Sekularisma di Negeri-Negeri Muslim Telah Mencipta Masyarakat Yang Menjadikan Agama Sebagai Gurauan dan Permainan

Sekularisma di Negeri-negeri Muslim Telah Mencipta Masyarakat yang Menjadikan Agama Sebagai Gurauan dan Permainan
Dalam kesibukan kita mengerjakan ibadah di bulan ramadhan, sekali lagi maruah umat Islam telah diperlecehkan oleh agama lain. Kali ini, Tan Jye Yee, 25, dan Lee Lee May Ling, 24  menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk ‘Selamat Berbuka Puasa dengan hidangan khinzir yang disertakan bersama logo Halal. Bagi pasangan ini, mereka bergurau dengan menggunakan isu agama sebagai bahan. Walaupun mereka telah memohon maaf, tetapi ada komen-komen mereka yang mempertahankan perbuatan mereka. Tidak cukup dengan penghinaan ini mereka juga  mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com. Selain itu, mereka memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, dan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. Tindakan biadap mereka bukan sahaja mengundang kemarahan umat Islam bahkan masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Atas desakan dari pelbagai pihak, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akhirnya mengumumkan untuk tidak membenarkan sebarang ikat jamin terhadap pasangan ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai. Sebelum tindakan ini diambil, pelbagai pihak tampil memberikan saranan agar pasangan Alvin dan Vivian dibuang negeri atau dikenakan hukuman yang sewajarnya. Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang ternyata sedih berhubung isu tersebut meminta kerajaan tidak lagi berlembut menanganinya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula menegaskan kegagalan kerajaan bertindak tegas akan mengakibatkan rakyat menganggap maruah umat Islam boleh dipermainkan dan Perlembagaan Persekutuan tidak bernilai. Hal ini membuktikan bahawa sistem hukum di Malaysia tidak mampu dan tidak cukup kuat melawan derasnya arus pemikiran liberal sekuler yang berada di tengah masyarakat. Justeru itu, diperlukan sebuah sistem yang komprehensif untuk memberantas virus-virus pemikiran sekuler liberal yang mengakar di tengah masyarakat. Mengenakan tindakan terhadap penghina Islam dekan tindakan yang keras adalah masih tidak mencukupi. Kita perlukan satu suasana yang mana umat agama lain merasa takut untuk menghina Islam kerana kekuatan yang ada pada sebuah negara yang mewakili dan melindungi Islam. Keadaan ini hanya akan wujud di bawah sistem Khilafah.

Penghinaan terhadap Islam sering kali berlaku walaupun mendapat kecaman dan reaksi yang tegas dari umat Islam. Ini menunjukkan kurangnya rasa hormat orang bukan Islam terhadap Islam dan hilangnya izzah umat Islam. Selain itu fahaman sekular dan hak kebebasan bersuara yang dibawah oleh Barat telah mengakis perasaan hormat masyarakat terhadap keberadaan sebuah agama, sekulerisme melahirkan sikap dan pemikiran yang memandang agama hanyalah senda gurau dan boleh dijadikan bahan jenaka. Padahal Allah swt telah berfirman dalam Surah al-A’raf ayat 51.

(Yaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.

Negara-negara Barat telah menciptakan masyarakat yang mempunyai fahaman sekularisme dan memiliki kebebasan bersuara dan telah menular ke seluruh dunia termasuk di Negara umat Islam. Kesempatan ini digunakan untuk menghina dan merendahkan martabat Islam. Nilai dan kepercayaan ini sebenarnya telah menciptakan sebuah negara yang tidak bertamadun dan memiliki undang-undang rimba di mana setiap orang boleh menghina antara satu sama lain secara bebas dan terbuka. Sekularisme yang diterapkan di Barat termasuk di Malaysia telah menciptakan suasana kurangnya rasa hormat terhadap agama dan keyakinan yang berbeza di dalam masyarakat.  Sehingga masyarakat yang terbentuk dari fahaman ini adalah masyarakat jahiliyah yang penuh dengan perpecahan dan konflik horizontal, dimana setiap orang dengan mudahnya boleh menghina keyakinan orang lain.

Fahaman ini sangat berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh Islam. Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum. Islam menuntut umatnya saling hormat menghormati dan bersikap lebih kemanusiaan sesama manusia yang lain. Dengan ini maka akan lahirlah masyarakat Islam yang solid, sihat dan harmonis kerana Islam melarang setiap warganegaranya untuk menghina atau melecehkan agama lain. Surah al-An’am ayat 108 menjelaskan,
 
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Islam memberi perlindungan penuh terhadap keyakinan mereka sama seperti umat Islam. Ini ditunjukkan oleh Rasulullah semasa menggubal Piagam Madinah dimana semua yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik Islam atau pun bukan Islam, dengan syarat tidak berbuat zalim, khianat dan huru hara, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang suci. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan maksudnya:

مَنْ آذَى ذِمِّيًّا فَقَدْ آذَانِي وَمَنْ آذَانِي فَقَدْ آذَى اللهَ “

Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti aku, dan barangsiapa yang menyakiti aku, maka ia telah menyakiti Tuhan”.  [Hadis Riwayat Abu Daud].

Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan daripada Jabir Abdullah RA katanya:

مَرَّ بِنَا جَنَازَةُ فَقَامَ لَهَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَقُمْنَا بِهِ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللهِ إنَّهَا جِنَازَةُ يَهُودِيٍّ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ الجِنَازَةَ فَقُوْمُوْا”

“Satu jenazah lalu di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah SAW berdiri. Lalu kami pun turut berdiri. Kami berkata kepada Rasulullah SAW  “Ya Rasulullah, itu adalah jenazah yahudi”. Sabda Rasulullah SAW “apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah.”  [Hadis Riwayat al-Bukhari]

Ini membuktikan bahawa di bawah daulah Khilafah, penghormatan dan perlindungan akan dijamin untuk setiap agama. Oleh itu, hanya dengan Khilafah Islam sajalah akan terwujud kehidupan masyarakat yang harmonis, solid dan sihat. Iklim saling menghormati antara semua agama akan terwujud dan setiap umat beragama, baik yang majoriti maupun minoriti, semuanya boleh hidup bersama dengan harmonis, tanpa ada kebimbangan berlaku penindasan pihak majoriti terhadap kaum minoriti.

Selain itu, Khilafah juga akan membungkam sikap sombong Barat dan para pemuja idea kebebasan sekuler serta mengakhiri kesewenang-wenangan kaum kafir yang menghina Islam dan kaum Muslimin. Perpaduan kekuatan ideologi, politik, ekonomi dan ketenteraan yang dimiliki oleh Khilafah telah menciptakan wibawa politik Khilafah secara global sehingga akan terzahir rasa segan dan hormat yang luar biasa dari negara-negara Kafir harbi terhadap Islam.  Sebagaimana yang berlaku pada tahun 1890, dimana Sultan Abdul Hamid II, mengirim surat kepada kerajaan Perancis agar membatalkan pementasan drama yang menghina Rasulullah SAW di seluruh Perancis. Dan akhrinya, filem ini tidak jadi ditayangkan. Begitulah ketegasan Islam dalam menangani masalah ini!
 

Sumayyah Amar
Ahli Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir