisasi pengganas menurut Turki, isunya bagaimana AS boleh menjadi sekutu dan sahabat?! Sekiranya Rusia dan Iran menyebelahi rejim Assad, sedangkan Turki sendiri mengakui bahawa rejim tersebut zalim dan kejam, bagaimanakah Turki boleh menyebelahi mereka (Rusia dan Iran) di Astana dan Sochi serta mendakwa mereka sebagai sahabat dan sekutu mereka?! Jika Turki menyebelahi penduduk Syria yang dizalimi dan revolusi yang mereka lakukan; Persoalannya bagaimanakah untuk kita fahami tentang situasi kawasan-kawasan yang aman, tempat-tempat pemeriksaan dan Aleppo, diikuti pula oleh Idlib yang diserahkan kepada rejim Syria? Lebih daripada itu, bagaimanakah kita dapat memahami maklumat pertemuan yang dihantarkan kepada rejim Assad?!

Mereka yang menjawab persoalan ini secara jujur, berani dan adil dapat menyedari bahawa terdapat perangkap yang besar terhadap umat Islam yang dizalimi. Isunya ialah pengembalian semula seluruh wilayah Syria kepada rejim Assad di bawah slogan ‘wilayah integriti Syria’ dan pengaktifan semula kekuasaan rejim Assad ke atas Syria dengan perjanjian khianat dan forum diplomatik.  AS mengagihkan peranan yang perlu dimainkan oleh Turki, Russia, Iran, PYD/PKK dan pemberontak yang dikumpulkan di atas nama ‘Tentera Nasional’. Manakala Turki yang mengarahkan tindakan yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Turki, yang sepanjang siang dan malam mendakwa bahawa mereka menunggu lampu hijau untuk melakukan operasi ketenteraan, hakikatnya tidak akan menggerakan jarinya. Pada mulanya, Trump enggan mengalah untuk menerima kunjungan hormat Presiden Erdogan ketika mengadakan lawatan ke AS, namun dalam tempoh seminggu kemudiannya Trump mengubah fikiran untuk meraikan dan mengalu-alukan kedatangan Erdogan. Tatkala AS membuat serangan ketenteraan di Syria di satu sisi, mereka melakukan proses politik di sisi lain. Turki yang terkesan dengan perubahan yang sedang berlaku di Idlib dan penyerahan kawasan itu kepada rejim Assad, sedang menunggu arahan AS dengan menggunakan PYD sebagai helah.

AS tidak mahu menggugat keberadaan PYD/PKK yang merupakan sekutu dalam perang terhadap ISIS. AS berpura-pura mengugat Turki di satu sisi tetapi menolak puak Kurdis ke arah rejim Assad di satu sisi yang lain, dan juga sedang membuka ruang agar wilayah Kurdis dapat dikuasai semula oleh rejim Assad. Operasi ketenteraan yang menunggu lampu hijau daripada AS ini bukannlah sesuatu yang menguntungkan Islam, kaum Muslimin amnya, Turki sendiri dan umat Islam di Syria. Ingatlah bahawa darah umat Islam yang ditumpahkan lebih besar di sisi Allah (swt) daripada kemusnahan Ka’bah.

Kami ingin menyatakannya secara jelas! Operasi ketenteraan ini bukanlah untuk ditujukan kepada organisasi PYD. Bahkan sebutir peluru pun tidak akan dilepaskan kepada organisasi sekutu AS ini, terhadap rejim Assad dan sekutunya. Sebaliknya operasi tersebut dilakukan dalam konteks persiapan perang untuk diarahkan kepada pasukan pemberontak yang telah dilabelkan sebagai pengganas kerana menentang rejim Assad dan ‘Tentera Nasional’ di Idlib. Malah operasi ini bakal mengheret beribu-ribu penduduk Syria, sama ada yang sedang berada di dalam negara tersebut mahupun yang menjadi pelarian di Turki ke dalam kancah peperangan dan kebinasaan. Akhir kata, celakalah kepada mereka (boneka AS) di Hari Pengadilan kelak.

Pejabat Media Hizbut Tahrir Wilayah Turki